•••

"Hai, pengantin baru" suara lunak yang dikenali menyentak gegendang telinga. Senyumannya sudah melebar tanpa perlu berpaling. Lengan Ayra ditarik perlahan, duduk di sebelahnya.

"Belum akad lagi kau dah 'pengantin baru' kan aku? Gelojoh kau ni!" Tiara berbisik kecil.

"Gelojoh untuk lelaki sebaik itu? Bersyukur pada tuhan aku ditakdirkan dengan suami aku, kalau tak memang aku rembat" tak sedar sudah berbadan dua, masih berangan hendak merembat orang punya.

Tiara mencebik. Baiklah sangat!

"Semua sudah bersedia? Boleh kita mula sekarang? Pengantin lelaki, betul ke itu pengantin perempuannya? Tak mahu toleh buat kali terakhir. Tertukar nanti, nak tarik balik macam mana?" segenap ruang tamu dipenuhi gelak tawa ahli keluargannya. Tiara diam merenung belakang tubuh Tariq yang berdepan dengan abinya. Memang tak nak tengok dia yang cantik ni ke? Ke confident terlebih?

Lelaki itu menggeleng kepala tanda tidak mahu. Dah kata, lelaki itu memang tak nak tengok dia! Tiara pun mahu melihat sekilas wajah itu, wajah yang bakal menjadi suami segeranya. Dari jauh, dia tak nafikan walau hanya dengan memandang belakang tubuh, dia tahu lelaki itu punya aura kekacakan yang melampau. Tubuh yang tegap, tinggi dan fit itu menjelaskan segalanya.

Sekali lagi pemandangannya terhalang dek kepala seseorang yang duduk dibelakang bakal suaminya itu. Sekali tengok macam bodyguard jaga belakang. Kemain!

"Kita mula ye?" Abinya bersuara lalu setelah menerima anggukan dari bakal menantunya, dia berdehem sedikit menghilangkan gugup. Ayra turut sama merasakan gugupnya, walau bukan dia yang melafazkan akad namun ketahuilah, debaran bakal menanggung suatu tanggungjawab besar itu berat. Jemarinya digenggam erat oleh Ayra disisinya. Genggaman dibalas.

"Theo Arfan bin Abdullah"

Tubuhnya dan Ayra mengeras. Apakah? Kepala mengerling umi dan adik perempuannya dibelakang. Umi masih dengan wajah bekunya, manakala Atina sudah tersengih panjang.

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Tiara Safiya binti Ahmad Rashad dengan mas kahwinnya RM 800 tunai"

Makin berkerut dahinya. Leher dipanjangkan, mencari wajah lelaki bernama 'Theo' itu. Tak mungkin dia! Lelaki yang sepatutnya dikahwini adalah Tariq bukan Theo. Siapapun dalang disebalik gimik ini, harus bertanggungjawab dan berhutang penjelasan dengannya!

"Aku terima nikahnya Tiara Safiya binti Ahmad Rashad dengan mas kahwinnya RM800, tunai" tangan digoncang sedikit. Abi menoleh ke arah saksi disebelahnya. Rata-rata menjawab sah. Tiara terngadah. Dia baru saja menjadi isteri yang sah kepada seorang Theo Arfan ke?

Katakan ini semua mimpi! Walhal, ini impiannya. Semua terlalu keras itu ditelan. Mengejut!

"Alhamdulillah"

Saat tubuh dipeluk si ibu, setitik air matanya jatuh. Tubuh Puan Aida dipeluk erat. Putarkan semula masa, biar dia betul-betul bersedia menerima hakikat ini. Biar dia memahami situasi sebenar ini. Belakang tubuhnya ditepuk perlahan, lafas sayang yang diucapkan Puan Aida menambah deras air matanya.

Sementara 'si suami plot twist' dia tu pergi menunaikan sujud syukur biarlah dia menangis dahulu.

"Tiara, dia nak sarung cincin" teguran Ayra langsung menghentikan tangisannya. Air mata dikesat menggunakan hujung jari. Kepala masih tertunduk-tunduk. Tidak kuat untuk menatap wajah itu.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now