S.E.B.I.C.M.3️⃣1️⃣

846 66 49
                                    

"Biadap." Gumam Lourist.

Mata Zafran terus tertumpu kearah Laura setelah pandangan matanya menjadi jelas. Dia terkedu. Mata yang terasa panas menyebabkan air mata lelaki itu mengalir.

"Laura." Gumamnya perlahan.

David berjalan mendekati Zafran lalu leher lelaki itu dipautnya lembut. Dia sedikit berbongkok untuk meletakkan dagunya pada bahu Zafran yang masih lagi kaku melihat Laura.

"Kau kenal tak perempuan tu?" Soal David dengan pisau yang terhala pada Laura dan Lourist.

Zafran masih lagi kaku dan tidak menjawab soalan itu walaupun dia mendengar tetapi lidahnya kelu. Tidak dapat menuturkan sebarang kata kata. Bermacam macam soalan yang bermain di mindanya.

"Kalau kau tak kenal, aku boleh kenalkan. Yang pakai hoodie hitam tu, Laura tapi nama mafia dia Ace. Dia mafia. Dah ramai orang dia bunuh." Tuturnya tenang.

"Tapi aku membunuh bukan macam kau. Aku tak membunuh sesuka hati macam Bryant, David." Tegas Laura.

David menegakkan badannya dari berbongkok. Wajah dua wanita itu dipandang tenang.

"So? Apa beza? Tetap mafia. Tetap membunuh. Yang penting, kita sama sama mem--"

"Beza. Kau dengan kitorang jauh berbeza David. Kau membunuh untuk lunaskan nafsu membunuh kau." Bidas Lourist.

"Habis kau? Membunuh untuk membalas dendam? Entah la.. aku rasa takde beza. Yang beza cara kita membunuh."

"Kau bodoh ehh? Tadi kata takde beza, sekarang ada beza pula. Gila agaknya." Bidas Austin. Zafran memandang Austin dengan rasa tak percaya. Tak serik kena pukul kot dia ni.

"Apa?" Soalnya selamba kepada Zafran lalu menjeling.

Baru sahaja tangan David ingin naik untuk menumbuk wajah Austin, mereka semua dikejutkan dengan bunyi riuh diluar gudang. Bunyi seperti berdas das tembakan dilepaskan.

Tiba tiba pintu gudang itu terbuka apabila ditendang oleh seseorang bersama beberapa orang pengikut dibelakang.

Zamri, Ben, Bella, Rizal dan tidak dilupakan juga Fariqi yang menendang pintu gudang tadi.

BANG

BANG

BANG

BANG

Zamri, Ben dan Rizal terus menembak anak buah David satu persatu. Sempat Bella melambungkan sebuah beg hitam yang berisi pistol, pisau dan pelbagai lagi jenis senjata api sementara Fariqi menjadi backup kepada Bella dari belakang.

Nampak tak? Adakah mereka serasi? 😂

Lourist mengambil senjata kegemarannya lalu berlari laju kearah Zafran dan Austin untuk melepaskan dua lelaki itu manakala Laura berlari keluar gudang untuk mengejar David yang sudah melarikan diri.

Zafran merampas glock 17 yang diberikan Lourist kepada Austin sebelum berlari mengejar langkah Laura yang semakin menjauh.

Tercungap cungap David berlari meninggalkan kawasan gudang itu, apabila dirasakan sudah jauh meninggalkan kawasan tersebut semakin perlahan lariannya dan akhirnya dia berhenti pada sebatang pokok yang besar.

Dia bersandar lemah pada batang pokok itu. Kepala didongakkan keatas seraya dia menarik nafas.

"Inutile! Merda! Merda! (Tak guna! Si*l! Sh*t!)" Carut David.

Dah la bukan Islam, mencarut pulak tu. Ish ish ish.. moga moga cepat bertaubat ye David.

Baru sahaja ingin bangun dan berlalu pergi, sekelip mata dia jatuh tersungkur keatas tanah apabila belakangnya ditendang seseorang.

"Laura." Gumamnya perlahan apabila berpaling ke belakang.

Ace tersenyum senget.

"Tak, bukan Laura tapi Ace." Balas Ace dengan tangan yang mengacukan pistol.

David menyepak tangan Ace menyebabkan pistol itu terpelanting jauh lalu menyepak kaki Ace.

Ace jatuh secara mengiring lalu lekas tangannya mencapai kaki David yang ingin mencapai pistolnya.

David memijak tangan Ace lalu perut wanita itu ditendang kuat. Sebaik saja kakinya dilepaskan, dia berjalan mendekati pistol untuk diambil namun pergerakannya terhenti apabila satu das tembakan mengenai peha kanannya.

Ace segera memandang kearah bunyi tembakan. Terbuntang matanya melihat susuk tubuh Zafran sambil mengacukan pistol kearah David.

David mengerang kesakitan dengan tangan menekup peha yang ditembusi peluru. Zafran mengetap kuat rahangnya menyebabkan urat timbul di bahagian pipi kiri dan kanan.

"Don't you dare to touch my angel." Tegasnya dengan muka yang membeku.

--------

'Dont u dare to touch my angel' Omo omo.. sweet tak? Sweet tak? AHAHAH.

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote dan komen!!

See you next chapter!!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now