Bullied

940 39 0
                                    

"So awak bagitahu saya yang awak ingat semua perkara lepas?" Dr. Adam bertanya. Aysha angguk kepala perlahan. Wajahnya kelihatan murung. Dhylan yang melihatnya hanya menggenggam tangan erat. Macammana Aysha boleh ingat semula? Apa yang Laila cakap pada dia sampai Aysha boleh ingat semula?

"...saya nak tinggal sini, boleh?" Soal Aysha. Lembut saja suaranya. Diangkat kepala memandang Dr. Adam.

"Boleh. Memang isteri awak dah daftarkan awak untuk duduk sini sementara tapi hanya sampai awak sembuh sahaja, okey?"

"Isteri?" Aysha memandang kearah Dhylan. Perlahan-lahan dia geleng kepala tak percaya. "Tak, doktor. Dia tak mungkin jadi isteri saya. Dia yang rogol...saya. Dia yang buat saya jadi macamni. Jangan, doktor."

Dr. Adam memandang Dhylan sekilas kemudian dia bercekak pinggang. "Dhylan Northwell memang isteri awak, Aysha. Dia kahwin dengan awak sebab nak jaga awak."

"Kejap. Kenapa dia tak ingat saya ni isteri dia?" Tanya Dhylan hairan. Pening dia dengan kaedah psikologi ni. Silap-silap dia yang gila nanti.

"Ini perkara biasa bila seseorang sudah ingat masa lampau dia. Ingatan dia sebagai isteri awak mungkin hanya digambarkan sebagai kenangan kanak-kanak dia. Sebenarnya dia tak lupa pun, cuma salah faham."

Aysha mengetap bibirnya. Matanya berkaca. Dia menangis tiba-tiba mungkin kerana dia perlu menerima Dhylan sebagai isteri dia. "Saya...nak rehat."

"Boleh, boleh. Nanti kami akan bagitahu nurse untuk uruskan ubat awak, okey?"

Aysha angguk. Dia baring diatas katil itu dan menghadap ke arah dinding. Katil dia hujung sekali. Bagus juga at least dia pandang sebelah kiri takde orang. Dr. Adam meninggalkan Dhylan disitu.

Dhylan memandang Aysha yang sudah mula murung semula. "Aysha. Jangan lama-lama. Saya rindu awak nanti."

"Kenapa nak rindu? Awak...tak pernah kasihankan saya pun sebelum ni."

"Tak, Aysha. Saya kahwin dengan awak sebab saya kasihan dan-"

"Jadi awak kahwin dengan saya sebab kasihan, bukan sebab cinta?"

Dhylan berdecit. Inilag sebabnya dia taknak Aysha ingat. Dia lebih suka kalau Aysha jadi budak-budak selama-lamanya.

Dhylan berjalan keluar dari wad tersebut. Merata dia mencari akhirnya dia tiba di wad Laila. Kebetulan ketika itu Dini ada sekali tapi Dhylan tak kisah. Dia berjalan merapati Laila dan berdiri dihadapannya.

"Apa kau cakap pada Aysha?"

"Ouh, hai. Lama tak jumpa." Laila menghulurkan tangan kanannya. Dia sengaja nak provoke Dhylan dan tindakan dia buat Dhylan naik angin. Terus ditepis tangan Laila dan menolaknya sehingga dia terbaring keatas katil.

"KAU CAKAP APA DEKAT AYSHA SAMPAI DIA BOLEH INGAT SEMULA? HAA?! KAU CAKAP APA?!"

"Dhylan, sabar!" Dini cuba menenangkan keadaan namun Dhylan terlalu marah pada Laila. Kelakuannya buat nurse menghampiri dan cuba redakan keadaan.

"Everything was just- fine! 'till you come to her and said something! She remembers who I was! She doesn't want to talk to me! I'm her wife but she don't believe me!" Dhylan meninggikan suaranya. Matanya berkaca saja saat itu, tunggu masa nak menangis. Dia terasa mahu menangis dan luahkan semuanya. To think that Laila tak faham perasaan orang lain.

"Tapi benda tu benda betul. Sampai bila nak sembunyi bawah tempurung? Kurung Aysha dalam rumah akan tukarkan fakta yang kau pernah buli dia ke? Macamtu?"

"Tak- tapi...!"

"Tapi kau cuma nak lari dari masalah. Kau nak perbodohkan Aysha supaya kau boleh curang banyak kali dengan dia." Laila menyambung. Seburuk-buruk dia,pandai pula dia nasihat dekat sini. Ayatnya buat Dhylan terdiam seribu bahasa. Apa Laila cakap betul. Dhylan penakut dan taknak terima kenyataan langsung yang dialah punca Aysha jadi macamtu.

"Lepaskan dia." Pesan Dini. Nurse lain melepaskan lengan Dhylan. Dhylan terus duduk diatas sebuah kerusi dan menongkat dahinya. Kepalanya mula serabut.

"Jadi sekarang macammana? Aku nak bawa dia balik rumah, biar dia rasa bahagia dengan aku semula."

"Itu masalah kau, bukan masalah aku. Dhylan. Pandai buat, pandailah tanggung."

*****************
12 Tahun lalu,

"Dhylan, sakit! Dhylan! Aysha minta maaf!"

Dhylan melempar Aysha ke dinding dengan kuat sekali. Habis berdarah hidung Aysha kerana hempasan yang kuat.

"Kau bodoh ke? Kau saja nak bagi aku jealous kan? Kau tak suka aku bahagia kan? Kan?" Dhylan bertanya dalam kemarahan. Dia sudah tak kisah Aysha macam apa sekarang. Pink dan Yoya tengok saja Aysha diperlakukan begitu.

"So...sorry...saya...cuma cakap dengan dia..."

"Ya, kau cakap dengan dia tapi Aysha, kau tu hak aku! Kau akan berkahwin dengan aku! Aku suka kau, Aysha! Tapi kau bodoh! Kau bangang, kau pergi cakap dengan lelaki tu lepastu bila dah kena peluk macamtu baru tahu kau cari aku! Bodoh!" Dhylan menendang batu disebelahnya. Dhylan cemburu buta hanya kerana Aysha bercakap dengan lelaki lain. Aysha tidak membalas.

Aysha mengelap darah dihidungnya dengan baju. Dhylan terus buka baju dia dan kesat darah dihidung Aysha dengan bajunya sendiri.

"Tak...pe. Tu baju Dhylan nanti kotor."

"Biarlah!" Dhylan meninggikan suaranya. Sejahat-jahat dia, dia tetap sayangkan Aysha lebih dari segalanya. Aysha biarkan hidungnya dikesat dengan uniform sekolah Dhylan kemudian Dhylan memeluk Aysha erat.

"Janganlah cakap dengan diorang lagi, Aysha. Teruskan jadi pendiam. I like you more this way."

"Tapi...Aysha tak percaya Dhylan sukakan Aysha. Dhylan buat semua ni sebab mommy suruh ke?"

Dhylan diam. Dia menggosok-gosok belakang badan Aysha. Iyalah.

Betul ke dia buat semua ni sebab disuruh atau memang dia sayangkan Aysha lebih dari segalanya?

She's my wife : Mission Sidestory ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum