Berderau darah wanita itu. Selangkah dia ke hadapan mahu mendekati Bella, namun langkahnya terhenti apabila dihalang oleh tangan Fariqi.

"Watch you step Izara Elyssa. She's my wife. Don't you dare to come closer." Tegasnya.

Bella dan yang lain tersenyum sinis. Perempuan yang bernama Izara menghentakkan kakinya kuat pada lantai dan kemudiannya berlalu pergi.

Sebaik saja kelibat itu hilang dari pandangan, Bella pantas menolak tubuh kekar Fariqi dari memeluknya. Langkah dihayunkan laju menuju ke bilik dan meninggalkan Fariqi dan yang lain.

"Love! Love!" Kejarnya sambil memanggil Bella.

Serentak itu terjengul wajah Ben dan Austin di hadapan mata yang berjalan mendekati pasangan mereka.

"Baby!" Pantas Melissa berlari mendapatkan Austin.

"Hey, sexy!" Tubuh kecil Melissa yang berlari kearahnya disambut dan dipeluk erat.

"Morning, Miy." Kepala Lourist yang bertutup dicium lembut.

"Morning, Biy." Tangan Ben dicapai dan dicium lembut.

Laura hanya mampu tersenyum sambil melihat adegan romantik itu. Nasib baik dah kahwin kalau tak, menyendu aku. Omelnya.

"Mana Zafran?" Soalnya kepada Ben dan Austin.

Mereka berdua hanya membalas dengan gelengan lalu meminta diri untuk berjalan jalan di resort itu dengan pasangan masing masing.

Laura hanya membiarkan dan berkeliling seorang diri sambil memeluk tubuh. Mujur juga pagi itu dia memakai sweater, takde la sejuk sangat. Maklum la, resort ini bertempat diatas tanah tinggi.

Tiba di satu tempat yang mempunyai kolam ikan koi, Laura memutuskan untuk duduk disitu sambil memandang kearah ikan koi yang seronok berenang.

Bunyi air deruan air yang menyapa telinga, menenangkan separuh fikirannya. Mata dipejamkan kira kira selama 10 minit dengan badan yang digoyangkan ke kanan dan kiri secara bergiliran.

Sebaik sahaja membuka mata, terpampang wajah kacak milik Zafran dihadapan mukanya. Dia agak terkejut, namun riak itu masih sempat dikawal.

Zafran tergelak kecil melihat Laura yang sedikit terkejut.

"Mafia pun terkejut ke?" Soalnya.

"Apa? Ingat mafia ni takde jantung? Silap silap boleh mati kejung kat sini." Balas Laura.

Pantas tangan Zafran naik mengepit mulut Laura. Laura mencubit cubit lengan sasa lelaki itu supaya melepaskan mulutnya.

"Apa ni hubby! Eeeii tak suka la." Dengusnya apabila mulut telah pun dilepaskan.

"Tak payah la cakap pasal mati. Hubby baru je start hidup bersama dengan sayang, takkan la dah nak jadi duda." Selorohnya berserta gelakkan.

Laura tersenyum nipis.

"Hubby, macam mana kalau satu hari nanti, kita ditakdirkan Allah untuk berpisah dekat dunia ni? Contoh, sayang yang mati dulu, hubby cari pengganti sayang tak?" Duga Laura.

Zafran memandangnya hairan.

"Kenapa sayang cakap macam tu?"

"Yelah, itu kan masa depan. Kita tak tahu apa yang akan jadi, so sayang nak tahu kalau kalau benda tu betul betul terjadi, apa yang hubby akan buat?"

Zafran terdiam sejenak.

"Sayang nak tahu tak? Hubby kan, dari sekolah menengah sampai dah kerja, dah buka kedai sendiri dan dah kahwin pun, hubby memang tunggu seorang je gadis dalam hidup hubby dan orang itu ialah Tengku Laura Adriana. Datang la seribu Laura sekali pun, takkan sama dengan Tengku Laura Adriana yang ada dekat depan hubby sekarang ni. So, I wish, you and I, both of us will stay together till jannah, InsyaAllah." Tangan kanan Laura digenggam erat dengan tangan kirinya.

Laura tersenyum manis mendengar jawapan Zafran. Sungguh menyentuh hati. Namun, perlahan lahan senyumannya pudar apabila dunianya terasa kelam dan berpinar.

Mata dikelipkan beberapa kali untuk menghilangkan rasa berpinar itu. Telinganya juga turut berdesing kuat. Dahinya muka mengeluarkan peluh, wajah juga turut berubah pucat.

Zafran mula panik melihat perubahan mendadak isterinya. Tangannya tangkas menangkap tubuh kecil Laura dari jatuh menyembah bumi.

"Ya Allah! Sayang! Sayang! Sayang, buka mata tu sayang!" Badan kecil itu digoncabg perlahan apabila dia mula tidak sedarkan diri. Tangan kanan naik menyentuh dahi Laura yang berpeluh.

"Ya Allah, panasnya." Tanpa berfikir panjang, tubuh kecil terus dicempung dan dibawa masuk ke dalam kereta.

Kereta Ferrari 296 GTB miliknya dipecut laju meninggalkan kawasan resort lalu menuju ke hospital. Sebaik saja tiba di hospital, doktor Izzue dan para jururawat lain yang bertugas segera membawa Laura memasuki wad kecemasan.

Zafran yang kegelisahan duduk menunggu dengan penuh sabar diruangan menunggu. Hati tidak berhenti mendoakan yang terbaik untuk isterinya.

"Ya Allah, kau selamatkan la isteriku." Doanya perlahan.

-----------

She isn't perfect but she tries. She is good but she lies. She hard on herself. She is broken and won't ask for help.

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote dan komen!!

See you next chapter!!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now