Aku yakin, kali ni dia betul-betul dalam masalah.

...............
[ 10:00 a.m]
[Tanah Perkuburan]

Aku duduk mencangkung. Tanah kubur member aku perati kosong.

Tanah merah dia beransur hilang. Mungkin ada sahaja yang datang melawat dan menyiramnya.

Aku pegang batu nisan.

Sambil itu aku terimbau kenangan dimana aku dirotan dengan guru disiplin atas kesalahan merokok.

Ulang kenangan
[Zaman beruk-beruk baru nak up, dorm 103L, asrama]

"Kau bawa berapa?"
Aku perati member aku keluarkan beberapa batang rokok dari poket seluar dia.

"Ni je lagi tinggal." Di telapak tangan dia ada satu. Aku angkat kepala aku.

Kongsi jawapannya. Yang lain semua dah sedap menghisap asap.

Belum sempat aku nak nyalakan.

Bunyi rotan kedengaran di luar. Babi, aku belum sempat menghisap.

Semua yang ada disini. Empat ekor beruk gelabah nak mampus.

Asap rokok terasa menyengat.

Semua sibuk keluarkan perfume.

Tak cukup dengan itu, semua bukak tingkap bagi angin masuk.

Kipas yang slow motion bukak selaju pusing.

"Aduh macam mana ni?" Member aku sekor gelabah. Dia yang tak pakai baju sibuk hidu mulut.

Yang lain buat perkara sama.

"Bau lagi ni. Mampus!"

Aku sengih. Aku selamat. Aku perati diorang sembur perfume kat badan.

Tak cukup dengan itu,

Aku gelak. Sekor beruk lagi jangan cakap. Semua member aku gelak dengan perangai dia.

Ambik peluh kat ketiak dan sapu kat muka.
Bodoh. HAHAHA.

Bunyi rotan menghampiri bilik ke bilik buat kami terus menjadi patung.

Muncul guru disiplin atau lebih tepat ketua warden.

"Kenapa bilik ni bau wangi sangat!? Ingat aku tak tau!?"

"Bagi wangi sikit cikgu, bukan selalu merasa anak jantan macam kami ni bersih." Sekor member aku berani jawab.

"Takkan perempuan je cikgu. Kami pun boleh buat." Dua ekor dah jawab.

"Baris sekarang depan aku!"

Ah sudah, Aku dah agak benda ni akan di check.

Lepas check sekor - sekor, dia berhenti depan beruk yang sapu bau ketiak kat muka tadi.

Kami tahan gelak.

"Bau apa ni?"

"Perfume baru cikgu." Dia jawab.

Guru disiplin tu angguk je. Baru nak kalih badan, aku nampak dia cium balik bau member aku.

"Lain sangat bau ni? Kau hisap rokok ke?"

"Ish! Cikgu ni. Perfume ni limited. Susah dapat. Tu lain dia punya bau."

Aku dah dengar satu kentut melepas. Mesti tahan gelak sampai terkentut. Bodoh punya member sebelah.

"Kau memang tak tahu malu. Dah, semua pergi kemas. Lepas ni kita ada mesyuarat."

Lepas spot check, semua tarik nafas lega. Guru disiplin keluar dari bilik.

Bila hadap muka masing-masing. Gelak kitorang bersatu.

[Kenangan tamat.]

Aku bangkit berdiri dan sapu telapak tangan aku yang berpasir.
"Aku tak lupa kau Faiz, semoga kau tenang disana."

Faiz si beruk yang berjaya memanipulasi si guru disiplin dengan perfume limited dia.

Aku melangkah ke teksi.

Aku tahan sebak di dada. Betulkah kata orang.

Lagi sakit bila orang yang kau sayang pergi meninggalkan kita.

Aku masuk teksi balik. Aku perasan pak cik sengaja diamkan diri dan mula memandu.

Aku bukak handphone aku. Naik satu notifikasi di WATTPAD.

"Tolong buat tajuk Bukti untuk aku."
Member sekor aku muncul lagi.

Aku balas.
"Aku akan buat. Sebelum tu, aku nak kau tulis cerita kau semuanya dan ceritakan kat aku. Aku akan tulis kisah kau."

Dia jawab.
"Aku akan ceritakannnya."

Aku mula buat tajuk di selection buku di bawah sekali selain home.

BUKTI.








BUKTI [DAH HABIS]Where stories live. Discover now