Anak Yatim

1.2K 41 1
                                    

Harini lepas kerja Dhylan ambil masa kejap pergi ke rumah anak yatim. Dia berpijak saja pada halaman rumah anak yatim itu, seluruh kaum kanak-kanak berlari kearahnya sambil menjerit nama panggilannya.

"DADA!!!"

Dhylan dipeluk sehingga dia terjatuh atas tanah. Terkejut juga dia tapi dia gelak saja. Dia memandang kearah Dhyna, adiknya yang datang bersama Aysha. Risau dia nak tinggal Aysha sorang-sorang kat rumah. Dia hantarlah Aysha dekat sini seminggu dua kali. Aysha pun dijaga adik Dhylan sendiri, Dhyna.

Dulu Dhyna ada parut diwajah kerana disimbah air panas oleh rakan sekolah. Lepas hampir 6 Tahun, wajahnya dah jadi cantik seperti sediakala sudah.

"Ish, tu isteri kitalah!" Aysha menghentak kakinya namun budak-budak itu menganjingnya pula. Mana tak naik angin dia sampai ditolaknya mereka dan peluk lengan Dhylan. Kelakuan Aysha buat salah seorang dari kanak-kanak itu menangis teresak-esak.

"Aysha, minta maaf pada Coki sekarang!" Tegas Dhyna. Namun suaranya kedengaran lembut dan manja. Memang ibu kegemaran dirumah anak-anak yatim ini.

"Tapi dia ejek kita tadi!"

"Minta maaf jelah! Dah tua tapi buli kecil tak malu ke?" Marah Daniel, seorang budak lelaki yang mempertahankan budak bernama Coki itu. Bila sudah kena provoke macamtu, Aysha pula yang rasa nak nangis. Dia terus tunduk muka dan menangis.

Dhylan senyum dalam kasihan. Dibelai rambut Aysha dan dipeluknya. "Korang kena minta maaf betul-betul pada Kak Aysha."

"Tapi-"

"Korang tahu kondisi dia macammana, kan?" Soal Dhyna. Mereka semua kemudian tunduk dan meminta maaf elok-elok pada Aysha. Aysha pun baik hati menerima maaf mereka semua.

"Kau masuk dululah makan. Stay kejap.  Esok pun kau cuti." Fea berjalan rapat pada Dhylan. Fea adalah isteri Dhyna. Mereka kahwin sejurus mereka tamat sekolah kerana kejadian simbah minyak panas tu.

"Aku tak bawa baju spare." Balas Dhylan sekadar mahu melarikan diri. Terus saja Fea buka bajunya disitu juga dan campak dimuka Dhylan. Nasib saja dia pakai baju putih dekat dalam masa tu.

"Kau nak aku buka baju ni juga ke? Liat naw nak tidur kat rumah adik sendiri. Baju kau banyak dalam almari. Tulah orang suruh ambil kau kerja je lebih!" Bebel Fea. Dhyna ketawa melihat Fea sudah mula membebel. Dhylan hanya tersengih. Adik-beradik Dhy ni memang lembut hati orangnya. Bezanya top and bottom je.

"Yelah, yelah." Dhylan berdiri, masih tak melepaskan Aysha yang masih dalam keadaan sedih.

"Aysha, sini. Pinggan belum habis basuh." Tegas Fea. Aysha angguk dan berlari mengikut Fea kedapur. Aysha tak boleh buat kerja sorang risau ada benda jadi. Dhylan tak halang pun Aysha nak buat kerja dapur tapi seeloknya berteman untuk mengelakkan sebarang kejadian berlaku.

"I didn't see Yumi anywhere." Ujar Dhylan lalu berjalan disebelah Dhyna. Dhyna tersengih lalu berkata,

"Yumi dekat atas, tidur. Ngantuk lepas makan tadi. Biasalah tu. Dia...dah mula bertanya siapa ibu kandung dia."

"Bila dah boleh bercakap ni banyak pula dia bertanya." Kata Dhylan perlahan. Dhyna geleng kepala lihat kakak bunguk dia tu.

"Mestilah kena bertanya. Itu maknanya sel otak dia mula berhubung. Akak hilang ibu 5 minit pun dah gelabah tanya nikan pula si Yumi yang tak pernah tahu siapa mak sebenar dia."

Dhylan diam seketika. Dia terbayangkan reaksi Yumi kalau dapat tahu ibu dia sebenarnya gila. Aysha pun tak ingat langsung dia ada anak. Dia layan Yumi macam seorang kawan sebab minda dia memang kearah itu. Dia tak nampak Yumi jauh lebih muda dari dia.
"...kalau tipu Yumi ada effect tak?"

"Tipu macammana tu kak?"

"Like- tipu dia yang emak dia adalah Eshal."

"Akak."

"What?"

"Ni Aysha yang gila ke akak yang gila? Waktu kecil dia nak percaya bolehlah. Lepastu apa lepastu? Kalau dia tiba-tiba kata nak merantau cari ibu kandung dia si Eshal tu macammana? Tak ke haru? Akak ni bodoh pekat sungguh. Akak tambah susu Thailand ke kak?" Habis disindir Dhyna si Dhylan ni. Dhylan ketawa kecil mengenangkan kebodohan abadinya itu. Aduh, kena bertalu-talu dengan adik sendiri.

"Yaudah. Tunggu sampai dia tahu sendiri saja nanti. Thank you jaga Yumi. Dia anggap kamu mak dia je nanti."

"Mungkin. Dahlah. Ada ayam masak lemak harini kak. Syukur ada lebih."

"Iyalah."

****************
Dhylan duduk diatas katil, membantu isterinya melipat origami. Dia beli 10 paket kertas warna untuk buat origami saja. Haih, penat juga. Dah 50 kertas. Lagi 50 je lagi nak siap. Tangan Dhylan pun sudah terasa lenguh.

"Sayang nak buat apa origami naga banyak-banyak ni cayang?" Soal Dhylan.

"Nak letak dalam bekas."

"Lah, tu je?"

"Iya. Nak kumpul buat koleksi."

"But-" Dhylan menggigit bibirnya. Dia sumpah tak faham otak Aysha bagaimana ia berfungsi.  Dia buat sajalah demi isteri tercinta.

Kreakkk-

Bunyi pintu kayu terbuka. Yumi masuk kedalam bilik dengan bantal dilengan. "Dada dah balik tak cakap pun."

"Kamu tidur tadi kan, sayang? Mari sini tidur dengan dada dan mama."

Yumi dan Aysha saling berpandangan kemudian mereka berdua sama-sama alih muka.

"Ni isteri kitalah! Sibuk je!"

"Ni dada kita, biarlah! Awak yang sibuk!"

Dhylan terdiam. Lah, berebutkan dirinya pula. Aysha memang kuat cemburu orangnya. Dhylan bangun dan tepuk katil disebelahnya. "It's okay lah. Dua-dua boleh tidur sebelah dada. Sini."

Aysha meninggalkan origaminya dan terus tolak Dhylan untuk tidur diatas katil. Saat itu juga Yumi naik atas katil dan baring sebelah ibunya itu. Mereka berdua memeluk Dhylan erat.

Dhylan mengeluh. Dia tak tutup lampu lagi. Aih, biarlah. Tidur sajalah cuba pejam mata.

She's my wife : Mission Sidestory ✅Where stories live. Discover now