"Perhatian kepada semua pelajar Islam sila bergerak ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah, perhatian kepada semua pelajar Islam sila bergerak ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah."
Ah pengumuman ini sudah tiga tahun dia dengar. Hari ini adalah hari kelima dia mendengar pengumuman ini untuk tahun keempat. Suara tersebut datang dari warden di sekolah yang sangat disayanginya iaitu Sekolah Berasrama Penuh Berlian Emas (SBT).
Sebenarnya dia sudah bangun sejam lebih awal daripada orang lain untuk menjalankan ibadah sunat dan mengulang kaji pelajaran. Rakan-rakannya masih enak dibuai mimpi walaupun pengumuman tadi agak kuat. Nak kata tiada, adalah juga dua tiga orang selain dia yang tersedar agak awal juga sebelum pengumuman untuk bersiap sedia turun.
"Weh bangun," bantal rakannya ditepuk.
"Bangun bro dah lewat ni," penghuni di katil atas pula dikejutnya.
"Alamak, tandas dah nak penuh tu Al!" pelajar yang paling hujung terkejut kerana disergah sedikit olehnya, apalah bising-bising pagi buta bermain dalam fikiran pelajar itu.
"Ya, ya Nizam aku dah bangun kau pergilah turun dulu. Jap lagi kau nampak kelibat aku," kata Ali. Nizam hanya tersengih dan turun untuk ke surau bersama beg sandangnya. Selalunya dia membelah tengah rambut untuk dilihat kemas tetapi pagi hari sejuk getar macamni malas pula dia buat sedemikian. Rambutnya dibiar sahaja jatuh.
Menghirup udara yang segar di pagi hari, jiwanya menjadi sungguh tenang. Ketenangan itu tidak berpanjangan apabila kerisauan kembali hadir setelah terserempak dengan Warden Yaya di surau.
Wanita datang ke bahagian solat lelaki sangat janggal jika tidak berkeperluan, dia datang ke sana mungkin untuk memaklumkan sesuatu kepada imam. Nizam hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja kerana dia tahu apa yang warden tersebut ingin sampaikan.
"Termenung apa lagi kat luar pintu masuklah," ajak Ali.
"Bapak cepat kau mandi..."
"Aku tak mandi lagi hehe,"
"Oo patutlah sewangi kasturi," Nizam terus melangkah masuk dan berada di saf hadapan bersama Ali. Tidak lama kemudian mereka dan pelajar beragama Islam lain menunaikan solat Subuh di surau secara berjemaah.
Selepas itu kedengaran imam memetik butang suis di belakangnya. Mungkin ingin membuka pembesar suara di seluruh asrama lelaki dan perempuan. Jantung Nizam berdegup kencang.
"Ya Allah, bantulah aku peroleh biasiswa," doa Nizam.
"Perhatian kepada nama-nama yang dipanggil, sila ke bilik warden 3 sebelum perhimpunan diadakan,'
"Nur Atirah binti Azam,"
"Lim Zhang Li,"
"Putera Karchak Indera Pourrnamma Berbezza Dary Yang Layn bin Putera Segaq Indera Boolan Bercahayya Sepulouh Jamz Sehariy,"
"Ramesh A/L Kumar,"
"Wong Li Na"
Betulkah apa yang Nizam dengar?Pengumuman itu diulang sekali lagi. Benar, namanya tiada dalam senarai biasiswa.
"Weh aku rasa tu bukan pengumuman biasiswa kau jangan risaulah," Ali menenangkan rakannya.
"Tak aku dah nampak Warden Yaya tadi, eh dia ada lagi kat depan sana aku nak tanya jap," Nizam bergegas ke wanita yang bertelekung biru itu yang dikenali sebagai Warden Yaya.
"Huh kenapa tercungap-cungap ni kamu lari dalam surau ke..." soal Warden Yaya.
"M-maaf warden saya tak lari pun cuma tak tahu kenapa sesak nafas, boleh saya tahu b-betul ke nama yang dipanggil tadi dalam senarai biasiswa?" balas Nizam gagap.
YOU ARE READING
Ria
Teen Fiction"Woi anak tak guna dengar cakap aku, berhenti belajar di situ kau ingat aku ni kilang emas ke?" Segala jenis ria dibuang olehnya untuk menumpukan seratus peratus tumpuan kepada cita-cita. Sungguh malang sekali apabila halangan berat menyekat kehenda...
