Lonely

1K 35 0
                                    

"Eeeiii kenapa kena bawa dia?!" Aysha dari jauh lagi sudah masam muka bila nampak je Eshal keluar dari pintu rumah. Dhylan tahu Aysha tak sukakan Eshal tapi Dhylan juga tahu Aysha tak boleh nak puaskan hati dia dekat taman nanti.

"Dia nak beli hadiah untuk anak saudara dia." Bohong Dhylan. Yumi dikerusi belakang ikut sekali. Yumi takkan duduk dengan Dhylan. Dia lebih sukakan Dhyna dari Dhylan tapi kalau bab nak pergi berjalan dia ikut saja.

Pintu belakang dibuka. Eshal terus hulur satu patung penguin pada Yumi fan Aysha. Aysha terima dengan mulut muncung.

"Ambillah. Hadiah."

"Thank you!" Yumi senyum lebar. Dia takde masalah dengan Eshal. Aysha yang ada masalah besar dengan Eshal sejak Dhylan curang dengan Eshal dulu.

"Sayang, lepas dapat patung cakap apa?" Soal Dhylan. Aysha mengetaap bibirnya sambil memeluk patung penguin 50cm itu.

"Te...terima kasih..."

"Sama-sama." Eshal senyum. Dia berpandangan mata dengan Dhylan melalui cermin pandang belakang. Asalkan Aysha tak buat perangai dalam kereta sudahlah.

****************
"Nak naik juga! Nak naik juga!" Aysha sudah menempel disebelah Yumi mahu naik sekali buai merah yang selebar 70cm itu. Buai itu untuk dimainkan dua orang dan secara berdiri. Begitulah kot cara mainnya. Sini jelah Dhylan bawa. Dia tak suka pergi taman tema atau waterpark. Malas je dia fikir. Sini pun okey dah.

"Serius nampak pelik." Bisik Eshal perlahan. Aysha sudahlah berketinggian 159cm. Naik benda tu nampaklah macam pelik lain macam. Dengan berianya. Budak tengok je dah lari dan menangis tapi Aysha tak perasan semua tu. Dia tahu nak main dengan Yumi je.

"Anggap je dia main dengan anak sendiri." Balas Dhylan.

"Memang anak kandung dia pun, kan?"

"Erm, yeah. Tapi anggap- ah lantaklah." Dhylan berlalu ke sebuah pondok berdekatan lalu duduk diatasnya. Dia penat sudah mahu buat apa-apa. Panas ya amat. Mereka ni tak tahu panas ke.

"Dia memang takde harapan nak baik ke?"

"Doktor kata ada. Ada harapan nak sembuh tapi tak 100%. Maybe dia cuma boleh adapt perasaan dan maturity je lepasni. Ingatan dia mungkin takkan pulih. Doktor kata maybe ingatan dia kekal terpadam sebab peristiwa teruk, kan? Dia macam- trauma. Post traumatic disorder. Dia tak ingat."

"What if one day dia ditakdirkan untuk ingat semula?"

Dhylan diam. Dia sebenarnya taknak Aysha ingat semula. Perkara tu akan hancurkan perkahwinan ni.
"I...don't know."

"You need to prepare one thing, Dhylan. Kalau dia ingat semula, mungkin dia takkan mengaku you isteri dia. Dia takde sesiapa dekat sini. Rumah anak Dhyna pun jauh dari sini. Buy a house."

"Buy a house?"

"Yes, buy a house for her. Cakap dengan dia kalau takde rumah, guna rumah tu. Sukahati you lah nak beli rumah kat mana. Or...maybe you yang kena halau, Dhylan."

Dhylan menongkat dagunya. Dipandang Aysha yang masih semangat mahu bermain lagi. "...okey. I'll think about it. Thanks."

"You're welcome. Actually kalau you kena halau you boleh datang rumah I. Kalau dia yang lari rumah tu yang bahaya."

"Yes, I'll think something about it."

************
11 Tahun lalu,
"Anda dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Keputusan adalah muktamad!"

TOK! TOK! TOK!

Penukul kayu dipegang hakim diketuk ke meja. Semua orang kelu habis mendengar hukuman yang diterima Aydan, abang kepada Aysha itu. Aydan kelihatan tak bermaya habis bila dengar hukuman tersebut.

Dhylan yang menjadi saksi kes Aydan, memandang kearah Aysha yang menjadi mangsa Aydan sebelum ni. Wajahnya kosong. Dia terasa seperti itulah hukuman selayaknya bagi abang dia.

"Sekejap." Hakim memberhentikan langkah Aydan dan 2 orang anggota polis yang mengirinya. Mereka berdua berhenti.

Hakim memandang kearah Aysha dan mengambil mic. "Aysha, kamu taknak ucap selamat tinggal pada abang kamu?"

Aysha diam. Dia mengalihkan pandangannya kearah kakak sulung dia, Ayva. Dia geleng kepala tak mahu jumpa Aydan. Hakim hanya mengangguk dan menghormati keputusan Aysha.

"Kasihan pada dia takde siapa nak ucap selamat tinggal." Ujar hakim lalu meletakkan mic. Aydan kemudian dibawa keluar dari bilik tanpa sebarang ucapan selamat tinggal dari sesiapa pun. Jenayahnya seperti tiada kemaafan.

Semua saksi dan defendan mula berdiri termasuk Aysha dan Ayva. Dikala itu Dhylan masih duduk ditempat yang sama. Ibunya diluar. Mungkin sedang mengeteh bersama pakguard diluar.

Dhylan mengelap air matanya. Dia berdiri dan berlari keluar dari bilik majistret tersebut dan mengejar Aysha. Ditarik lengannya yang berbalut kain anduh putih itu.
"Aysha, kejap."

Ayva berpaling kearah Aysha. Dia menarik Aysha menjauhi Dhylan.
"Kamu nak apa lagi? Puas rasanya nampak Aysha murung macamni, kan?"

"Tak~ serius tak. Saya takkan puas nampak Aysha macamni. Saya minta maaf." Air mata Dylan bertajuk. Aysha hanya pandang kosong pada Dhylan. Seperti tiada perasaan kasihan. Jika dilihat dari sudut luaran, Aysha lebih berhak dikasihani. Segi dalaman juga Aysha lebih banyak disakiti.

"Cik Ayva." Tiba-tiba 3 orang polis menghampiri Ayva. Mereka terus menunjukkan waran tangkap kepada Ayva dan menarik kedua-dua tangannya.

"Anda didapati bersalah kerana menyamar sebagai ahli anggota polis demi kebaikan sendiri. Anda berhak untuk bersuara." Ujar seorang anggota polis wanita lalu tangannya ditarik dan digari.

Ayva diam. Sebelum berlalu, sempat dia pesan pada Dhylan agar jangan buli Aysha. Aysha dah cukup tersiksa dan tiada sesiapa disisi dia sekarang ni. Kedua ibu bapanya dah kena penjara kerana kesalahan mendadah dan mengedar, abang dihukum mati kesalahan mengedar, menghisap dan merogol budak bawah umur kakak pula ditangkap kerana menyamar sebagai anggota.

"Dhylan. Puas mommy cari." Puan Norah, ibu Dylan berlari kearahnya setelah 5 minit Ayva ditangkap. Dhylan memandang kearah Aysha yang tak bergerak sedikit pun dari tadi.

"Kenapa Aysha seorang diri? Mana...Ayva?"

"...takpe. Saya balik seorang diri je." Aysha akhirnya bersuara. Dia berjalan keluar dari pusat mahkamah itu.  Dhylan hanya mahu ketap bibir. Sesungguhnya dia tak berani nak tegur Aysha.

"Kenapa? Apa sebenarnya terjadi, Dhylan?" Tanya Puan Norah hairan.

"Ayva...kena tangkap."

She's my wife : Mission Sidestory ✅Where stories live. Discover now