“Hermm..?”

“Nothing”kata Aina lalu menyimpan bekas makanannya ke dalam beg.

“So what can I call you,lady?”tanya Riel lagi,haha ni dah macam sesi soal kenal pulak dah,seringai Riel dalam hati.

“Aina..”

“Nice name,my name Riel…Riel Sakamoto”ujar Riel sambil menghulurkan tangan.

‘Eh,muslim…muslim’ tangan kanannya di jatuhkan kembali lalu  digaru kepala yang tak gatal,little awkward..I think.

“Hajimemashite (Senang bertemu kamu)..Riel”

**************

Aina memegang kuat beg plastik yang berisikan bento (bekal makanan segera) dan beberapa botol minuman dari tempat kerja separuh masanya di Family Mart di sana.

Aina memegang kuat beg plastik yang berisikan bento (bekal makanan segera) dan beberapa botol minuman dari tempat kerja separuh masanya di Family Mart di sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sebelum pulang ke rumah,sempat lagi dia menjenguk satu tempat..

Dinaiki dengan berhati-hati,setiap anak-anak tangga.. menuju ke atas yang ditempatkan sebuah kuil.

Kuil itu sentiasa menjadi tarikan pelancong dari pelusuk dunia tetapi kini keadaan yang sunyi sepi kerana aktiviti yang dilakukan di sana, sudah pun berakhir.

Angin bayu bertiupan lembut di atas puncak bukit,membuat daun-daun kering berterbangan rendah di sekitarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Angin bayu bertiupan lembut di atas puncak bukit,membuat daun-daun kering berterbangan rendah di sekitarnya.

Seorang wanita tua menyapu daun-daun kering itu dengan tekun walaupun sudah berkeringat basah.

“Obaasan(Nenek)!”laung Aina seraya itu,melambaikan tangan kerah wanita tua itu.

Wanita tua itu hanya membalas dengan senyuman..

“Obasaan…ni saya ada bawak minuman,minumlah”ucap Aina serta menghulurkan sebotol minuman kearah wanita tua itu.

“Arigatou (terima kasih)…anak muda”balas nenek itu dengan suara serak basah.

“Kamu selalu tolong nenek…terima kasih ye,nenek dah anggap kamu tu macam cucu-cucu nenek sendiri”tangan tua itu memegang lembut tangan Aina.

“Takpe nenek,saya suka tolong nenek”tutur Aina sambil memberi senyuman tulus.

Nenek itu mengeluarkan sesuatu daripada poket jaketnya lalu diletakkan di atas tangan Aina.

“Ni..jam peninggalan arwah suami nenek..nenek nak bagi kamu sebagai tanda terima kasih pada kamu”

“Eh,nenek…takpe..”kata Aina,cuba menolak pemberian nenek itu.

“Takpe..nenek nak kamu jaga loket jam ni,baik-baik”pujuk nenek itu, reaksi mukanya seperti ingin Aina menerima pemberiannya,

Aina hanya mengganguk tanda terima,pemberian wanita tua itu.

Loket lama,selama dengan wanita tua itu…dimamah usia,terlihat lusuh tapi terjaga rapi kerana masih boleh bergerak seperti jam biasa.

“Setiap harapan akan tercapai jika ia berkehendak,waktu yang lalu takkan terulang namun masa hadapan dapat terubah”jelas nenek itu lagi.

Aina kehairanan,kata-kata yang mendalam namun dia tidak dapat memahami apakah maksud daripada wanita tua itu. 

  Sambungan..

Ketika Waktu Berputar (ON-GOING)Where stories live. Discover now