Klik!
Pintu tersebut langsung tidak berkunci.
Rasa tidak sedap hati mula menggunung, Seonghwa menolak pintu itu ke dalam lalu melangkah masuk.
Perkara pertama yang Seonghwa perasan apabila dia memasuki rumah itu adalah bau hangus dan asap kelabu nipis yang terhasil. Asap tersebut mengganggu area pemandangannya.
Dia segera pergi ke dapur.
Seonghwa terbatuk sambil melibaskan tangannya ke kiri dan kanan untuk menghalau asap-asap tersebut.
Dia menutup dapur gas dan memandang ke arah kuali yang mempunyai nasi goreng yang telah rentung. Inilah punca asap dan bau hangus tadi.
Seonghwa terbatuk lagi sekali sebelum memusingkan badannya ke balakng untuk melihat kaunter island itu.
Mata Seonghwa membulat, terdapat tompokan besar cecair merah di atas kaunter marmar tersebut.
Apa yang terjadi di sini?
Hwari... Adakah dia selamat??
Perasaan tidak sedap hati Seonghwa bertukar realiti.
Yang hanya dia kesahkan pada waktu ini ialah hanya Hwari.
Hwari..
Hwari...
Hwari
Hwari.
Seonghwa segera mencapai pistolnya yang berada di belakang badan. Setelah mengambil pistol tersebut, dia mengacukan pistol kedepan dan berada di dalam posisi sedia.
Kedua tangan Seonghwa memegang pistol tersebut, dia segera melihat sekeliling untuk mencari klu.
Namun rumah ini sunyi dan kemas di bahagian lain kecuali dapur.
Seonghwa tidak tahu terdapat ruang bawah tanah, namun dia bijak.
Dia memandang ke bawah, ke arah lantai dan disitu dia dapati kesan darah yang menuju ke suatu arah.
Darah tersebut tidak banyak, tidak juga sedikit, sesiapa sahaja yang cedera itu mungkin masih hidup.
Kesan darah tersebut berhenti di hadapan sebuah kabinet.
Tanda tanya muncul di atas kepala Seonghwa.
"Is this, a secret passage? "
Seonghwa menyimpulkan dengan segera, dia adalah seorang detektif after all.
Seperti helang yang mencari mangsa, Seonghwa memerhatikan kabinet tersebut dengan berhati-hati
Kemudian dia perasan empat bulatan yang kelihatan seperti boleh ditekan. Mungkin nampak bodoh tapi Seonghwa tekan satu persatu sehingga...
Klik!
Seperti bunyi kunci terbuka, Seonghwa membelakangkan dirinya daripada kabinet tersebut.
Dan, kabinet tersebut bergerak dengan sendiri ke tepi, menunjukkan satu laluan untuk turun ke bawah.
Bau darah menyapa hidungnya.
________
Hwari menarik nafas, San masih memeluk erat dia dengan risau.
Anak mata Hwari bergerak ke arah tubuh Yunho yang sudah lama ditinggalkan roh, kolam darah juga semakin membesar.
Kemudian pintu untuk masuk ke ruang bawah tanah ini terbuka, cahayanya menyilaukan mata Hwari.
Figura seorang lelaki kelihatan di sebalik mata Hwari yang berair.
YOU ARE READING
[C] Stockholm + San ATEEZ
Fanfiction《Sinopsis》San, seorang psychopath yang bekerjasama dengan Yunho dalam pasaran gelap menjual organ. Tugasnya adalah untuk mencari dan menculik mangsa untuk Yunho jualkan organ. Tetapi San lebih suka membunuh daripada menjual organ. One day, seorang p...
Alternate Ending: Deleted scene #1
Start from the beginning