Pucat wajah Dayana dek kerana jerkahan daripada Ziyad. "Heh, you've changed. Daripada dulu, pakai baju yang menutup tubuh. But now, macam baju tak cukup kain. I memang tak akan percaya you untuk jaga anak I. Assalamualaikum."

"Ziyad! Do not judged me based on my clothes!"

"For your information, yes I did." Jawab jejaka itu selamba lalu dia keluar dari cafe itu. Ziyad mengeluarkan telefonnya dari dalam kocek seluar.

Panggilan dari Zain di jawab, "anak kau, aku dah hantar pergi sekolah. Aku nak pergi kerja."

"Thanks a lot Zain."

"By the way, anak kau tanya aku tadi. Kenapa kau tak hantar dia pergi sekolah tadi."

"Kau jawab apa?"

"Aku jawab kau kerja. Nak cari duit. Lepastu kau tau... dia boleh cakap macam ni. 'Celah mana daddy takde duit?' Ya Rabbi, terkejut aku anak kau cakap macamtu Yad."

Ziyad tergelak, "nanti balik aku amik. Dia balik pukul berapa?"

"Satu petang kalau tak silap."

"Alright... again thanks a lot brother sebab hantar anak aku."

"Alrighty."

Ziyad mengeluh perlahan. Umur ayahnya semakin tua. Siapa yang mahu ambil alih syarikat keluarga? Zain sudah mempunyai syarikat sendiri.

Memang dia lah satu-satunya harapan Tuan Muhammad Hayder. Namun, tak semudah itu untuk dia melepaskan cita-citanya sebagai juruterbang.

Namun bagaimana pula dengan syarikat keluarganya?

***

"It's the love shot! Na... Na Na Na Na. Opocot mak kau!" Terlepas getah paip dari pegangan Sarah dek kerana terkejut sang ayah sudah berdiri di tepinya.

"Papa! Ish terkejut Sarah!" Sarah menjuih bibir. Rambutnya di betulkan, "sorry sayang... ini rajin sangat ni siram pokok bunga ibu bagai."

"Ibu?"

"Ya... Ibu Ros."

"Ouh... Sarah panggil dia makcik."

"Mana boleh macamtu sayang. Tak baik... panggillah dia ibu ya? Kesian dia..." Sarah menutup paip air lalu dia menggulung semula getah paip itu.

"Papa, tak kesian mama ke? Sarah tak nak duakan mama."

"Sarah... panggillah Ibu Ros tu ibu. Sekurang-kurangnya, Sarah boleh juga rasa kasih sayang seorang ibu. Papa tahu Sarah, jangan nak tipu papa."

"Papa..." Sarah menarik tangan ayahnya supaya mereka duduk di kerusi. "Walaupun mama layan Sarah mahu tak mahu, mama kan mama Sarah. Darah daging Sarah."

Dato' Hashim tergamam. Anakku, kalaulah kamu tau kebenarannya. "Ya, mungkin Sarah tau. Sarah anak angkat sebab Sarah binti Abdullah. Sarah Sofea Hashim Binti Abdullah. Tapi, kan Sarah dapat juga susu dari mama."

Dato' Hashim mengangguk, "ya papa tau..." Wajah Dato' Hashim pudar dari senyuman.

"Dah... jom masuk. Ibu dah masak untuk Sarah. Mesti Sarah suka."

Sarah mengeraskan tubuhnya, "Sarah... sayang papa kan? Jadi, Sarah kena layan ibu macam mama Sarah sendiri. Dia baik... papa kenal dia. Biasalah kalau cerewet sikit, perempuan. Sarah pun apa kurangnya, cerewet juga."

"Ish apa papa cakap macamtu! Mana ada Sarah cerewet!" Sarah memuncungkan bibirnya, "ha mulalah tu nak jadi anak itik. Stapler nanti mulutnya."

"Ish papa ni... Papa. Hehe ada tak pekerja papa yang hensem-hensem dekat office?"

Dato' Hashim tergelak, "ada tu memang ada. Tapi semua dah jadi suami orang."

"Alaaa melepas."

"Ada tu nanti, dah jom masuk." Sarah melangkah dengan penuh lelah masuk ke dalam rumah. Anak matanya melilau memandang sekeliling.

"Papa, takyah lah tarik Sarah macam Sarah ni budak kecik. Sarah dah besar."

"But for me, you still my baby Sarah."

"Ish papa!"

"Haha kidding. Jom makan."

Sampai sahaja Dato' Hashim dan Sarah di meja makan, Sarah terkedu. "Papa, macam mana ibu boleh tau Sarah suka lasagna?"

"I don't know..." Dato' Hashim menyimpul senyum. "Let's eat... lepastu kita boleh siap-siap solat maghrib sama-sama."

Sarah mengangguk. Pinggan yang sudah tersedia di atas meja di ambil. Dia mencedok lasagna yang berada di dalam bekas besar itu.

"Abang... saya nak naik dulu." Ujar Datin Rosa. Terburu-buru dia hendak pergi, "Ros... kita dah cakap pasal ni kan?" Soal Dato' Hashim. Dia mengetap giginya.

"Ibu, jom makan. Okay I'm sorry if minggu lepas masa Sarah sampai Sarah ada terkecikkan hati ibu. Jom makan dengan kitaorang." Sarah menarik tangan Datin Rosa.

Wajah Datin Rosa memucat, "takpe. Ibu nak naik."

Sarah mengeluh perlahan. "Papa... ibu tu."

"Nanti kita pujuk lagi. Dah makan."

To Be Continued

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ziyad HayderWhere stories live. Discover now