✴️Chapter 14✴️

65 2 0
                                    

Sebiji epal merah terletak elok diatas kepala seorang gadis dihadapan Damien. Pistol revolver diacu tepat ke arah sasaran.

"Cakap sekarang!!!siapa yang arahkan kau buat macam tu??!!" tengking Damien kuat membuatkan gadis berdecit ketakutan.

Bibirnya menggigil ingin menyebut sesuatu. Mata gadis itu sudah basah dengan tangisan. Semua orang disekitarnya hanya kaku memerhatikan apa yang bakal terjadi sebentar lagi.

"Jangan cabar kesabaran aku bitch!!!" Damien mengingatkan.

Kamera litar tertutup yang dilihatnya terpamer jelas akan gerak-geri si gadis yang agak mencurigakan. Lantas berbual-bual dengan Rose yang tampak ceria sekali. Tangannya dengan selamba menunjukkan kedudukan kunci sangkar kepada Rose yang sememangnya naif.

Semua orang yang bekerja dibawah Damien sangat faham akan segala peraturannya. Namun gadis baru ini sengaja melanggarnya. Picu pistol ditarik laju oleh jari Damien.

BANNGG!!!!

Beberapa jeritan gadis yang berada disekitarnya bergema nyaring. Damien sedikit pun tidak teragak-agak melepaskannya.

Buah epal tampak hancur ditembak lantas mengotori kepala si gadis yang merenungnya tajam. Damien tersenyum sinis .

"Wow!!i'm impress!!" ketawa Damien sambil menepuk kedua tangannya. Dihampirinya gadis itu dengan tenang.

"Kalau orang normal...mesti dah pengsan atau terkencing dalam seluar..but kau!??"Damien memandang curiga akan gadis didepannya.

"Ha!ha!!ha!!!Damien oh Damien...how cute!!" si gadis tersenyum lebar. Damien mengangkat keningnya kagum.

"Kau sepatutnya dah lama mati dengan perempuan tu!!!" kata gadis itu angkuh. Riak muka Damien terus kosong.

Kesempatan itu pantas diambilnya tanpa diduga. Pisau lipat yang tersemat kemas disebalik paha terus dicapai lantas dengan laju menusuk perut Damien yang berada dekat dengannya.

"TUANN!!" jerit beberapa pengawalnya yang berhampiran.

Gadis yang tersenyum lebar melihat darah yang mengalir sejak dari tadi tergamam. Senyumannya mati tika memandang riak wajah Damien yang serius.

Damien tersenyum jahat sambil tangannya menarik keluar pisau kecil dari perutnya.

"Kau nak bunuh aku dengan pisau halus ni!??hehehe!" jerkah Damien lucu. Dilayang-layangkan pisau yang berdarah itu didepan muka si gadis.

Tangan sasanya pantas mencengkam kuat leher si gadis. Si gadis mengaduh kesakitan. Perlahan-lahan tubuh gadis terapung sedikit dari lantai kerna diangkat Damien yang kuat.

"Kau memang tak sabar nak mati kan!??!" tengking Damien berang.

Perlahan kepalanya berpaling melihat ke arah sangkar ular kesayangannya. Kedua-duanya sudah kaku tidak bergerak lagi. Dipejam matanya rapat tidak mahu mengingati perbuatannya. Damien terpaksa.

Damien segera menghempaskan tubuh gadis yang lemah diatas lantai. Tercungap-cungap si gadis cuba mencari nafasnya semula. Baru saja dia ingin bangun mencari kekuatan.

Si gadis tersentak sebaik kedua kakinya ditarik kasar oleh Damien. Damien berjalan menuju ke sebuah bilik bawah tanah sambil menyeretnya dibelakang.

Jeritan dan rayuannya langsung tak diendahkan oleh sesiapapun yang memandang. Mereka kemudian kembali menyambung semula tugasan masing-masing seperti biasa. Bilik bawah tanah hanya bilik kematian. Mereka tahu akan pengakhirannya.

Kedua tangan dan kakinya terus diikat oleh lelaki itu dengan rantai besi. Tubuhnya melekat didinding. Matanya membuntang melihat pelbagai jenis alat seksaan yang tersusun kemas di atas meja. Terdapat beberapa palitan cecair merah yang sudah kering di alat itu semua. Jantungnya berdetak laju. Damien tersenyum kecil.

" Aah!nampaknya kau nak berkenalan dengan kawan-kawan kesayangan aku...dont worry dear!!you will!hehehe" Damien ketawa besar. Riak mukanya sudah bertukar sama sekali. Seakan orang gila.

"To-tolong.....please!!" rayu si gadis dengan suara bergetar.

"humm--hum---humm" Damien mula menyanyi ceria. Si gadis tersentak.

Segala rayuan dan tangisan seakan sebuah lagu baginya. Dia sudah lali. Jari-jemarinya bermain-main diatas barisan alat seksaan didepan gadis. Si gadis sudah meronta-ronta ingin melepaskan dirinya dari situ.

"Dont worry...we gonna have so much fun...for a longggg time!hehehe" Ketawa Damien sambil mencapai satu batang besi tajam yang agak besar.

Baru saja Damien mahu menghayunkan batang besi itu ke arah tubuh si gadis. Si gadis terus menjerit dengan kuat.

"STELLA!!!!"

Terkebil mata Damien. Batang besi yang berat itu terus terlepas dari genggamannya. Matanya memandang tajam ke arah si gadis. Inginkan jawapan.

"Stella masih hidup!!" sebut si gadis lagi tanpa berlengah.

"KAU CAKAP APA!!???" jerit Damien marah. Dia melangkah laju ke arah gadis. Tangannya sekali lagi mencengkam leher lembut tersebut.

"KAU MEMANG NAK MAMPUS!!!"Jeritnya lagi. Bila-bila masa saja dia boleh mematahkan leher gadis itu dengan mudah.

"Sum-sumpah!!!Stella masih hidup lagi..." jerit gadis itu tersekat-sekat. Perlahan-lahan cengkamannya mula longgar.

"Kau sudah jumpa dia..tapi kau tak kenal dia..."beritahu gadis itu akhirnya. Damien terpaku.

"Di mana dia sekarang?" Soal Damien pantas.

Matanya merenung sebutan nama dibibir si gadis. Nafasnya seakan terhenti. Dia menelan air liurnya kesat. Air matanya mengalir perlahan tanpa disedari.

Satu demi satu kebenaran diberitahu oleh si gadis tanpa dipinta. Leo terus mencari semua maklumat itu dan ternyata semua itu adalah benar.

"Alright dear...Kau sudah boleh pergi..." Ucap Damien gembira.

"Su-sudah boleh pergi!??" soal gadis ragu-ragu.

BANGGG!!!

Senyuman sinis terukir dibibir Damien. Perlahan dia menghembuskan asap dari lubang pistolnya itu. Leo hanya terdiam sambil leka menekan butang keyboard lap topnya disisi tuannya. Mencari maklumat.

"Pergi dari kehidupan!!!"akhir Damien puas.

Mata gadis terbuntang menatapnya seakan tidak percaya. Perlahan darah mengalir dari dahinya. Tembakan tepat Damien mengenai bahagian sensitifnya. Tubuh gadis terus terjatuh rebah didepan Damien. Pistol kembali disemat dibahagian belakang seluarnya.

Damien menggenggam kuat tangannya sambil lukanya dirawat dan dibalut kemas semula oleh doktor peribadinya. Leo tersengih, sempat tuannya menggila semasa dirawat. Sebaik selesai, dia melangkah naik menuju ke bahagian atas bangunan agam tersebut.

BANGGG!!!

BANGGGG!!!!

BANNGGGG!!!!!

Beberapa tembakan rambang dilepaskan dari pistolnya ke arah langit. Damien cuba melepaskan amarahnya yang sudah sekian lama dipendam. Rantai loket berbentuk hati dikeluarkan dari bajunya. Sekian lama dia sudah memakainya semenjak dia mengenali Stella.

Loket itu dibuka. Bibir Damien perlahan-lahan tersenyum menatap lama wajah lembut Stella yang manis. Dikucupnya gambar itu lama.

"I will always love you

forever...."

p/s: Hello guys, sorry sebab imaginasi&idea baru nk muncul..thanks again sebab setia menunggu..love u all🖤
















My Love...RoseWhere stories live. Discover now