"Hai, mind if touch you?" Entah berapa kali dia tersentak dan terkaku dalam jangka masa kurang satu jam ini. Tetapi, itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan.

"My hands use to be warm whenever I'm nervous. Let me warm you up" tangan sejuk dan terketar-ketarnya berjaya digenggam oleh lelaki itu. Belakang tangannya juga diusap lembut. Wajah kian memerah, ah malu!

"You owe me an explanation" tersangkut-sangkut suara dicelah gigi.

"I do, sweetheart" cincin ditangan Theo dipandang. Matanya membulat, tangan terus mendarat di atas cincin itu. itu cincin yang tergantung dirantainya. Perkelahian pendek bersama uminya tadi menjengah ruang ingatan. Pasti mereka berkomplot bersama.

"Baik, saya tahu awak tak sabar. Bagi saya pakaikan ye?" Menyedari akan keterlanjuran kelakuannya, pantas ditarik semula tangannya dari tangan lelaki itu. Merah seluruh muka!

Sekali lagi tangannya dicapai Theo, cincin yang dahulunya menjadi hadiah perpisahannyan dengan lelaki ini, kini ia menjadi cincin pernikahan mereka. Kalau ini mimpi, dia tak mahu bangun. Biar tidur terus.

Rasa canggung dan tidak enak membalut sukma. Mana Tariq? Kenapa mereka bertukar tempat? Sesuatu terjadi ke?

"Patutlah nak buat majlis tertutup, ada gimik rupanya" Ayra menyampuk dari belakang seusai sebuah kucupan mendarat di dahinya. Tanggannya masih enggan dilepas lelaki itu.

"Eh, dah ada baby bump! Comel-comel" sempat memuji kemunculan Ayra bersama baju kurung berwarna beige dan perut yang semakin jelas bonjolannya.

"Apa comel-comel? Puji isteri sendirilah. Dah tak single kan?" Farhan pula muncul dibelakang isterinya. Sebelah tangan mendarat pada belakang tubuh Ayra. Tahu, isterinya itu sudah lenguh duduk.

Theo tarik muka. Macam itu pun nak cemburu ke? Bukan tak biasa. Hormon bapa-bapa agaknya!

"Mana Tariq?" Ayra menyoal.

"Err, somewhere safe"

"What?" Pinggang Farhan dicuit. Meminta jawapan yang lebih jelas.

•••

Katil. Badannya mahukan katil, sekarang juga. Baru berapa bulan sudah lenguh dan memberi kesan sebegini, macam mana agaknya seksa sembilan bulan. Macam ini rupanya sakit yang ditanggung ibu sewaktu mengandungkan dia dan adik-adiknya. Rasa nak peluk ibunya sekarang juga. Berterima kasih.

"Penat?" Soalan suaminya dibalas dengan anggukan kecil. Mereka kini dirumah keluarga Tiara bagi majlis persandingan kecil pasangan mempelai itu. Seronok rasanya melihat satu-satunya sahabat dari kecil kini sudah bersama dengan lelaki yang sudah lama didambakan. Mungkin tak selama Theo mendambakan gadis itu dulu.

"Tunggu diorang habis bergambar baru kita balik"

"Tak nak. Nak balik sekarang" suaranya mengendur. Perutnya memulas dan melonjak ingin memuntahkan isi, namun ditahan. Telefonnya berdering dari dalam beg.

Nombor asing menghiasi skrin itu. Walaupun, teragak-agak diangkat juga panggilan itu setelah berkali nombor yang sama berulang menelefonnya.

"Hello"

"Ha? Diorang dekat mana sekarang?" Nadanya bertukar cemas. Sebelah tangan berpaut pada lengan Farhan yang masih rancak berbual dengan rakannya. Panggilan tamat setelah si pemanggil selesai memberikannya maklumat lengkap.

"Ibu...balik kampung" muntah yang ditahan terkeluar juga. Farhan lekas berpaling ke arah isterinya, terbuntang matanya melihat tudung Ayra yang sudah dibasahi kesan muntah. Bait-bait bicara isterinya sempat ditangkap sebelum gadis itu rebah dalam pelukannya.

"Ayra!"


TBC

Derh, mestilah diorang kahwin. Tak jadilah drama kalau tak kahwin!

So, Tiara and Theo dah kahwin🦕. Kisah diorang mungkin akan tamat disini. Segala penerangan nnt saya sambung di special chapter. Inshallah✨

Terima kasih yang tak berpenhujung pada yang sudi menyelusuri onak duri jatuh bangun cerita ni (ceh, drama). Saya tak tahu nak bagi apa🫂

IG @hanysfrh_
Tele: Hany Safirah Private Site (bio)
Twitter: Hany Safirah (rarely use)

Dlm tele tu cringe. BAHAHAHHAHAA

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now