Ada hal.

Tidak sampai seminit, telefonnya berbunyi lagi.

+Hal apa?

-Aku keluar dengan kawan aku. Amirah tak bagitahu ke?

+Amirah pun tadi tak sempat cakap apa-apa, ayah dia tiba-tiba datang ambil dia bawa balik.

-Oh. Ha, apa-apalah. Kau keluar jelah berdua dengan Syafiq. Okay?

+K

K? Tak mengapalah. Nak harap Raidan berlembut? Simpang malaikat 44!

Kereta diberhentikan di hadapan sebuah bangunan. Kepala berpaling pada tiara yang siap-siap membuka tali pinggang keledar.

"Tempat apa ni?"

"Go find what you need"

Keningnya bercantum. Jantung memainkan seribu satu rentak. Kepala tertalih semula pada nama bangunan putih itu. Fikirannya kembali bersarat persoalan, menunggu waktu terjawab.

Tuanku Ladina Medical Center.

Teringat sewaktu detik-detik dia sering menghubungi Tiara tiap kali
dia terjumpa atau merasakan sesuatu yang ganjil. Tentang kad widya, fail hitam Farhan, dan terkadang mimpi peliknya juga turut dikongsi bersama. Dia perasan Tiara banyak berdiam sepanjang perbualan. Sesekali sahaja gadis itu mengiyakan dan memberi sedikit nasihan ini dan itu. Tidak tahu pula dalam diam, Tiara punya agenda lain.

"Tiara kau..."

"Go. Aku boleh tolong kau sampai sini je. You're on your own" Tiara menghulur senyum manis pada Ayra yang jelas masih terkedu. Tangannya naik menyentuh bahu gadis itu, diurut perlahan sebelum bersuara.

"Apa yang aku dapat kalau aku buat semua ni? Memang aku nak jawapan, tapi lepas itu apa?"

"Pertama, kau akan dapat sesuatu yang tak terjangka dari aku, tapi rahsia dulu. Kedua, banyak yang kau boleh buat dengan peluang kedua ni. Contohnya, selamatkan mereka yang teranaiya daripada dendam manusia?" Jawapan yang penuh dengan makna tersiratnya. Hati kuat mengatakan Tiara tahu sesuatu.

"Nah. Masuk sana, cari Doktor Syazwani. Jaga pass ni elok-elok. Aku datang balik ambil kau nanti" Tiara hulur senyum. Dia nekad memulakan semuanya hari ini. Tiada apa lagi yang mampu menghalangnya, keberanian dan keyakinan yang dikumpul setelah sekian lama sedia untuk digunakan.

Ayra turun dari kereta. Tunduk memandang pas pelawat khas ditangannya. Teragak-agak kaki ingin melangkah. Separuh hatinya menindakkan segala tindakan ini. Manakala, separuh lagi ingin meneruskannnya.

Langkah pertama dimulakan. Matanya menangkap sehelai poster yang tertampal pada dinding kaca hospital itu. Kempen Derma Pakaian Anak Yatim Autism. Anjuran NASOM Tuanku Ladina, Kuala Lumpur.

Saat itu dia teringatkan kad widya yang ditemui hari itu. Tangan menyeluk dalam beg galasnya. Jumpa!

NASOM Tuanku Ladina.
Pakar psikologi kanak-kanak,
Widya Amani Ahmad Daud.

Langkah kaki diteruskan. Pas
pelawat tadi dipakainya ke leher,
kad widya juga digenggam dalam tangan.

"Hai, assalamualaikum. Boleh saya jumpa Doktor Syazwani?" Soalan diajukan pada jururawat lelaki yang menjaga kaunter pendaftaran.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now