Bab 3🌻

44 14 1
                                    

"Setiap detik kenangan yang kita ciptakan,
Bukan masa yang di peruntukkan..
Tetapi perasaan yang terukir kerana-NYA"

∆Quote Penulis

10.20 A.M


Waktu rehat berlangsung,semua pelajar menuju ke cafeteria university.

Aina membuka bekal makanan yang di masaknya pagi tadi.

‘Ermm…nampak sedap’

“Hahaha…nanti kita lepak pulak dekat cafe baru tu,semua makanan dia..kawaaii (comel) la”

Mata Aina terseret kearah dua orang pelajar perempuan berdekatan pokok sakura itu.Riuh sahaja perbualan mereka membuatkan Aina teringat kembali kenangan yang ingin di lupakannya.

Entah perasaan sunyi atau sedih pada diri sendiri apabila melihat gelagat mereka,sudunya diletakkan kembali ke dalam bekas.

Kepalanya di tundukkan…

“Riell…riel….”

KRIKK!(Bunyi tingkap di buka)

“Woaah!”

Mereka bertentangan mata…

“Ekhemm..tumpang duduk sini,boleh”

Aina hanya mengganguk kepala tanda setuju dengan lelaki dihadapannya itu.

“Eh,awak!”teriak kecil  Riel sambil menunding jari kearah Aina.

‘Siapelah pulak mamat ni..tetibe macam kenal aku’omel hatinya kepelikan.

“Ermm..awak siapa ye?”tanya Aina perlahan lalu menjauhkan jarak antara mereka.

“Don’t you remember me?...it me!,yang awak langgar kelmarin tu”jelas Riel dengan menunding jarinya pada dirinya.Serius aa,tak kenal aku..aku popular kot.

“Ooouhh,sorry..sorry”jawab Aina acuh tak acuh,bukan sombong,Cuma dia tidak terbiasa bergaul dengan orang tak dikenali,lebih-lebih lagi lelaki..,memang takla..

Aina dahulu seorang yang periang dan cheerful,walaupun seorang pemalu,dia seorang sporthing bila rapat tetapi semua berubah selepas satu perkara berlaku antara dia dan kawan rapatnya.

Sejak itu,Aina menjadi seorang yang introvert dan lebih menyendiri daripada orang lain..

“Btw…awak ambik major ape?Sbb saya macam tak pernah nampak awak”Soal Riel lagi sambil menyengetkan kepala.

Matanya menatap kearah Aina.Seakan benar-benar ingin tahu perihal si gadis asing itu.

“Engerneering technical”jawab Aina malu-malu,matanya terarah ke sisi lain,tak biasa dengan pandangan Riel yang fokus mendengar respon daripada Aina…

Almaklum,jarang sekali orang menengurnya, maklumlah dia merupakan seorang yang pendiam di dalam kelas.

“Lah..same class rupanya,why saya tak pernah nampak awak ye”

Aina terdiam seketika...’Tahulah budak popular,semua orang kenal..tapi takkan la tak kenal kot..dah seminggu belajar’guman Aina.

Raut mukanya seperti tidak berpuas hati.

Ketika Waktu Berputar (ON-GOING)Where stories live. Discover now