S.E.B.I.C.M.3️⃣2️⃣

Start from the beginning
                                    

Terketar ketar tanga lelaki itu naik menekup bahu Laura.

"Ba-bahu kau--"

"Tak, jangan risaukan aku, aku okay. Amir, kau stay dengan aku, jangan pejamkan mata kau. Please aku tak nak hilang orang yang aku sayang, please Amir." Rayu Laura dengan air mata.

Laura semakin panik apabila Zafran mula terbatuk batuk sambil mengeluarkan darah.

"TOLONG!! BELLA!! LOURIST!! TOLONG!! SESIAPA TOLONG KITORANG!!" Jerit Laura dengan suara yang semaksimum mungkin.

Bella dan Lourist yang kebetulan mencari mereka berdua terus bergegas kearah suara yang berjaya menyapa telinga mereka.

"Laura!!" Jerit Lourist.

"Mana kau?!" Sambung Bella.

Laura memanjangkan lehernya keatas untuk melihat kelibat suara itu.

"Bella? Lourist? Aku kat sini!! Tolong, Amir kena tembak!!"

Beberapa saat kemudian, terdengar derapan langkah seseorang seperti sedang berlari kearah mereka berdua.

Terpampang susuk tubuh lemah Zafran yang dipangku Laura. Laura pula teresak esak menangis sambil memangku kepala Zafran. Bella dan Lourist terkaku dan terkedu melihat Laura dan Zafran bersama jasad David yang telah kaku.

"Kau panggilkan Zamri dan Fariqi datang sini lepastu suruh Rizal dan Ben pergi ambilkan pengusung." Arah Bella kepada Lourist.

Lourist mengangguk faham sebelum membuka langkah seribu untuk kembali ke gudang tadi. Bella mendekati Laura sebelum bersama memapah tubuh lemah Zafran.

Beberapa minit berjalan meredahi hutan itu, kelibat Zamri dan Fariqi yang sedang berlari mendapatkan mereka mula menjamah pandangan sang gadis. Pantas Zamri menyambut tubuh adiknya.

"Ya Allah, Zaf!!"

"Korang okay?" Soal Fariqi kepada Bella dan Laura. Kedua wanita itu hanya menyangguk.

"Jom." Secepat mungkin mereka berjalan pergi sambil mengusung Zafran.

"Letak atas ni!!" Jerit Rizal dengan tangan yang membawa pengusung diikuti Ben dan Lourist dari belakang.

Zamri dan Fariqi hanya menurut lalu meletakkan badan Zafran diatas pengusung dan terus dibawa ke hospital.

Ben memandu keretanya selaju mungkin tanpa menghiraukan setiap pemandu kereta lain yang turut berada diatas jalan raya.

Sebaik sahaja sampai dihospital, Ben menekan hon untuk beberapa kali menyebakan beberapa orang jururawat dan seorang doktor menerpa laju kearah mereka.

"Ke bilik bedah sekarang!!" Arah doktor itu. Jururawat yang ada disitu hanya menurut dan pantas menolak katil pesakit yang diduduki Zafran ke bilik bedah.

Zamri, Ben dan Fariqi hanya memerhati kelibat Zafran pergi sehingga hilang disebalik pintu bilik bedah hospital. Mereka bertiga terduduk lemah diatas kerusi di ruangan menunggu.

Kring kring~

Telefon pintar milik Ben berdering minta untuk diangkat. Nombor pada skrin telefon dipandang sekilas lalu butang hijau disereta perlahan.

"So? Macam mana?" Suara Bella menyapa telinganya.

"Operation." Ringkas Ben lemah. Tiada mood mahu membalas panjang apabila minda mengenangkan rakan sepermainannya yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik bedah.

Zamri dan Fariqi memandang sekilas kearah Ben yang sudah mengalirkan air mata. Mereka bertiga terus berpelukan setelah Ben menamatkan perbualannya dengan Bella. Ketiga tiga mereka menangis mengenangkan nasib Zafran.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now