Beberapa minit berlalu datang Datin Zahara dengan Dato Afzan bersama Tengku Laila sambil menolak Tengku Hamdan yang masih berkerusi roda.

"Macam mana Zafran?" Soal Datin Zahara kepada Zamri.

Semasa dalam perjalan ke hospital tadi, semoat dia menelefon kepada mamanya untuk memaklumkan keadaan Zafran. Bagaikan hendak gugur jantungnya apabila dikhabarkan bahawa Zafran dimasukkan ke dalam bilik bedah selepas ditembak musuh.

"Tak tahu lagi ma. Doktor tengah bedah untuk keluarkan peluru." Balas Zamri dengan kepala yang menunduk. Tidak sanggup memandang wajah sedih milik syurganya.

Datin Zahara terduduk lemah diatas kerusi dengan Dato Afzan yang sedang mengusap perlahan belakang isterinya. Datin Zahara memeluk erat tubuh tegap suaminya yang masih separuh berbalut.

"Laura?" Soal Tengku Laila perlahan kepada Ben.

Aidda dan Aisya tidak dibawa ke hospital bersama, sebaliknya Tengku Laila meninggalkan dua anak gadisnya itu kepada doktor Mikael dan ibu lelaki itu. Puan Khatijah. Zamirul juga turut ditinggalkan disana.

"Bella dengan Lourist bawa dia balik rumah rehat. Mikael dah siap keluarkan peluru dari bahu dia dan sekarang dalam perlajanan ke sini." Terang Ben. Kepalanya turut ditundukkan ke bawah. Tidak sanggup melihat wajah sedih wanita itu.

Setelah beberapa jam mereka menunggu, pintu bilik bedah tadi terbuka dan keluar seorang doktor lelaki yang bertugas menjalankan pembedahan keatas Zafran.

Datin Zahara terus bangun dan mendekati doktor itu, wajah sugul lelaki itu membuat dia mengucap panjang di dalam hati.

"Dia macam mana?" Soalnya perlahan. Doktor tersebut mengeluh seraya menggeleng perlahan.

"Alhamdulillah kami berjaya mengeluarkan tiga biji peluru yang mengenai anak lelaki puan, tetapi salah satu dari tiga peluru tersebut berjaya menembus masuk ke hati anak puan. Pihak kami terpaksa mencari penderma hati untuk melakukan pemindahan hati bagi menyelamatkan pesakit."

"Ya Allah." Datin Zahara dan Tengku Laila menutup mulut sendiri kerana terkejut. Manakala kelima lima lelaki tadi hanya mampu memejamkan mata dan menghembus nafas perlahan.

"Doktor dah ada penderma ke?" Soal Ben.

"Untuk waktu sekarang, pihak kami masih belum ada perderma. Selain itu, penderma organ hanya boleh didapati oleh ahli keluarga sahaja. Jadi adakah sesiapa diantara ahli keluarga encik yang sanggup mendermakan organ hati kepada encik Zafran?"

Kesemua mereka berpandangan sesama sendiri sebelum serentak Zamri, Ben dan Fariqi mengangkat tangan dan bersuara bersama.

"Saya." Bergema suara mereka memenuhi ruang dihadapan bilik bedah itu.

"Baiklah, silakan ikut saya ye encik."

Baru sahaja hendak berjalan pergi, suara Laura yang menyuruh mereka berhenti membantutkan pergerakan mereka.

"Nak pergi mana?" Soal Laura sambil mendekati doktor tadi.

"Saya akan membuat pemeriksaan kepada mereka bertiga untuk memastikan adakah hati mereka sesuai untuk didermakan kepada pesakit."

"Derma hati?"

"Salah satu daripada tiga peluru mengenai tepat pada hati pesakit dan oleh kerana itu, kami memerlukan penderma hati secepat mungkin." Terangnya sekali lagi.

Laura memandang tiga wajah lelaki itu sebelum kembali memandang wajah doktor itu.

"Periksa saya juga." Semua terkedu.

"Laura--"

"Amir dah selamatkan Laura dan akibatnya dia yang terlantar atas katil bedah tu. Jadi rasanya tak salah Laura pula yang cuba untuk berkorban untuk dia kan?" Laura memotong percakapan Tengku Laila.

Dia tersenyum hambar apabila mengenangkan Zafran yang masih mengambil berat tentangnya sewaktu di hutan tadi.

"Boleh kita pergi?" Soal doktor tadi.

Keempat empat mereka mengangguk dan berjalan membontoti doktor lelaki itu memasuki ruang pejabatnya.

Bella dan Lourist hanya memerhati kelibat Ben dan Fariqi dengan linangan air mata.

Ya Allah, permudahkan la urusan mereka. Omel Tengku Hamdan.

---------

😭😭😭😭😭😭😭😭

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote dan komen!!

See you next chapter!!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAМесто, где живут истории. Откройте их для себя