BAB 8

511 26 1
                                    

"Woi perempuan!! Kau nak lari ke??"

Aleena yang baru ingin keluar dari wadnya terus tersentak, dia memandang ke arah sekumpulan lelaki menuju ke arahnya.

Tanpa berfikir panjang, Aleena masuk semula ke dalam wadnya dan mengunci dari dalam.

"Kau buka pintu ni sekarang sebelum kami pecahkan" ugut lelaki itu sambil mencuba membuka pintu itu

Aleena yang ketakutan terus menyorok di dalam tandas, dia bermain dengan jarinya untuk menghilangkan rasa gementar.

"Call boss, kata perempuan tu nak lari" ujar lelaki itu pada salah satu anak buah Adrian

"Baikk!!"

Adrian yang sedang melakukan kerjanya sedikit terganggu kerana telefonnya tidak berhenti-henti berdering. Dengan perasaan yang bengang Adrian menjawab panggilan itu.

"Kau nak apa?? Tak tahu ke aku kerja??" Soal Adrian dengan nada suara sedikit tinggi

"Maaf bos, kami cuma nak bagitahu yang tadi perempuan tu cuba melarikan diri"

"What!! Kau pasti ke dia nak lari?? Kalau aku dapat tahu yang kau bagi info yang salah siap kau nanti aku kerjakan" ugut Adrian

"Betul bos, depan mata kami kami nampak" ujarnya lagi

Adrian terdiam seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata anak buahnya itu. Dia terus menamatkan panggilan itu dan menutup semua file-file yang ada di atas meja kerjanya.

"Kau nak pergi mana??"

"Aku nak pergi hospital maybe aku dah tak datang dah. Kalau ada apa-apa kau uruskan aku ada benda nak dibuat" kata Adrian lalu mencapai kunci keretanya

"Eh kau, kau baru masuk tengah hari tadi ni nak keluar balik"

"Aku bos suka hati aku lah, kau diam sebelum gaji kau pun aku potong" ugut Adrian lalu berjalan keluar dari pejabatnya

Adnan berdecit

"Nasib kau abang aku, kalau tak dah lama aku karate tahu tak" ujarnya dengan penuh kegeraman

Setelah beberapa minit berlalu, pintu wadnya tidak diketuk lagi. Aleena yang masih ketakutan membuka kunci pintu itu lalu membuka pintu perlahan-lahan ingin melihat keadaan luar.

Suasana di luar wadnya sungguh sunyi, seakan-akan hospital ini tidak bermilik. Baru sahaja ingin menutup pintu tiba-tiba ada satu tangan menghalang. Aleena mendongak memandang gerangan yang menghalangnya menutup pintu.

"Mati lah aku" bisik hatinya

Pintu wad itu ditolak kasar oleh Adrian. Walaupun di wajahnya terlihat tenang tetapi di dalam hatinya dia sedang mengawal amarahnya.

"Kau nak lari??"

Aleena hanya menunduk memandang lantai, dia tidak berani memandang muka Adrian.

"Aku tanya ni, kau nak lari ke??" Soal Adrian lagi sambil anak matanya tajam memandang Aleena

Adrian yang tahu Aleena tidak akan menjawab pertanyaannya terus menarik Aleena keluar dari hospital.

Mata-mata yang memandang mereka berdua, Adrian menghiraukan. Sampai sahaja di depan kereta, Adrian menolak tubuh Aleena masuk ke dalam kereta.

"Kau nak pergi mana??" Soal Arsyad yang melihat Adrian tergesa-gesa ingin pergi

"Balik"

"Perempuan tu dah boleh keluar ke??"

SHE'S MY BABY GIRL [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now