Cyberkaya

12 1 2
                                        

Suasana hiruk-pikuk kota pada awal pagi disajikan dengan pemandangan pelbagai gelagat dan aktiviti penduduk kota raya. Ada yang memandu kereta untuk menuju ke tempat kerja. Ada yang sedang menunggu bas di bus stop. Ada yang sedang memunggah barang dari dalam lori. Semuanya menggambarkan bahawa begitulah aktiviti-aktiviti kehidupan seharian penduduk kota raya yang serba maju ini. Ditambah pula dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang diserikan bersama tumbuh-tumbuhan hijau yang menyelimuti hampir kesemua bangunan malah ada yang terhampar menyerupai permaidani dikeseluruhan lantai bandar. Turut ditemani bersama bunyi kicauan burung-burung yang bebas terbang di udara dengan mengibas sayap-sayap mereka. Seolah-olah kota raya ini berada dalam hutan tropika. Benar tidak salah lagi. Bandar hutan atau lebih kita kenal sebagai forest city.

Itulah Cyberkaya.

Di penghujung bandar Cyberkaya pula, terdapat sebuah pelabuhan besar yang begitu sibuk sekali keadaannya. Ada beberapa buah kren yang sedang dikendalikan oleh beberapa orang pekerja dalam mengangkat kontena-kontena besar turun dan naik daripada kapal-kapal dagang yang berlabuh di pelabuhan tersebut. Dalam kesempatan itu, terdapat sebuah kenderaan mewah Vellfire berwarna hitam kilat memasuki ke kawasan perkarangan pelabuhan terbabit. Sebaik sahaja kenderaan mewah itu diberhentikan, pintu kenderaan tersebut terbuka secara automatik dan kelihatan seorang lelaki berusia dalam linkungan umur puluhan tahun sedang keluar daripada perut kenderaan itu. Berpakaian orang-orang kaya dengan kasut hitam berkilat pada kedua-dua kakinya. Di atas kepalanya pula dikenakan sebuah topi, di samping kedua-dua tangannya memegang tombol sebuah tongkat yang diperbuat daripada kayu berjenama mutu tinggi. Daripada segi perwatakan dan caranya berpakaian menampakkan dirinya seperti orang berkepentingan tapi apa tujuan dia ke pelabuhan pada awal pagi sebegini? Kelihatan beberapa orang lelaki yang tidak dikenali mula keluar dari arah belakang sebuah kontena. Salah seorang daripada mereka membawa sebuah beg hitam bersamanya. Isi di dalam beg itu tidak diketahui. Setibanya mereka di hadapan lelaki kaya itu, lelaki yang membawa beg bersamanya terus membuka beg tersebut di depan mata lelaki kaya itu. Ternyata isi dalam beg itu ada sebuah pendrive. Lelaki kaya itu mula bertanya.

"Dalam ni ada maklumat yang aku nak?"

"Ada. Segala maklumat yang tuan nak semuanya ada dalam ni," jawab salah seorang daripada mereka sambil jari telunjuk miliknya ditunding ke arah pendrive tersebut.

Lelaki kaya itu mengangguk faham. Beg itu segera ditutup dan mula berpindah tangan. Manakala mereka pula menerima sebuah lagi beg daripada orang suruhan lelaki kaya berkenaan. Dibuka beg itu terlihatlah wang-wang ribuan nilainya dikemas dan disusun mengikut warna. Terbit senyuman mereka setelah melihat jumlah wang yang sebegitu banyak telah diberikan kepada mereka.

"Lepas ni kalau tuan nak berurusan dengan kami lagi, kami sedia menerima dengan hati terbuka," kata salah seorang daripada mereka.

Lelaki kaya itu hanya diam membisu, namun dihadiahkan juga senyumannya kepada mereka. Tanda bahawa dia setuju dengan kata-kata lelaki tersebut. Setelah lama itu, mereka semua mula bergerak meninggalkan kawasan pelabuhan itu.

Dalam waktu yang sama, di tempat yang berbeza pula menunjukkan dua orang remaja lelaki sedang menuju ke sebuah kedai barangan runcit berdekatan dengan kawasan rumah kedai yang lain di situ.

Mamat Mart.

Mereka berdua mula melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Seterusnya mereka bergerak ke sudut kedai di mana terdapatnya beberapa buah fridge yang menjadi tempat penyimpanan barangan basah. Sebuah tangan salah seorang daripada mereka mula memegang tombol pintu salah satu fridge di situ lalu ditarik untuk membukanya dan tangannya sebelah lagi dicapainya sebuah kotak minuman dan pintu fridge itu ditutup kembali.

S.O.D.A.Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora