Chapter 25

5.4K 195 4
                                    

Cahaya matahari pagi mula memancar dan menerobos masuk ke dalam kornea mata Rayden. Terkedip-kedip matanya apabila merasa cahaya terang mulai memancar ke arahnya. Mata digosok perlahan bagi menghilangkan kantuk. Mulut terbuka luas menguap.

Dia melihat jam di atas meja sebelah katil. 8:00 pagi. Terasa malas untuk bergerak ke office.

Rayden mengeluh perlahan sebelum kembali bangun. Dia terus terjun dari katil dan mencapai tualanya. Kemudian menuju ke arah bilik mandi untuk membersihkan diri.

Setelah 15 minit mandi dia keluar menuju masuk ke dalam walk-in closet miliknya. Semuanya serba hitam. Memang hidupnya diwarnai dengan warna hitam je ke?

Rayden terus mengambil tuxedo kerjanya yang tersangkut di almari. Semuanya sudah siap di iron. Memudahkan kerjanya.

Siap semuanya dia mencapai kunci kereta lamborghini yang berada diatas perabot.

Rayden memecut laju untuk ke office. Walaupun dia boss tapi dia juga harus profesional dalam bekerja.

Dia melangkah masuk setelap mengunci keretanya.

Punat lif ke tingkat 3 di tekan.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka. Terjengul wajah dua orang kuat syarikatnya. Orang kuat yang makan duit syarikat. Heh!

"Goodmorning Tuan Muda."

"Morning Tuan Muda."

Encik Ibrahim dan Encik Muzaffar menunduk hormat dan menyapa Tuan Muda mereka. Rayden langsung tidak membalas sapaan mereka. Hanya membalas dengan senyuman penuh sinis dan bermakna.

Encik Muzaffar dan Encik Ibrahim yang perasan akan senyuman yang dilemparkan oleh Rayden itu hanya memandang pelik sesama sendiri. Selalunya kalau mereka berdua menyapa Rayden pasti lelaki itu akan membalas sapaan mereka semula. Tapi tidak untuk hari ini.

Rayden melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Sempat dia kerling ke arah Ariesha yang sedang fokus menyiapkan kerja. Langsung tidak perasan dengan kehadiran jejaka itu.

 Langsung tidak perasan dengan kehadiran jejaka itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dibiarkan sahaja gadis itu melakukan kerjanya. Rayden melabuhkan duduknya. Baru dia teringat semula tentang masalah duit syarikatnya. Dia harus bermesyuarat untuk membincangkan hal itu. Dan mengenal pasti dalang tersebut walaupum dia sendiri sudah tahu siapa.

Interkom ditekan.

"Masuk bilik aku." Arah Rayden. Tanpa menunggu balasan dia terus meletakkan semula interkomnya.

Beberapa saat setelah itu bunyi pintu diketuk.

"Come in." Arah Rayden.

Ariesha melangkah masuk dengan buku nota penting dipegang erat.

"Yes Tuan Muda? Ada apa-apa boleh saya bantu?" Soal Ariesha.

"Dalam 20 minit lagi suruh staff dan pengurus bahagian kewangan masuk bilik meeting. Arahkan Encik Muzaffar dan Encik Ibrahim sekali untuk masuk meeting kejap lagi. Go now." Suara Rayden dingin. Namun dinginnya bukan seperti dingin yang biasa dia dengar sebelum ini. Pasti ada sesuatu. Atau mood lelaki itu yang tak menentu.

Pujaan Hati Jejaka MafiaOn viuen les histories. Descobreix ara