S.E.B.I.C.M.2️⃣7️⃣

Start from the beginning
                                    

Zafran hanya menyambung kerjanya, tidak mahu mengambil kesah tentang Melissa. Nak kata tak tegur, dah berbuih mulut ni bagitahu. Bukan nak dengar, tapi dia yang buat pekak.

"Abang, jom teman Mel breakfast. Mel lapar la, hari ni tak makan lagi." Rengeknya sambil berdiri disebelah Zafran.

Zafran beristighfar dalam hati. Menahan amarah. Entah kenapa setiap kali Melissa berada dekat dengannya, mudah saja dia naik angin. Rahang juga diketap kuat sehinggi timbul urat dileher.

Ting ting!!

"Zaf, jom---" ayatnya tergantung apabila natanya menangkap susuk tubuh Melissa yang berdiri disebelah sepupunya.

"Breakfast? Okay jom. Aku pun lapar ni." Tangannya pantas mencapai jaket kulit hitam yang disidai diatas kerusi dan berlalu mendapatkan Fariqi.

"Keluar sekarang, aku nak tutup kedai." Ringkas. Tegas. Dingin.

Melissa menjeling geram sebelum berlalu keluar. Wajah selamba Fariqi dijeling tajam sebelum melangkah keluar dari kedai itu.

"Hek elehh ulat bulu ni.. nak jeling jeling pulak. Aku takik kepala kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! Piuh!"

PAKK

"Kau pahal meludah dekat bunga aku?"

Fariqi tersengih sambil menggosok bahunya yang dipukul oleh Zafran.

"Takde pape, dah jom keluar. Kesian awek aku duk tunggu." Katanya sambil berjalan keluar.

"Awek? Siapa awek kau?" Soal Zafran sambil membuka pintu kereta Fariqi.

"Bella."

Terangkat kedua belah kening Zafran. Ohh.. nak makan dengan Bella..

Tanpa berlengah, kereta Fariqi terus memecut laju meninggalkan kawasan kedai bunga Zafran.

🥀🥀🥀🥀🥀

Bella memandang hairan kearah Lourist yang kelihatan seperti cacing kepanasan. Tak reti nak duduk diam diam ke apa dia ni?

"Kau ni kenapa? Tak boleh duk diam eh? Serabut pulak mata aku tengok kau ni." Kata Bella.

Lourist mula terkaku apabila matanya menangkap dua susuk tubuh yang dikenalinya.

"Tu dah datang dah." Perlahan saja suara Lourist.

Bella memangjangkan lehernya keatas. Dah macam zirafah pulak. Terserlah wajah kacak Fariqi menghiasi iris berwarna hazel wanita itu.

"Sampai pun, ingatkan tak jadi tadi."

"Eh mesti la jadi, takkan la tak jadi." Balas Fariqi seraya duduk di hadapan Bella. Manakala Zafran duduk dihadapan Lourist.

Sebenarnya Bella yang menelefon Fariqi untuk makan bersamanya. Dia menyuruh Fariqi membawa Zafran manakala dia membawa Lourist.

"So? Nak makan apa?" Soal Bella.

"Aku sama dengan kau jelah." Balas Lourist.

"Sama la." Balas Fariqi.

"Aku pun." Balas Zafran.

Bella tercegang. Dah kenapa?

"Kenapa semua nak ikut aku? Aku ni pilih pun belum."

"Alah pilih je la, pilih yang sedap sedap." Balas Fariqi.

Zafran dan Lourist hanya mengangguk setuju. Bella hanya diam dan mengorder makanan mereka.

Setelah beberapa minit menunggu, dua orang pelayan datang membawa dessert pelbagai perisa dan diletakkan keatas meja segi empat sama yang diduduki mereka.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now