"Yes?"

"Do I have mummy?" Langkah Ziyad terhenti. "Jom masuk... nanti atok dan nenek tunggu lama dekat dalam." Lantas Ziyad menarik tangan anak kecil itu.

Sampai sahaja mereka di meja makan, Eryan menepuk tangan suka. "Yeay! Ada tiramisu! Daddy! I want to eat tiramisu!"

"Sure son... tapi ingat. Lepas makan you need to..."

"I need to brush my teeth, yes I know daddy." Eryan terus memanjat kerusi. "Nenek, I want to have some tiramisu!"

"Ziyad..." Ziyad yang baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersentak apabila namanya di seru. Dia memandang ke arah daddy nya.

"Yes daddy?"

"Daddy tahu mesti Eryan dah tanya pasal mummy dia. Am I right Tuan Ziyad Hayder?" Ziyad terdiam. Dia menelan liurnya perit.

"Ye...yeah, he asked me. A few minutes ago."  Ujar Ziyad. Dia menarik sebuah cawan yang sudah berisi nescafe panas. "That's a sign for you to find him ibu baru. Yang boleh bagi dia kasih sayang as a mother."

"But who? Ziyad tak nak pisang berbuah dua kali daddy. Daddy sendiri nampakkan macam mana Dayana dera Eryan dulu? I'm sick with it."

"Yes I know... tapi tak semua perempuan macam Dayana." Ujar Tuan Muhammad lalu dia menyisip sedikit nescafe panas itu. "Bulan depan, daddy nak balik Dubai. Nenek kamu dekat sana dah tenat."

"Kirim salam nanti dekat keluarga sana. Maaf Ziyad tak boleh pergi, risau bulan depan ada flight yang tak dapat nak elak."

"Daddy! This is so good! You should try this!" Celah si kecil itu. Tuan Muhammad dan Ziyad tergelak mendengar ujaran Eryan, "okay honey... nanti daddy makan ya?"

"You should eat! Now! Daddy! Open your mouth, Eryan suap." Ziyad mengusap kepala Eryan, "Eryan makan je dulu okay? Nanti daddy makan. Daddy nak minum coffee dulu."

"No no no... you need to eat this now! Eryan suap daddy!"

"Dahlah Eryan, sini suap Uncle Zain. Dah daddy kau tak nak di suap, sini suap uncle." Zain mengambil tempat di sebelah kiri Eryan.

"Uncle kan dah besar!"

"Sama juga macam your daddy."

"Wait..." Eryan berkerut dahi. "Why muka uncle dengan muka daddy sama?" Soalnya pelik. Eryan menatap mata Zain.

"Uncle punya mata warna brown... takdelah brown pekat sangat. And daddy warna biru-biru hijau." Eryan mengetuk dagunya.

"We're twins Eryan." Ujar Ziyad. Eryan membulatkan matanya sambil melopongkan mulutnya, "what?! Twins?! Oh my god! I thought my friends dekat England tu je twins! Daddy dengan Uncle Zain pun twins?! Wah! I'm excited!"

"Wait a minute... how boleh jadi twins?" Soal Eryan polos. Dia memandang wajah ayahnya, "daddy...?" Ziyad menahan gelaknya.

"Tanya atok... daddy tak tau apa-apa."

"Atok! Macam mana boleh jadi twins?! Ajarlah! Ajar daddy sekali! Nanti kalau Eryan ada mummy, boleh Eryan minta daddy bagi Eryan adik twins."

"Allahuakbar budak ni! Hahahaha!" Tuan Muhammad gelak besar. Begitu juga dengan Zain dan Ziyad. Puan Aisyah menggeleng kepala lalu dia terus ke dapur.

Memerah wajahnya.

Zain mengusap dadanya apabila mendengar soalan Eryan. Sah! Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sememangnya innocent! Ouh tidak!

"Ya Allah anak aku ni..." Ziyad menggeleng perlahan. Eryan tergelak kecil, "I'm sorry daddy..."

"No it's okay.. cepat habiskan tiramisu tu." Eryan mengangguk. "Eryan, Eryan nak mummy ke?" Soal Zain.

"Haah! Nak mummy!"

"Uhuk Ya Allah!"

***

"What?! Sarah anak you?!" Datin Rosa mengangguk malas, "but how..."

"I dulu... terlanjur dengan my husband. That time, memang my husband nak bertanggungjawab but his family halang. Family dia tuduh bukan-bukan pada I."

"After that... dapat Sarah. I terus bagi my husband my baby... I tak mampu nak jaga masatu. Biarlah dia jaga anak dia."

"Tapi tak sah taraf Ros..."

"I dah pastikan... Sarah dapat susu dari Melinda. Melinda pula memang tak boleh mengandung..."

Zaleha memandang wajah Datin Rosa, "so how's your daughter? She's fine?"

"Yeah... buat masa ni. I tak nak bagitau apa-apa dulu. Dia pun macam bencikan I... it's okay I nak tengok dulu, betul-betul ke Sarah bencikan I. If yes, I think I kena undur diri."

"No babe... jangan give up dulu. Bagi Sarah masa, bila dia dah boleh terima you. Dia dah tak bencikan you, dia dah tak buat perangai. Nanti you bagitau kebenarannya. Okay?"

Datin Rosa mengeluh, "I hope so... ini semua salah I. I menghilang lama... I tak jaga dia sejak dia kecil, I ibu yang teruk."

"No Rosa... You're the best mother. You want the best for your daughter."

Datin Rosa termenung.

To Be Continued

To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ziyad HayderWhere stories live. Discover now