"Dah, kau jaga je Rash dulu nanti lepas kerja aku selesai aku datang balik" kata Adrian lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta

Arsyad memandang kereta Adrian yang meninggalkan perkarangan hospital.

"Semoga kau selamatlah ye wahai perempuan" kata Arsyad lalu berjalan masuk ke dalam hospital

Suasana di dalam kereta sungguh seram, Adrian yang memandu tidak memandang pun Aleena walaupun sekilas.

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Aleena memberanikan diri untuk membuka mulut.

"Ermm, awak"

Senyap

"Awak..."

"Kau nak cakap apa?? Dari tadi awak-awak, boleh tak straight to the point!!" Balas Adrian yang sedikit bengang

"Saya minta maaf pasal tadi, sebenarnya saya tak lari pun tapi saya nak jalan-jalan dalam hospital tu je" kata Aleena sambil menundukkan kepalanya

Adrian memberhentikan keretanya secara mengejut. Nasib baik di belakang keretanya tak ada mana-mana kereta.

"Yang aku tanya dari tadi pahal kau tak jawab?? Kau nak aku tengking dulu ke baru kau nak jawab soalan aku??" Soal Adrian sambil memandang Aleena tajam

Aleena terdiam, dia mengaku itu salahnya sebab tidak memberi tahu Adrian awal-awal.

"Bodoh lah"

"Saya cerdik" ujar Aleena perlahan

"Apa kau cakap??"

"Tak ada apa-apa"

Adrian berdecit, macam lah dia tak dengar apa yang Aleena katakan.

Skip sampai rumah

Sampai sahaja di rumah, Adrian terus merebahkan badannya di sofa. Aleena hanya memerhati sahaja tingkah Adrian.

"Yang kau tercegat dekat situ lagi dah kenapa?? Tak reti nak berjalan pulak ke??"

Aleena tersentak, dia cepat-cepat berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

Adrian menggelengkan kepalanya, butang bajunya dibuka satu-persatu. Baju kemeja miliknya di lempar ke lantai, Adrian membaringkan tubuhnya di sofa lalu memejamkan matanya.

Malam sudah melabuhkan tirainya. Tepat sahaja jam 8 malam, Adrian sudah bergegas keluar. Pergi mana itu tidak pasti, sekarang di rumah hanya tersisa Aleena dan anak buah Adrian sahaja.

Aleena yang terbaring di katil memegang perutnya yang dari tadi berbunyi minta di isi. Dengan perasaan yang takut, Aleena memberanikan diri untuk pergi ke dapur.

"Mamat tu suka sangat tak buka lampu, ke takut bil elektrik mahal. Dia tak tahu ke yang aku ni tak biasa gelap-gelap macam ni, kang terjatuh nanti dia salahkan aku" bebel Aleena sambil berjalan perlahan-lahan menuruni tangga

Sampai sahaja di dapur, Aleena membuka suis lampu dan mula mencari makanan yang ada di dalam peti.

"Peti pun kosong" keluhnya sambil menutup pintu peti

Aleena termenung di meja makan.

Klak!!

Aleena tersentak dari lamunannya apabila terdengar pintu rumah terbuka. Perlahan-lahan Aleena berjalan keluar dari dapur sambil memegang periuk, mana tahu kot-kot pencuri ke yang masuk boleh dia ketuk dengan periuk ni.

Aleena mengerutkan dahinya melihat sosok tubuh berdiri di depan pintu. Tanpa berfikir panjang, Aleena mengangkat periuk itu tinggi-tinggi lalu mengetuk belakang lelaki itu.

"Woiii sakit gila!!"

Aleena terus menghentikan tindakannya. Dia mengundur beberapa langkah.

"Pahal kau pukul aku??"

"Saya ingat pencuri tadi, itu yang saya pukul. Hmm sorry"

Adrian menyentuh bahagian belakang sambil menahan kesakitan. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Aleena yang merasa serba-salah cepat-cepat membuka lampu di ruang tamu. Dia melihat wajah Adrian sedikit lebam.

"Awak dari mana??"

"Suka hati aku lah nak pergi mana, yang kau sibuk sangat dah kenapa??"

Aleena menghiraukan kata-kata Adrian, dia duduk di tepi Adrian sambil mengambil ubat di dalam laci meja.

Adrian hanya memandang sahaja tingkah laku Aleena. Apa yang ingin dilakukan oleh gadis itu dia pun tidak tahu.

"Kau nak buat apa??" Soal Adrian

"Tolong sapukan ubat" jawab Aleena sambil menyapu perlahan-lahan ubat di tepi bibir Adrian

Adrian terdiam

"Okay dah"

Adrian tersentak dari lamunannya lalu pergi meninggalkan Aleena yang terpinga-pinga.

"Terima kasih pun tak cakap, ada emas lah tu dalam mulut" ujar Aleena sambil menyimpan ubat-ubatan itu

----------------------------------
♡︎ To be continue ♡︎
----------------------------------






















Done update bab 8

Setelah sekian lama akhirnya ada jugak idea nak update🥲

Sorry sebab buat anda-anda semua menunggu, betul-betul lost idea tapi perah lah jugak😩😩

Itu je lah tak tahu nak cakap ape huihuihui

SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now