"Kalau aku cakap yang aku ialah Mafia, kau akan takut?"

"Jangan nak buat lawak. Mafia takkan mengaku yang dia yang Mafia. Lagipun, permainan tak bermula lagi. Untuk apa aku takut?"

"Bijak juga kau ni. Syabas!" balas Mikhail seraya menepuk tangan seolah-olah mahu memerli.

"Kau perli aku?"

"Aku puji,"

"Tunggu dulu, kenapa kau datang ke sini? Yang aku tahu, orang lelaki tak suka perpustakaan,"

Mikhail bangun lalu berjalan ke arah rak di belakang Fiqa. Dia mengambil sebuah buku sebelum membelak setiap muka surat.

"Kau ambil fakta daripada Internet ke? Aku datang ke sini untuk cari surat maklumat. Mereka cakap, di setiap ruang di dalam bilik kecuali bilik tidur, mereka sorokkan surat maklumat. Jadi, tempat yang paling logik untuk cari surat maklumat tu ialah perpustakaan."

"Mereka?"

"Pihak atasan. Orang yang kurung kita dan paksa kita main Mafia Game. Dah tentu ada dalang di sebalik permainan ni."

"Betul apa yang kau cakap tapi mustahil kita dapat lawan cakap mereka disebabkan kolar yang melekat pada leher kita ni."

"Jadi, kau dah jumpa apa-apa surat?"

"Dah setengah jam aku cari tapi tak jumpa walau satu pun."

Mikhail menutup buku sebelum meletakkannya semula di atas rak. Matanya liar memandang setiap buku yang tersusun di atas rak. Cuba mencari buku yang dirasakan mencurigakan. Tatkala dia membongkak cuba melihat buku-buku di rak bawah, dia terkejut.

Mikhail menyedari akan sesuatu yang terlihat seakan-akan kertas yang terselit di bawah rak. Dia cuba menarik kertas yang terselit. Tatkala menarik, barulah dia sedar yang itu bukanlah kertas biasa. Ianya merupakan sepucuk surat berwarna putih.

"Bingo."

"Kau ada jumpa sesuatu ke?" tanya Fiqa. Dia mendekati Mikhail setelah terlihat lelaki itu sedang menatap sepucuk surat.

"Aku rasa, inilah surat yang kau cari,"

"Ini mungkin surat maklumat. Kau jumpa di mana?"

"Bawah rak."

"Patutlah aku cari tak jumpa. Jadi, apa tunggu lagi? Buka jelah!"

Mikhail mengoyakkan sampul surat sehingga terlihat sekeping kad berwarna hitam di dalamnya. Dia mengeluarkan kad tersebut. Jelas terlihat suatu kata bertulisan putih pada kad itu.

"Antipalos: Detektif ialah lelaki," baca Mikhail.

Fiqa terkelu. Mikhail pula hanya diam. Mereka tidak menyangka bahawa mereka akan mendapat maklumat yang penting seperti itu. Jadi, Detektif ialah seorang lelaki? Tetapi, Yuri sudah membuat pengakuan terhadap Harisya yang dia ialah Detektif. Bermakna, Yuri menipu Harisya?

Fiqa yang pada mulanya terkelu kembali bersuara, "Detektif ialah lelaki? Jadi, kalau ada perempuan yang mengaku sebagai Detektif sudah tentu dia ialah Mafia!"

*****

Bilik tayangan itu gelap. Ianya dipenuhi dengan kerusi yang menghadap skrin projektor bersaiz besar yang tergantung di dinding. Bilik itu hanya diterangi oleh cahaya yang terpancar daripada projektor LCD. Kelihatan juga sebuah komputer riba yang berada di atas meja di sebelah meja projektor LCD.

Harisya memandang sekeliling. Yuri pula terus berjalan mendekati komputer riba yang masih aktif dengan penuh teruja. Dia duduk di atas kerusi tanpa berfikir panjang. Tetikus dipegang. Jarum tetikus di dalam skrin komputer riba digerakkan ke arah fail filem sebelum ditekan, buka.

MAFIA GAMEWhere stories live. Discover now