Bab-1

167 21 0
                                    


Welcome to H.E.

Please put your identity card.

We can't access.

ERROR, ERROR, ERROR!

♚♚♚

AKU memandang kosong dinding dihadapan aku ini. Fikiran aku kosong. Semakin aku berfikir, semakin ianya kosong. Betul kah tindakan aku sekarang ini? Berhenti dari menjadi perisik dan memulakan kehidupan biasa?

Tapi, ianya sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Kalau tidak disebabkan Papa, memang aku teruskan sahaja kerja aku itu.

Aku, Tengku Izara Haura. The ACE of Elite Spy Team.

Renungan yang tadi di dinding aku alihkan ke punching bag yang elok tergantung di sudut. Kekuda aku dipasang dan kedudukan tubuh aku betulkan dengan sudut yang sesuai. Perasaan marah dilepaskan kepada punching bag tersebut.

Bukk!

Baru sahaja aku mahu melepaskan yang kedua ada suara lain yang mencelah.

"Sudahlah tu, Kakak. Dari pukul lapan pagi tadi lagi kau dekat sini. Ni dah masuk waktu tengah hari dah ni. Cepatlah naik atas."

Aku memandang adik aku tanpa menunjukkan satu emosi. Oh, itu adik aku. Nama dia? Aku lagi selesa panggil dia pokok. Okey, aku gurau. Nama adik aku ni cukup dapat membuatkan tulang kaki kau bergetar.

Tengku Izaan Haider.

Atau mungkin tulang rusuk kau yang bergetar. Sudah lah, dia bukan watak penting pun dalam cerita aku.

"Sejak bila kau pandai turun datang sini?" tanya aku pelik.

Sebab apa aku pelik? Sebab tempat yang aku guna untuk berlatih ini berada di bahagian bawah tanah rumah. Kiranya sudah memang dikhaskan untuk latihan lasak seperti membunuh orang. Itu pun setelah beberapa kali memujuk Papa untuk membinanya di rumah.

Aku sudah malas mahu ke H.E hanya untuk berlatih.

"Baru je tadi aku sampai. Tak mahu lah duduk lama-lama. Sudah la berhabuk, bersin aku nanti. Berapa lama kau tak kemas tempat ni?" ujar Izaan sambil mengipas habuk yang beterbangan di udara dengan muka annoying miliknya ditunjukkan kepada aku.

Izaan merupakan manusia yang sangat cerewet. Dia suka memilih dan tidak suka kotor. Semuanya nak perfect di matanya. Tak boleh cacat-cela sedikit pun. Aku doakan bakal Isteri dia nanti seorang yang ganas seperti aku. Boleh aku tengok bagaimana Izaan kecut nanti.

"Siapa suruh turun? Benda boleh call kan? Ke Izaan rindu nak tengok muka Kakak?" Aku beri muka jengkel kepadanya sekaligus menyakat Izaan.

Izaan tidak membalas. Dia tahu semakin dia melawan, semakin kuat aku kacau dia. Silap hari bulan ada yang masuk hospital.

"Lagi satu, kenapa Papa panggil?" tanya aku. Izaan menjongketkan bahunya menandakan dia tidak tahu.

"Kakak pergi jumpa dulu nanti tahu la."

Ewah.

TUAN NOAHWhere stories live. Discover now