Melihat mayat Yunho yang ditikam itu, mereka menyimpulkan bahawa dia ada pergolakan ataupun pergaduhan dengan ahli-ahli lain di dalam sindiket ini.

Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa Yunho bertanggungjawab untuk berpuluh penculikan dan pembunuhan.

Semua itu adalah penipuan.

Yunho dan San bertanggungjawab dan bekerjasama melakukan operasi ini, namun Yunho disalahkan untuk semuanya, dianiaya walaupun selepas mati.



____



Kes ini berjaya menarik perhatian media massa dan disiarkan di dalam berita nasional.

Seperti yang pihak penyiaran menjangkakan, kes ini menarik perhatian ramai orang.



'Anak muda tu memang tampan tapi tak sangka dia buat jenayah keji sebegini.'

'Ah.. kalaulah dia bukan pembunuh, mesti dah lama aku try tackle.'

'You know what, handsome killer is my cup of tea.'



Semua komen tersebut, kebanyakan yang menyukai rupa paras Yunho adalah kaum wanita. Seperti kes Ted Bundy, disebabkan paras rupa dia, ramai yang melupakan rekodnya sebagai pembunuh bersiri.

Ada juga teori mula wujud di internet kerana kes itu terasa pelik sedikit oleh mereka yang meminati genre misteri, lagi-lagi mereka yang membaca novel Lee Rang.



.



Cahaya skrin televisyen menyinari.

Seseorang menaikkan alat kawalan jauh berwarna hitam yang sama panjang dengan tapak tangannya. 

Dia menekan butang on/off, dan skrin televisyen bertukar hitam.

Dia bangun daripada sofa dan menuju ke meja makan di mana terdapat banyak kertas kerja dan fail-fail kes yang bertimbun, di antara timbunan tersebut terdapat sebuah komputer mudah alih. 

Rumah ini gelap di ruang tamu dan koridor lain, tapi bukan di dapur walaupun dengan cahaya malap mentol di atas meja makan ini.

"Aku kejar kau tapi orang lain yang dapat dahulu." Dia tertawa kecewa.

"Karma memang wujud bukan? Sesiapa sahaja yang reka semula kes kau Yunho, adalah hutang yang kau mesti bayar semula. Takdir tuhan... itupun kalau kau percaya dengan-Nya."

Tertera di skrin laptopnya gambar passport seseorang yang bernama Jeong Yunho dengan maklumat peribadi, bersebelahan dengan maklumat peribadi seseorang yang bernama Lee Ren.

Dia menutup laptop kelabu tersebut.

Lalu menuju ke bilik air dan berdiri di hadapan singki, dia melihat refleksi wajahnya di dalam cermin.

Misai dan janggutnya tidak terurus, liar tumbuh dan tidak dirapikan atau di cukur. Rambutnya juga panjang.

Dia mengambil pencukur dan mula menggerakkan bilah-bilah besi kecil itu ke rahang dan di atas bibir.

Rambut-rambut daripada misau, janggut dan rambut dari kepalanya jatuh ke dalam singki seramik putih yang kering itu.

Dia meletakkan gunting dan pencukur di tepi singki, lalu merenung kembali wajahnya yang sudah licin daripada janggut dan misai.

"Move on lah Jeong Jaehyun."

Jaehyun yang merenung imej dirinya di dalam cermin itu menggerakkan anak matanya ke kiri, fokus terhadap lensa mata seseorang yang sedang memerhatikan dia selama ini.

Melihat tepat ke arah mata anda semua.















Hello! So here you go, the epilogue! Not a special chapter btw ;]

Tapi author ada plan nak buat alternate ending chapter, untuk tunjukkan korang ending yang lain, tapi main ending cerita ni masih sama ya.

And about Yujin....

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now