S.E.B.I.C.M.2️⃣6️⃣

Start from the beginning
                                    

"Kejap, so semua ni jadi sebab kes cemburu ke? And selama ni kita cari orang yang dah ada depan mata kita? What the idiot!" Ben mendengus kasar. Terasa seperti betapa bodohnya dia kerana tidak menyedari hal ini.

"So, apa plan?" Soal Bella.

Rizal hanya memerhati dan mendengar. Tidak mahu bersoal banyak.

Laura tersenyum sinis sebelum menjawab.

"David."

Kesemua dahi mereka berkerut mendengar jawapan ringkas Laura. Kecuali Ben, yang dapat mengagak rancangan Laura.

"Maksud?" Soal Lourist.

"Aku yakin David tak tahu Bryant yang bunuh Olivia, kalau tak dia takkan culik dan seksa aku disebabkan Olivia, dia juga takkan berdendam dengan keluarga kita."

"Jadi apa kau nak buat?" Soal Ben.

"Kita bongkarkan satu persatu. Kau dah hantar semua yang aku suruh tu Ben?"

Ben mengangguk.

"Bagus! Kita kena make sure smooth and clean. Aku tak nak diorang tahu kita yang buat kerja ni." Sambung Laura lagi.

"Apa kau nak buat dengan Melissa? Dia cuba untuk bunuh kau kot, takkan nak lepaskan?" Soal Lourist.

"Hey, Lourist. Kau kenalkan macam mana Ace? Tapi takpe, pasal Melissa nanti aku yang settlekan. Sekarang, kita focus dekat yang ni dulu, yang tu nanti pandai pandai la aku uruskan. Setakat Melissa, celah gigi." Sinis Laura.

Mereka semua mengangguk faham kecuali Rizal.

Bryant. Olivia. Bryant yang bunuh ibu dan Olivia punca ibu kena bunuh. Aku akan pastikan kau mati Bryant. Omel Rizal dengan tangan yang dikepal kuat.

Dia tersentak apabila tangan kecilnya digenggam oleh Ben. Lekas lekas dia berpaling kearah lelaki itu.

"Aku tau kau marah tapi ingat jangan buat tindakan melulu. Kita kena rancang elok elok sebab diorang bukan calang calang orang. Kita kena buat smooth and clean sama macam Laura cakapkan tadi. Faham?"

"Faham." Rizal akur akan kata kata Ben.

Ben tersenyum seraya menepuk perlahan tangan kecil Rizal.

🌹🌹🌹🌹🌹

"Kakak Laura!!"

Pantas pasangan kembar berlari mendapatkan Laura yang baru sahaja pulang ke rumah. Kaki panjang gadis dipeluk kemas oleh Aidda dan Aisya.

"Assalamualaikum adik adikku." Sapa Laura.

"Waalaikumsalam kakakku." Sahut mereka berdua.

Mengekek mereka berdua ketawa dihadapan pintu rumah.

"Dah dah, masuk. Nak maghrib dah ni." Gesa Tengku Laila yang lengkap memakai telekung solat.

"Jom, masuk!" Tubuh kecil Aidda dan Aisya diangkat sekali gus lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

Dia berlalu ke bilik air setelah mengambil tuala mandi untuk membersihkan diri. Selesai sahaja membersihkan diri dan berwudhuk, dia berlalu ke ruang tamu untuk solat berjemaah bersama mereka bertiga.

Solat maghrib itu diimamkan oleh Laura, memandangkan diantara mereka tiada kaum adam.

Selesai menunaikan fardhu maghrib, Tengku Laila mengajarkan Aidda membaca Al-quran manakala Aisya membaca muqaddam.

Setelah itu, Tengku Laila dan Laura duduk bersama sambil berbual menunggu masuknya waktu isya'.

"Daddy sihat ke?" Soal Tengku Laila kepada anaknya.

"Sihat alhamdulillah."

"Datin Zahara dengan Dato?"

"Pun sihat jugak mommy." Balas Laura.

Tengku Laila mengeluh. Dia sangat merindui lelaki yang bergelar suami kepadanya. Berbelas tahun dia terpaksa menyepi supaya hidup lelaki itu dan anaknya bahagia.

Namun, sangkaannya meleset apabila Bryant dan David kembali untuk membalas dendam.

"Mommy, kenapa ni? Masam je muka."

Tengku Laila tersenyum nipis.

"Mommy rindukan daddy. Suami mommy dan ayah kepada Laura." Luah Tengku Laila.

Laura tersenyum memandang ibunya lalu batang tubuh itu dipeluk kemas.

"Mommy jangan risau, Bella dengan Ben ada untuk jaga suami kesayangan mommy tu. Laura janji, kita takkan stay macam ni lagi. Bila dah habis semua ni, kita akan balik dan stay dengan daddy, dan tak lama lagi kita akan hidup macam dulu. Sabar sikit ye, mommy?" Pantas kedua belah pipi Tengku Laila dicium oleh Laura.

Tengku Laila turut mencium kedua belah pipi anak kandungnya sebelum didatangi anak angkatnya yang berada tidak jauh dari mereka.

"Ehhh mana aci! Mommy cium kakak Laura je? Aisya pun nak mommy cium jugak!" Kaki dihentak kuat keatas lantai rumah menyebabkan pipi tembamnya bergoyang.

Comel!

"Entah! Aidda pun nak peluk mommy jugak!" Kedua belah tangan kecilnya dikepal menjadi penumbuk kerana menahan geram. Wajah mereka berdua masam mencuka.

Laura tersengih mengejek sebelum dia mencium bertalu talu kedua belah pipi Tengku Laila.

"Ehhh! Tak aci! Tepi tepi!! Mommy Aisya punya!" Badannya dihenyakkan keatas peha Tengku Laila seraya menolak Laura jauh dari wanita itu.

"Tak! Aidda punya!" Tangan kecilnya menarik serta menolak badan Laura dan Aisya supaya menjauh.

"Tak! Kakak Laura punya la!!" Laura mengemaskan lagi pelukannya kepada Tengku Laila.

Sesak nafas orang tua tu kerana direbut rebut. Ingat aku ni anak patung ke?!

"Sudah! Mommy semua punya!" Kata Tengku Laila seraya memeluk ketiga tiga anak perempuannya.

Serentak mereka berempat ketawa gembira. Riuh rumah kayu kecil itu dengan suara mereka.

-------

Kalau korang perasan, ramai kembar dalam novel Iqa kan? JK ada kembar SEBICM pn ada kembar jgk. Cause I like twins. 😅

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote and komen!!

See you next chapter!!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now