"Ye la ye la" Aira akhirnya mengalah. 

Syaf bersorak di dalam hati. Kaki melangkah pergi meninggalkan Aira bersama barangnya. 

"Syaf tu rapat betul dengan Sya'a" 

Mendengar perihal itu segera Aira berpaling. Telinga memang cepat menangkap jika ada manusia yang bergosip mengenai dirinya. Dilihat melalui ekor matanya kelihatan dua gadis yang duduk di belakangnya sedang berborak mungkin pada masa yang sama menjadi stalker dia dan Syaf. 

"Ye la tu. Syaf dengan Ad tu sama level dah. Tapi setahu aku Sya'a ni antara ahli Crown yang paling misteri. Orang tak tahu pun dia sekolah mana" 

Aira hanya memasang telinga. Tidak mahu menegur kerana dia tidak suka masuk campur. 

"Kau tengok apa?" tegur Fekry yang tadi melihat Adrian asyik memandang Aira dari kedudukan mereka. 

"Tak ada apa" nafi Adrian. 

"Syaf dengan Sya'a tu memang rapat. Tak silap aku last year they went to holiday together" Fekry seakan-akan dapat membaca persoalan yang berada di dalam fikiran Adrian hanya dengan melihat. 

"She is such an interesting person to know" tambah Fekry lagi. Baginya personality yang dibawa Aira sangat menarik perhatiannya. Boleh dikatakan satu-satunya instafamous yang merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. 

'Yea she is'

Dalam diam Adrian menyokong penyataan yang dilontarkan oleh Fekry. Sya'a seorang gadis yang menarik pada masa yang sama misteri. Teringat dia pada Aira, classmate nerd yang dikatakan oleh pelajar sekolahnya. 

Perlawanan mereka bermula dengan tiupan bunyi wisel. Tanpa sedar mata Aira jatuh melihat tubuh Adrian yang mengelak dari musuh sambil membawa bola. Kejadian yang berlaku di sekolah berputar kembali dalam fikirannya. 

'Dia takkan sewenang-wenangnya tolong orang seperti Aira. Tetapi apa yang membuatkan dia seberani itu'

"Eh, Sya" 

Lamunan Aira mati di situ apabila bahunya disentuh seseorang dari tepi lalu memanggilnya. Aira menoleh. 

"Asya!" terkejut dirinya melihat kawannya berada di situ. 

"Oi oi oi" pantas Asya menutup mulut Aira. Memang betul la kata Syaf mengenai suara Aira ini. 

Asya mengambil tempat duduk di sebelah Aira. 

"What are you doing here?" soal Aira pelik. 

"Aku kena paksa dengan mamat tu" balas Asya lalu memuncungkan mulutnya ke arah Ammsyar. Kebetulan pada masa yang sama lelaki itu sedang memandang ke arahnya juga lalu mengenyitkan sebelah matanya. 

"What the—" Asya menahan dirinya daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Aira yang memerhati bertukar speechless, tiada apa yang mahu dikatakan. 

"Kau pula? Kau mana suka datang tempat-tempat macam ni" soal Asya ingin tahu apa yang membuatkan Aira mahu mencemar duli pada malam ini. 

"Haih siapa punya kerja kalau bukan tu, Syafiq Edwin" balas Aira lalu melipat tangannya ke dada kemudian mengeluh. 

"Syaf memang ada kuasa control kakak kembar dia" tutur Asya perlahan pada hujung ayatnya. Segera Aira mencubit peha Asya. Kang tidak pasal-pasal ada yang memasang telinga mendengar perbualan mereka. 

"Adui sakit. Relax la Sya'a, rahsia kau selamat la dalam perut aku" seloroh Asya menayangkan senyuman. 

"Banyak la kau punya perut. Aku belah perut kau kang baru tahu" balas Aira. 

"Bola!" sedang asyik mereka bersembang dan bergelak tawa, kedengaran jeritan daripada salah seorang pemain kuat kedengaran. Aira dan Asya menoleh tanpa mengetahui bola itu sedang menuju ke arah mereka. 

"Sya!" panggil Syaf kuat. 

Aira dan Asya kedua-duanya terpaku dan keras membatu di tempat duduk mereka. Aira memejamkan matanya tidak sanggup untuk melihat. 

"Asya bola!" jerit Ammsyar. 

Adrian memusingkan badannya lalu berlari selaju yang boleh untuk menepis bola tersebut, melawan kelajuan bola Adrian berdiri di hadapan Aira. Bertindak sebagai tembok untuk melindungi gadis itu dengan dirinya mendepakan kedua-dua belah tangannya. 

Dum!

Bola itu mengenai belakang badan Adrian meninggalkan bunyi yang agak kuat lalu jatuh ke bawah. Rata-rata yang melihat amat terkejut. Aira membuka matanya lalu mendongak apabila terdapat bayang yang terbentuk menghalang cahaya court masuk ke dalam retina matanya. 

Mulutnya kaku untuk berbicara sebaik sahaja melihat Adrian berdiri betul-betul di hadapannya. Dengan peluh mengalir turun dari dahi jejaka itu. 

"Ad—"

"Kau— okay?" soal Adrian dengan nafasnya turun naik. 

Syaf dan Ammsyar berlari mendapatkan mereka. 

"Ad kau okay?" soal Syaf melihat wajah Adrian. Adrian mengangguk lalu berundur beberapa tapak ke belakang untuk menstabilkan pernafasannya. 

Aira yang masih lagi terkejut, terdiam melihat Adrian. 

"Sya" panggil Syaf risau. 

"Hah ye apa?" balas Aira memandang Syaf. 

"Okay?" soal Syaf sambil membelek-belek tubuh Aira, kot-kot ada cedera masak dia kena bebel nanti dengan orang tua mereka. 

"Asya Asya Asya" Ammsyar pula tidak habis dari tadi memanggil Asya. 

"Woi woi aku dekat sini hidup lagi" balas Asya gengster. Ammsyar melepaskan nafas lega. 

Perlawanan mereka kembali bersambung seperti biasa dan tamat dengan kemenangan berpihak kepada pasukan yang diketuai Adrian bersama Syaf. 

"Haih kau tengok la ni, laju je diaorang buat kerja" tutur Asya lalu menunjukkan skrin telefon pintarnya kepada Aira. 

Video rakaman ketika Adrian menyelamatkan dirinya sudah tersebar luas melalui media sosial. Terima kasih kepada penyumbang terbesar penonton yang hadir. 

Aira diam. Dia sudah menjangkakan semua itu akan berlaku. Mata jatuh memandang Adrian yang sedang mengambil begnya manakala Syaf masih lagi belum selesai menukar pakaiannya di dalam bilik air. 

Tanpa berkata, Aira bangun dengan memegang erat air tin pada tangannya lalu berjalan menuju ke arah Adrian. Asya hanya memerhati dari tempat duduknya. Aira teragak-agak untuk menegur Adrian sehingga lelaki itu yang terlebih dahulu menyedari kewujudannya. 

"Thank you" ucap Aira lalu menghulurkan air tin minuman tersebut kepada Adrian. 

'Thank you once again for today'

TO BE CONTINUED

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now