"Baik. Ada apa-apa lagi?"

"Takde." Jawab Rayden sepatah. Ariesha menunduk dan terus keluar. Ariesha segera mengarahkan staff yang lain untuk masuk ke bilik meeting. Tak lupa juga Encik Muzaffar dan Encik Ibrahim. Kini mereka semua sudah sedia menunggu Tuan Muda mereka.

Tidak lama selepas itu pintu bilik mesyuarat dikuak. Rayden berjalan masuk dengan muka dinginnya. Kedua tangan diseluk kemas ke dalam poket seluar. Dia mengambil tempat paling hadapan. Kaki naik bersilang. Lengan bajunya disinting sehingga paras siku.

Ariesha hanya meneguk air liur melihat Tuan Muda nya yang tampak sangat kacak.

Mata tak lepas dari memandang urat-urat biru yang timbul ditangan lelaki itu. Cukup meruntuhkan imannya yang senipis kulit bawang. Cepat-cepat dia mengucap dalam hati.

Rayden memandang pelik ke arah Ariesha sebelum dia kembali mengfokuskan pada staff yang lain.

"Nice to meet you guys. Hari ni aku ada satu perkara nak selesaikan dengan kauorang semua. Tentang duit syarikat." Matanya mencerlung ke arah dua susuk tubuh. Senyuman manis penuh makna diukir. Staff perempuan yang melihat senyuman Tuan Muda mereka itu jelas terpana dengan keindahan ciptaan Tuhan yang berada dihadapan mereka sekarang.

"Encik Zain, macam mana kau urus duit syarikat ni?"

"Err s-saya minta maaf Tuan Muda tapi semenjak ni duit syarikat makin menurun. S-saya sendiri kurang pasti kenapa boleh jadi begini." Balas Encik Zain, pengurus bahagian kewangan RA Holding.

"Kau dah check sistem wang?"

"Dah Tuan Muda."

"Turun berapa?"

"Hampir 10 juta wang syarikat mendadak turun." Jawab Encik Zain.

"Berbaki?" Rayden kembali menyoal.

"50 juta. Saya dah cuba cari maklumat tentang duit syarikat yang menurun secara mendadak sejak beberapa bulan ni. Tapi maaf Tuan Muda saya masih tak dapat pasti puncanya." Encik Zain menundukkan kepalanya. Jantungnya berdegup laju. Dia perasan mata helang Rayden menikam ke arahnya. Bagai nak terputus jantungnya namun tetap dia gagah berhadapan dengan Rayden. Dia sudah pasrah dengan sebarang kemungkinan yang berlaku pada dirinya. Salahnya juga sebab tak mengawasi sistem wang syarikat RA Holding dengan baik.

"Okey nevermind. Aku maafkan kau. Tapi lepasni jangan ulang perkara yang sama. Kau tak salah dalam hal ni. Jadi aku beri peluang kedua untuk kau perbaiki semula wang syarikat."

Encik Zain mengangkat wajahnya memandang Tuan Muda Rayden nya itu. Jinjja? Semudah itu dia dimaafkan? Kesalahannya yang cuai mengurus wang syarikat dan semudah itu dia mendapat kemaafan?

"Baiklah terima kasih banyak-banyak. Saya akan perbaiki semuanya dalam keadaan segera." Ucap Encik Zain. Nafas lega dihembus. Syukur.

"Aku tahu pasti ada yang berani khianat aku dan ambil duit syarikat tanpa izin. Lebih baik mengaku sebelum terjadi perkara lebih buruk." Sengaja Rayden tidak memandang ke arah Encik Muzaffar dan Encik Ibrahim.

Rayden memandang sekilas ke arah dua susuk tubuh yang menjadi targetnya. Jelas terpancar riak ketakutan dari kedua wajah itu. Namun dia tahu mereka berdua sedaya upaya mengawal riak takut mereka agar tidak dapat di syakki kesalahan mereka.

"One"

"Two"

"Three.."

Rayden membuat kiraan 3. Dipandang satu persatu wajah staff staff nya.

"Maaf Tuan Muda tapi kami memang tak tahu siapa dalangnya."

"Ye Tuan Muda. Kami langsung tak ambil se sen pun duit syarikat."

"Betul Tuan Muda."

Semua staff nya mula bersuara dan melemparkan kenyataan masing-masing. Rayden hanya tersenyum sinis.

"Baiklah. Semua boleh bersurai. Ariesha, masuk bilik aku." Arah Rayden kepada staff nya dan seterusnya pada Ariesha. Semudah itu Rayden melepaskan mereka semua. Ariesha memandang staff lain. Wajah mereka jelas ketakutan seperti nyawa mereka dihujung tanduk. Dahinya berkerut. Bersangka baik jelah. Wajarlah mereka semua ketakutan. Dengan Tuan Muda Rayden kot.

Staff yang lain sudah beriak terkejut dengan balasan Rayden. Masing-masing memandang sesama sendiri. Pelik dan terkejut dengan arahan Rayden yang menyuruh mereka semua untuk bersurai semudah itu sahaja. Isu yang dibincangkan tadi bukan lah isu yang kecil. Syarikat hilang 10 juta dalam masa beberapa bulan dan semudah itu Tuan Muda Rayden melepaskannya? Atau ada sesuatu yang Tuan Muda Rayden tahu sebelum mereka?

Pelbagai persoalan yang ligat bermain di fikiran masing-masing.

Pintu bilik mesyuarat dipandang sepi. Rayden sudah keluar meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga. Cuba mentafsir apa yang terjadi.

"Err jangan tanya kenapaa..saya sendiri tak pasti. Semua dah boleh sambung kerja. Terima kasih." Tutur Ariesha. Dia tahu pasti staff yang lain akan bertanya pada dia. Mereka semua terus keluar dari bilik mesyuarat untuk menyambung kerja masing-masing.

Ariesha pula terus menuju masuk bilik Rayden. Pintu diketuk. Dengar saja suara maskulin jejaka itu terus dia menerobos masuk.

"Ye Tuan Muda?"

"Nothing. Aku ada meeting dengan client ke harini?"

Nota di tangan Ariesha dibuka sehelai demi sehelai.

"Jadual Tuan Muda kosong hari ni." Ujar Ariesha.

"Okey. Thanks little angle." Tutur Rayden. Dia perlahankan suaranya apabila menyebut panggilan tersebut.

"Sorry Tuan Muda kata ape tadi?"

"Ehem. Nothing. I just say thankyou." Jawab Rayden. Jari jemari nya bermain pen. Mata memandang ke arah anak mata Ariesha. Cantik benar mata gadis itu.

Ariesha yang sedar akan pandangan dari Tuan Muda nya itu terus berdehem.

"S-saya keluar dulu." Ariesha menunduk laju dan terus keluar.

"Shy shy ton pulak kau ni little angle." Tutur Rayden perlahan.

Handphone yang berada di atas meja di ambil.

Dia kemudiannya mendail nombor Qash.

"Qash, aku nak kau tangkap dua orang tu harini jugak. Tau lah aku nak buat apa dengan dua orang sial tu. Diaorang ade dekat office aku. Balik kerja nanti kau buat seperti yang aku arahkan. Chau." Rayden terus menamatkan panggilan.

Senyuman sinis tak lekang dari bibir merahnya. Bibir yang langsung tak pernah menyentuh sepuntung rokok pun. Dia benci akan itu. Baginya perkara itu hanya menjejaskan kesihatan dan merosakkan bibirnya saja. Dia cukup menjaga kesihatan dirinya.










~TBC~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~TBC~

Agak-agak ape jadi dekat dua ketul Encik tu😆

Pujaan Hati Jejaka MafiaWhere stories live. Discover now