Perkenalkan mina, boleh dikatakan ketua dalam gang mereka.

Mina juga sama seperti hana, mempunyai ibubapa yang berpengaruh kuat. Boleh saja kalau dia mahu main campak campak duit.

Selain itu, sudah tentu  mina mempunyai wajah yang cantik, kalau tak macam mana boleh dapat beribu ribu ex boyfriend.

Dia  mempunyai kacukan darah jepun Dan America, ayahnya merupakan American, ibunya pula pure Japanese.

Mina yang tidak mempunyai adik beradik, anak tunggal membuatkan semua harta milik keluarganya akan diturunkan padanya.

Disebelah mina pula, yang sedang sibuk bercakap bersama mina itu ialah neena.

Sama seperti rakannya yang lain, neena mempunyai wajah yang cantik Dan keluarga yang duitnya kepuk kepuk.

Tujuh keturunan pun tak habis habis

Berbeza dengan rakannya yang lain, neena mempunyai kepintaran yang kaleng kaleng ya guys ahahahah.

Walaupun begitu, neena bersifat straight to the point dan agak sombong.

Sebenarnya ketiga tiga rakannya itu bersifat sombong.

Mereka bertiga ini digelar ' the NA princesses' oleh pelajar sekolah yang lain, memandang kan nama mereka bertiga berakhir dengan 'NA' dibelakang.

MiNA.

haNA.

dan neeNA

Bukan itu sahaja, mereka bertiga juga mempunyai kelab fanatik sendiri.

" oi y/n! dahla jom masuk. Panas la duduk luar ni lama lama." panggil mina dari jauh yang kelihatan sudah berjalan bersama dua lagi rakannya itu.

Tangan putihnya mengibas ngibas mukanya itu.

Kenapa mereka 'bertiga'?

Bukan ke kalau campur dengan y/n, sepatutnya mereka 'berempat'..?

YA, memang y/n merupakan rakan mereka.

Namun dia tidak lah seglamour ketiga rakannya itu.

kalau ditanya pada pelajar lain di sekolah sama ada mereka mengenali y/n atau tidak, ini lah jawapan mereka :

" y/n yang mana satu ni? Ada banyak kan nama y/n?"

" huh? Ada ke budak nama mei y/n kat sekolah ni? Tak pernah dengar pun"

" tak kenal."

Sedih tapi itulah kenyataan. Mereka mana kenal atau sedar kewujudan y/n walaupun dia berkawan dengan 3 gadis popular itu.

Paling tidak pun, mereka mengenali y/n Sebagai

"kawan diorang yang sorang lagi tu."

Ish bukan susah pun nak ingat nama dia. Last name dia pun pendek sahaja. Mei. Dan y/n. Mei y/n!! Ah geram. Kata y/n dalam hati .

" y/ n!!" panggil neena pula yang sudah penat menunggu y/n yang mengelamun itu.

Dengan laju y/n berlari anak menuju ke arah tiga rakannya itu.

Keempat mereka kemudian memasuki kawasan sekolah bersama sama.

Tiba di koridor sekolah, sudah pastilah mata mata tertumpu pada ketiga rakan mereka itu.

"aduh!!" y/n yang fokus melihat orang sekeliking terlanggar tong sampah membuatkan sampah sampah sarap di dalam terkeluar.

Tapi tiada siapa pun perasan ataupun kisah.

Masing masing sibuk mengerumuni tiga orang rakannya.

Seperti yang dikatakan, tiada siapa sedar akan kewujudannya.

Dengan laju y/n mengutip semula sampah sampah yang terkeluar kerana dia yang melanggar tong sampah itu.

" euw y/n! Tak payah la kutip sampah tu! Jijikla" kata Mina pula setelah menyedari tindakan y/n itu

Tangan nya menutup hidung.

"aku terlanggar tadi. Biarla aku kutip." kata y/n. Tangannya masih ligat mengutip sampah.

" ala, cleaner kan ada. Biar diorang la kutip. Kotor la." kata neena pula.

Tangannya laju menarik tangan y/n dari mengutip sampah sampah itu.

Pelajar pelajar lain sudah mulai berbisik antara satu sama lain.

"sape budak tu? Dia budak baru ke"

"entah aku pun tak pernah nampak"

Y/n mengeluh lalu akur dengan arahan tiga rakannya itu.

Bukan senang pun nak ingat nama dia! Boleh pulak diorang ingat aku budak baru, aku dah sekolah kat sini lama dah! Hati y/n seperti mahu menggeledak geram.

Dia kemudian terus mengikut 3 rakannya berjalan menuju ke kelas bersama fans mereka di sekeliling.

mitsuya X Reader ( Malay Fanfiction) Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu