2 💕

134 6 4
                                    

Microteaching. Ugh.

Dari semester 2 lagi aku dah kena hadap benda ni. Benda paling leceh; microteaching lah. Sebenarnya bukan microteaching sangat pun, tapi lesson plan. Rasanya kalau 20 kali consultation pun, 20 kalilah pensyarah akan suruh betulkan itu ini. Aku pernah mengeluh dekat abang, lepas tu dia bahasakan aku balik.

"Siapa suruh kau nak jadi cikgu."

Biadab.

Kalau ikutkan bukannya aku nak jadi cikgu pun, cuma dari sekolah menengah aku minat Bahasa Inggeris. Dah alang-alang aku bodoh Matematik dan Sains, aku sambunglah Diploma in TESL. Alhamdulillah tak pernah lagi pointer bawah 3.50. Cuma baru-baru ni aku sedar, rasa minat untuk mengajar tu tak berapa ada. Tengoklah nanti. Aku tak rasa aku berminat nak sambung Degree in TESL. Taubatlah aku tak mahu menghadap lesson plan dan microteaching.

Aku capai telefon pintar yang berada di atas katil. Ha, tengok. Macam nilah setiap kali buat lesson plan, buat kerja 10 minit, main telefon 1 jam. Bila nak siap?

"Ijah. Lesson plan kau dah siap ke?" Aku hantar voice note kepada Ijah.

"Dah boss," balasnya.

Berkerut sikit kening aku. Laju betul? "Cepatnya oi."

"Ehek. Aku copy sem 2 punya. Kebetulan tajuk sama."

Ceh. Tak guna betul. Aku semak semula tajuk microteaching yang aku ambil. K tak pernah sama dengan mana-mana semester sebelum ni. Haih.

Mahu tak mahu, aku siapkan juga. Esok nak tunjuk dekat pensyarah. Kalau tak siap, matilah aku.

~~~

"Your post-lesson is incorrect. Why would you put this one? It doesn't seem to relate to your topic."

Aku gigit bibir bawah, tahan geram. Menyampahnya. Kelas sebelum ni dia kata aku cuma perlu betulkan objectives, sekarang ni cakap post-lesson pulak. Kenapa tak suruh je aku buat semula dari awal?

"But sir, the other day you said I only need to fix my objectives," aku cuba membantah. Lagipun pensyarah ni pelupa. Baiklah aku ingatkan.

"Do you not want to get high mark, Shafiyya?" Tu dia, siap sebut nama betul aku. Kalau janjikan markah penuh, tak apa juga. Setakat high mark, tu pun kalau dia tak periksa sambalewa.

"Okay sir." Aku malas nak membantah lagi. Komputer riba aku angkat kembali ke meja yang aku duduk tadi.

Ijah datang tarik kerusi dan duduk sebelah aku, ralit perhatikan aku membetulkan post-lesson seperti yang disuruh Sir Razali. "Rasanya dah lima kali sir suruh kau betulkan, kan?" Ijah bisik.

Aku mengeluh. "Itulah pasal. Aku syak dia tak suka aku weh."

"Aku rasa sebab kau malas layan dia. Tengok Wina tu." Ijah memuncung sikit, menunjuk ke arah Wina yang sedang tersenyum mengada ketika menunjukkan lesson plannya kepada Sir Razali. Geli pula aku. "Dia rajin bodek-bodek Sir Razali. Asal dia je markah mesti penuh," sambung Ijah.

"Tu bukan bodek, Ijah. Tu dah macam menggoda."

Ijah sengih, menahan gelak. "Aku rasa antara dua je. Sama ada sir tak suka kau, atau dia suka kau," kata Ijah, menekan perkataan suka. Aku berkerut pandang muka menyengihnya. "Suka?"

"Yelah. Kau ingat tak awal semester lepas? Dia kan suka kacau and tanya soalan kat kau, tapi kau layan nak tak nak. Aku perhati je dia tu, macam geram dengan kau," Ijah menerangkan.

Terasa meremang bulu roma aku mendengar kata-kata Ijah. Geli betul. "Kau mabuk ke Ijah? Sir tu sebaya bapak aku kau tahu tak? Entah-entah dah ada cucu kat rumah. Eii, gelilah aku nak layan lebih-lebih."

crushWhere stories live. Discover now