🌻BAB 45🌻

3.2K 196 39
                                    


DENGKURAN halus dari sisi di bawah katil membuatkan Liyyan menoleh, melihat dalam cahaya yang samar. Dia mengiring mengadap sekujur tubuh yang hanya tidur beralaskan toto di bawah. Jauh di sudut hati, dia jatuh kasihan pada suaminya itu. Rela tidur di bawah kerana gusar dia tidak merasa selesa.

Keluhan berat dilepaskan perlahan. Hatinya dihimpit rasa bersalah. Rasa berdosa yang terasa menghambat dirinya. Entah mengapa ini menjadi pilihannya. Tetapi, dia terpaksa akui dia sedikit merasa lelah. Di samping dia cuba menggali sebuah keyakinan diri yang terasa sirna.

Kejadian beberapa minggu lalu membuatkan fikirannya padat dan terus berfikir saban waktu. Mahu ditanya dirasakan tidak lepas. Mahu diluah terasa malu pula. Keyakinan yang begitu ampuh selama ini seakan hilang dan berterbangan seperti debu.

. . .

(FLASHBACK)

“Tak apa, I faham. Okeylah I gerak dulu. Takut nanti tak sempat pula.” ujar Liyyan seraya mengucup tangan Aariz.

“Tak sempat? You ada nak pergi mana-mana ke sebelum pergi rumah mama?” tanya Aariz dengan kerutan. Hairan.

“Tak, maksud I...” Liyyan terkelu sendiri. Dahinya sedikit berkerut, cuba mengerah ayat yang dirasanya tersangkut.

“Maksud you?” Aariz menanti.

“Mama kan selalu keluar petang jadi I takut tak sempat jumpa mama sebelum dia keluar.” ujar Liyyan lebih tenang.

“Oh, okeyy.”

Sebaik saja keluar dari bilik Aariz, Liyyan terus mengatur langkah ke lif. Butang lif ditekan sambil dia berpeluk tubuh, menunggu. Tetapi, fikirannya sempat dilamunkan mengingatkan terjahan Ithar tadi. Firasatnya tidak enak. Rasa aneh ketika melihat senyuman sinis yang Ithar lemparkan kepadanya.

“Jangan bahagia sangat.”

Liyyan terus menoleh ke sisi. Dahinya terus berkerut melihat Ithar. Panjang benar umur lelaki ini. Baru menyebut sudah tiba.

“Apa maksud kau?” tanya Liyyan. Malas bertutur baik dengan lelaki sejenis Ithar yang kurang adab dengannya dari dulu.

“Aariz kahwin dengan kau bukan sebab cinta tapi sebab Adelia.” tutur Ithar sinis. Butang lif yang baru terbuka terus ditekan tutup kembali. Menghalang dari isteri kepada rakan kongsinya itu masuk ke dalam lif.

Liyyan mengerling tajam ke arah lif yang sudah bertutup angkara Ithar. Ditambah lagi dengan bicara lelaki itu yang membuatnya rasa sedikit bengang. Ithar benar-benar sengaja mahu memercikkan api ke dalam hatinya.

“Kalau bukan sebab Adelia, Aariz tu takkan kahwin dengan kau tau, jadi jangan nak berlagak lebih sangat yang kau tu isteri bos yang boleh buat sesuka hati kat sini. Datang dan pergi macam ofis ni kau yang punya pula padahal kau tu isteri Aariz je, bukannya sesiapa pun. Lagi satu kau tu cuma dipergunakan Aariz je untuk dia lupakan Adelia.” tutur Ithar lagi. Perlahan nadanya. Mungkin gusar didengari oleh staf lain.

“Oh...” Liyyan mengangguk dengan senyuman sinis.“Aku pun kahwin dengan Aariz sebab nak lupakan bekas tunang aku je. Kira fair la tu. Dua-dua mempergunakan. Kau tak payahlah masuk campur. Ni hal rumah tangga aku dengan dia. Kau tu pun orang luar je, bukannya sesiapa. Tak ada kena mengena dengan kami.”

Rahang Ithar mulai tegang. Mengetap lebih kuat namun riak wajahnya dikawal agar tetap kekal tenang. Butang lif terus ditekan semula. Dengusan keras dia lepaskan seraya mengatur langkah. Namun, terhenti ketika mendengar bicara Liyyan.

“Kalau kau ada niat nak tikam belakang Aariz, aku sarankan baik kau lupakan sajalah.” tutur Liyyan sambil memandang pintu lif yang masih bertutup.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now