"Tak, jangan cakap macam itu. Kalau Allah tahu kau tak mampu selamatkan isteri kau, dia tak akan bagi ujian ni pada kau. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu dari ujian ni. We take the positive side. I'll help you"

Farhan turun melutut dihadapan Idris. Bahu lelaki itu dipegang menyalurkan kekuatan. Kalung perak tadi diberikan semula pada Idris, jemari lelaki itu ditolak menggenggam tangan.

"Aku buat report polis dan settle yang lain. Esok kita ke balai. Aku teman kau, jangan risau. Sekarang, kau balik pada anak-anak kau dulu. They need you. Doa banyak-banyak, inshallah Amani tak apa-apa" Farhan cuba memujuk hati yang gundah gulana itu. Dia juga ada isteri yang tak boleh ditinggal sekarang ini, begitu juga Idris yang harus pulang pada anak-anaknya.

"Okay" keluhan berat dilepaskan. Kalau ikutkan hati memang dia nak pergi sekarang juga. Tetapi, Farhan ada benarnya. Anak-anaknya memerlukan dia sekarang ini.

"By the way, macam mana kau masuk rumah aku?"

"Tingkap bilik tetamu"

"Gila ke?" Bulat mata Farhan mendengarkan pengakuan Idris itu. Bukan nak bagi cadangan tapi, kalau ya pun nak redah masuk rumah orang gunalah pintu belakang ke, ketuklah pintu ke apa ke.

"Kau lupa agaknya, security guard kau dua orang yang dekat luar tu" Idris membalas sambil sebelah tangan menampar perlahan bahunya.

"Oh ye. Aku...em, tak kasi siapa-siapa datang lebih pukul 11 dan kecuali keluarga as if emergency. Well I get it, have safe drive. Sorry for you lost. But, we'll find her soon" Idris mengangguk.
Mereke beriringan ke pintu utama bawah. Dua-dua sudah serabai akibat pertelingkahan sesaat dua tadi.

"Farhan, ada phone lebih?"

"Untuk apa?"

"Diorang hack phone aku. Aku tinggalkan dekat tempat... tempat lain untuk kelirukan diorang. Macam mana aku nak communicate nanti?" Farhan pandang Idris yang sudah hampir menjejak lantai sebelum dia berlalu masuk mengambil sesuatu di dalam salah satu laci diruang tamunya.

"Nah. Jaga elok-elok, emergency phone aku tu" sebuah Iphone X dihulur pada Idris.

Pintu dibuka dari dalam, kelihatan dua pengawal peribadinya sudah berdiri dihadapan pintu. Tangan diangkat menahan mereka dari mengambil tindakan apabila melihat Idris yang berada disebelahnya. Kedua mereka mengangguk dan berlalu semula ke pagar hadapan. Farhan tugaskan mereka untuk berjaga dihadapan rumahnya pada waktu malam sahaja. Itupun, bagi mengelakkan syak wasangka Ayra.

"I'm a bit straight, sorry"

"After what happened to your wife? I would do the same bro" Idris tepuk bahu Farhan. Kemudian, dia tergamam sendiri dengan apa yang baru sahaja keluar dari mulutnya.

"Wait...how do you know?"

"Aku... kena balik. Dah tengah malam, mungkin anak-anak aku tengah cari sekarang. Inform aku update report ya? Terima kasih sudi tolong aku"

"Hmm, sama-sama"

"Jaga Ayra elok-elok"

"Of course. Inshallah, aamiin"

Mereka berpisah. Farhan masih tidak puas hati dengan teka-teki yang bermain dimindanya. Antara percaya dan tidak percaya sahaja dia pada Idris. Dikuatkan juga hati agar tidak berburuk sangka.

•••

Telapak tangan mendarat ke leher. Diurut-urut sebentar lehernya, membetulkan semula urat-urat yang menegang akibat berjaga sepanjang malam dipejabat hari ini. Jam sudah menunjukkan waktu tengah malam. Jalan raya juga tampak lenggang dengan kereta-kereta yang lalu lintas.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now