“Apa maksud kau, hah?” Ithar berpaling dan merenung tepat.

“Negara ni ada undang-undang. Nak buat jahat tu sini bukan tempatnya. Sini tempat Aariz cari rezeki. Company ni Aariz yang bangunkan dengan hasil keringat dia sendiri jadi kalau kau tak berkenan dengan cara kerja dia, aku syorkan angkatlah kaki kau tu” kata Liyyan bernada tenang. Firasatnya kuat mengatakan orang yang cuba sabotaj Aariz adalah Ithar, kawan baik suaminya sendiri.

“Apa yang kau mengarut ni? Kau cakap tu baik-baik sikit ya. Aku pun ada sumbang tenaga dalam company ni, tak ada masa la aku nak tikam dia. Jangan main tuduh je. Entah-entah kau yang dalang dan cuba tabur fitnah kat aku pula.” Bengang Ithar mendengar tuduhan Liyyan yang dirasa melampaui batas.

“Kalau kau tak buat, kenapa nak marah? Tak sangka serkap aku mengena.” ujar Liyyan lalu ketawa sinis. Sebaik saja pintu lif terbuka, dia terus melangkah masuk. Muka Ithar yang sudah merah padam diketawakan.

“Nahas kau!” Amaran diberikan sebelum pintu lif dikatup rapat.

(END FLASHBACK)

. . .

Dia bangkit dari pembaringan dan bergerak turun ke bawah. Bersimpuh di belakang tubuh Aariz. Wajah itu dijenguk. Bibirnya terukir senyuman nipis. Lena benar suaminya diulit mimpi. Mungkin kerana kepenatan.

Dengan gerakan perlahan, tangan menyentuh rambut Aariz lalu diusapnya lembut.

‘Maafkan Liy, abang. Liy terpaksa pura-pura tak ingat abang.’

Berat nafasnya dilepaskan. Mengenangkan kepuraan yang sedang dia lakukan. Jikalau pada orang lain mungkin ini bukanlah keputusan yang bagus dan tepat tetapi dia seolah tiada pilihan. Dirinya terpaksa.

‘Liy tahu abang sedih walaupun abang tak tunjuk tapi dari situ je Liy dapat tengok kesungguhan dan kejujuran abang. Liy nak yakinkan diri Liy apa yang dikata Ithar tu salah belaka.’

‘Liy termakan kata-kata Ithar sampai buatkan kita bergaduh malam tu. Liy tak ada niat nak sakitkan hati abang. Tapi, Liy juga tak tahu kenapa Liy cakap macam tu.’

‘Setiap hari Liy berharap abang dapat maafkan Liy.’

‘Liy berdosa. Sungguh Liy rasa berdosa yang teramat sangat.’

Wajah pulas itu kembali direnung walaupun hanya dari sisi.

‘Terkadang Liy rasa Liy tak layak hidup bersama abang sebab Liy bukan isteri yang baik. Liy sangat-sangat tak sempurna macam wanita lain yang lebih terjaga segala sikapnya. Sedangkan Liy sangatlah pincang. Liy terlalu banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan Adelia.’

‘Liy jahil. Liy takut abang menyesal memperisterikan Liy. Liy bukan seperti mana yang abang lihat pada luaran. Ilmu agama Liy sangat cetek.’

Liyyan hela nafas dengan lemah. Adelia. Siapa yang tidak menyukai gadis seperti itu yang sentiasa lembut bertutur dan menutup aurat. Malahan, Aariz pernah memberitahunya, Adelia adalah ciri-ciri gadis idaman. Tidak hairan jikalau itu benar kerana dia sebagai seorang wanita juga mengakui Adelia seorang yang layak dijadikan sebagai contoh wanita idaman.

Sedangkan dia seolah-olah seperti langit dengan bumi. Sangat jauh bezanya. Apatah lagi ilmu yang terkandung di dada. Dirasakan sangat sedikit.

‘Liy bukan isteri idaman abang.’

Dahi Aariz berkerut kecil. Sesuatu yang terasa hinggap di kepalanya ditepis perlahan. Sebaliknya, tangan hangat yang dia rasai. Lantas, dia terus menoleh dengan mata kuyu menahan kantuk. Matanya dipejam celik agar lebih terang pandangannya.

“Sayang?” tegur Aariz, ingin kepastian. Mana tahu dia hanya mengingau dan bermimpi.

Liyyan sedikit terperanjat. Tidak menyangka gerakkan yang dilakukan sehingga menganggu lena suaminya.

“Kenapa bangun? Sakit ke?” tanya Aariz gusar. Dia terus bangkit dan duduk.

“Err... betulkan selimut awak. Awak nampak macam sejuk je.” ujar Liyyan terus berdalih. Dadanya sudah berdegup kencang, gemuruh mengetuk diri. Terlambat mahu mengundur diri.

“Ye ke? Tak pula abang rasa.” Aariz garu kepala yang tidak gatal.

“Tidurlah atas, lebih selesa.” tutur Liyyan seraya bangun dari duduk dan berlabuh pula di birai katil.

“Tak apa, abang okey je. Lena lagi. Liy jangan risaulah.” Aariz tersenyum memandang Liyyan.

“Kalau macam tu, tidurlah balik.” kata Liyyan bersahaja.

“Ehh...” Aariz tertawa.

“Saya pun nak tidur ni.” ujar Liyyan terus membaringkan diri. Comforter ditarik sehingga menutupi seluruh tubuh. Dari kepala hingga ke kaki. Matanya turut dipejam rapat.

“Eh? Tadi dia yang kejutkan kita. Sekarang dia pula yang tidur. Macam mana ni?” Aariz terus mengusik. Lucu melihat Liyyan yang sudah salah tingkah.

“Mana ada! Saya tak kejutkan awak pun. Awak je yang mimpi.” pantas Liyyan menjawab. Menafikan tuduhan suaminya itu.

“Ye ke mimpi? Bukan orang tu ke yang kejutkan kita tadi? Kalau rindu tu, cakap ajelah rindu. Tak perlu sorok-sorok.” Aariz mengesot menghampiri katil. Dagunya diletak di birai katil berlapikkan lengan. Comforter di bahagian kepala ditariknya sedikit sehingga ternampak wajah itu dari sisi.

“Tak okey. Tak rindu pun. Awak ni kuat perasanlah.” Liyyan pantas membangkang. Serta-merta dia membelakangi Aariz. Bibir digigit. Geram.

“Perasan pada orang yang susah nak mengaku.” Aariz ketawa kecil.

Liyyan pantas menoleh bersama renungan yang tidak berpuas hati. Matanya memicing dengan tajam.

“Orang nak tidurlah.” Usai kata Liyyan terus mengiring belakangi Aariz semula.

Aariz terus bangkit dan menongkat tangan di birai katil itu. Wajah Liyyan didekati.

“Jangan lupa mimpi abang tau, bagi terubat sikit rindu di hati tu.” bisik Aariz di telinga Liyyan. Tawanya ditahan.

Liyyan mengerut wajah. Matanya dipejam kuat-kuat. Rasa macam nak tampal saja mulut Aariz dengan selotip. Sudahlah wajahnya mulai terasa membahang tapi bernasib baik kerana suasana bilik yang suram.

“Tidurlah.” Liyyan dah ketap bibir.

“Tadi kata nak abang temankan.” usik Aariz masih nada bisikan.

“Tak nak!” Liyyan terus pekup telinga. Geram dengan usikan Aariz.

“Tak nak tu makna nak.” Aariz masih mahu mengusik.

“Aariz Nazran Abdul Syakur!”

Berdekah Aariz ketawa.

🥯🥯🥯🥯🥯

Thankyou support🌹✨🌻

09102021

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now