✴️Chapter 13✴️

Start from the beginning
                                    

Aarron terus menjauhi Damien. Bahkan melangkah laju mendukung tubuh gadis itu ala bridal , ingin keluar dari situ.

"Aarron!!tunggu!"

"Hanya aku saja yang memiliki anti venom untuk ular tu.." beritahu Damien tegas.

Langkah kaki Aarron terhenti. Dia berpaling lalu memandang tajam ke mata Damien.

"Faster!!kita dah tak banyak masa lagi...!" kata Damien serius. Sedar akan tahap bisa ular jenis tedung tersebut. Rose boleh mati.

Dia lalu mengarahkan para pembantunya yang sudah membawa  sebuah katil beroda menghampirinya. Aarron berhati-hati meletakkan tubuh Rose diatas katil tersebut. Kemudian Rose terus dibawa ke sebuah bilik rawatan yang sedia ada dikediaman Damien.

Damien berdiri tegak sambil mengeluh kasar diruangan legar depan bilik. Tangannya menumbuk kuat dinding konkrit disisinya. Segala macam perasaan bermain didalam hatinya. Bagaimana gadis lembut itu boleh berada didalam kurungan ularnya.

Aarron yang berada didepannya menatap geram kepadanya. Dia meraup kasar mukanya sebelum kolar bajunya direntap kasar oleh sepasang tangan Aarron.

"Kenapa mesti Rose!!??"

"Kenapa kau rampas Rose dari aku Damien!!??"

"Answer me Damien!!??" jerkah Aarron kuat. Amarahnya tidak tertahan lagi.

Rose yang ceria. Rose yang tidak lekang dengan senyuman manisnya. Rose yang ketawa bebas dengannya seakan dunia ini miliknya. Kini dia sudah gagal melindungi gadis itu. Aarron mengetap giginya kuat.

"I will fix it Aarron...dont worry okay!" jawab Damien datar.

"Haha..Damien..Damien..." Aarron tertawa kecil sambil menggeleng perlahan kepalanya. Dia melepaskan kolar baju Damien.

"You're so pathetic Damien..always with you're sorry.."ejek Aarron.

"Kalau Rose mati!!kaulah orang pertama yang aku akan bunuh dengan tangan aku sendiri.."gertak Aarron serius.

Damien hanya mendiamkan diri. Matanya merenung kosong dihadapannya. Kedua tangannya terus dikepal dengan kuat.

Hari berganti hari. Tiada sebarang tanda yang menunjukkan gadis itu akan tersedar dari tidurnya.

Tangan kanan Rose dipegang erat oleh tangan sasa Aarron disisi katil. Sesekali kepalanya tersengguk-sengguk menahan kelopak matanya dari terlena.

Pada masa yang lain pula, Aarron mengelap tubuh gadis itu dengan lembut. Semua pembantu tidak dibenarkan memasuki ruangan bilik tersebut kecuali ketika menukar pakaian ditubuh Rose.

Ditatapnya raut wajah lembut itu lama. Hatinya masih keliru akan perasaannya tika ini. Siapakah Rose didalam hatinya. Teringat kata-kata Damien sebelum dia membawa pulang dari sana.

"Aarron...i just want to ask you one simple question"

"Siapa Rose pada kau?!" soal Damien serius.

Riak wajah Aarron kaku. Jawapannya seakan hilang. Dia sendiri tidak pasti siapa Rose dalam hatinya. Samada sebagai pembantu peribadinya atau lain.

Aarron hanya berlalu melepasi Damien yang sedang tersenyum sinis lalu tertawa kecil.

"You've been unusually quite now Aarron" sindir Damien selamba.

"What's the matter?cat got your tongue hah!?hehe.." tawanya sinis. Damien sengaja.

Aarron mengetap rahangnya kasar menahan gelora dihati. Dia tak akan berterima kasih pada lelaki terkutuk itu. Meskipun Damien sudah menyelamatkan nyawa Rose, lelaki itu tetap bersalah kerna membahayakan gadis itu.

"Aku akan datang ke sana bila Rose sedar Aarron!!" laung Damien dari jauh.

"Go to hell Damien!!" balas Aarron lantang sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya.

Lamunan Aarron lenyap bila terasa sedikit gerakan dari tangan Rose dalam genggamannya. Hatinya berdebar secara tiba-tiba.

"Rose!?.."sapa Aarron lembut.

Tiba-tiba saja mata gadis itu terbuka seakan terkejut akan sesuatu. Kedua tangannya terus menggenggam lengan sasa Aarron erat.

"Tu-tuan!!"sapa Rose cemas.

Gadis itu bangun dari tidurnya lalu memeluk kuat tubuh Aarron yang kaku. Aarron tersentak.

"Ta-takut!!...Rose ta-takut!!" Rintih gadis itu. Kedengaran esakannya didada bidang Aarron. Perlahan-lahan air matanya membasahi baju t-shirt nipis lelaki itu.

Aarron menarik nafas perlahan. Satu tangannya mula naik lalu mengusap lembut rambut panjang ikal Rose. Jantungnya berdetak laju.

Perasaannya semakin kuat menyatakan bahawa dia ingin memiliki gadis ini. Menakluki hati gadis ini sepenuhnya. Sebagai seorang kekasih bahkan lebih lagi. Aarron melelapkan matanya.

"Hush Rose....im always here by your side..."bisik Aarron tenang.

"My love.....Rose" ucapnya dekat dicuping telinga Rose.

Perlahan-lahan wajah Rose mendongak memandang ke arah wajah Aarron yang tenang. Mata hijau itu menatap dalam ke dalam matanya. Penuh dengan perasaan kasih sayang dan cinta.

Bersambung....

✴️please vote

✴️please komen ler..

✴️please follow me..

🙏sorry for the late update...sedang cari inspirasi..more to come..thank again pada yg sudi follow author..hargai sangat🖤

from Mr_Nut_ Cracker👻















My Love...RoseWhere stories live. Discover now