17

534 71 174
                                    

"Even when she hears his voice, she's swarmed with butterflies."

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

"Pergh gansgter siot jatuh tangga rumah bakal mentua!"

Kamera telefonnya dipusingkan kembali ke arah wajahnya daripada menunjuk arah kaki kirinya yang berbalut. Dengan muka tahan bengang dan bosan dia sabar menunggu member yang dah terbahak bahak gelak itu untuk bertenang. Eish mamat ni. Menyesal pula aku beritahu dia tentang dugaan hidup aku. Bukan nya makin membantu, makin membahan aku adalah. Aku harap dia tersedak air liur sendiri masa gelak tu lepastu sesak nafas sekejap. Tup tup, kena isi katil kosong sebelah aku ni ha. Biar kita sama sama masuk hospital. Frenshit is magic.

"Ha ha ha ha . Tak lawak kim. Benda ni tak lawak mana untuk kau beria gelak bagai tiada hari esok untuk kau gelak. "

"Gila tak kelakar. Kau boleh jatuh dekat tangga rumah orang. Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi dah macam naik gelongsor water park. Smooth je guna belakang kau. Bukan kaleng kaleng. Apalah qhal. Patutnya aku ada waktu tu, manalah tahu boleh rakam jadikan gif. Setiap kali birthday kau, aku hantar gif meme tu. "

Ya allah. Makin galak pulak mamat ni menggaul aku. Siap nak buat meme bagai. Taniya qhalisya mendengus dengan muka tak puas hati.
"Kau ni kim . Bukannya nak risaukan kawan kau yang terseksa duduk dekat sini. Bukannya nak aplikasikan nilai murni keprihatinan bahkan caring. Tapi kau lagi bahankan aku. Dah ah. Malas ah nak main plato dengan kau lagi. Hmmph!" Sengaja matanya menjeling skrin yang menunjukkan muka hakim. Nak acah merajuk jap. Lalu pandangannya dihalakan arah tingkap besar hospital yang mampu menampakkan permandangan dari aras biliknya iaitu tingkat 8 hingga ke dasar tanah jalan raya . Gulp . Cuak dan mual jugak sebenarnya tengok arah situ. Aku ni bukan sahaja penakut serangga, penakut waktu malam, penakut kilat, tapi penakut tempat tinggi jugak! Aiyo. Aku layak dikecam.

"Ala qhal gurau gurau kasih sayang je. Jangan macam tu. Siapa lagi aku nak ajak main plato kalau bukan duo sendu aku. Of course lah aku risaukan kau . Takkan kau tak kenal aku , aku kena bahan kau dulu baru lah tanya khabar. Itu lah namanya sahabat sejati. Meow. "

"Hmmph!"
Ek eleh sejati lah sangat. Geli geleman telinga aku dengar meow miang jantan ni. Nasiblah aku sendu, bolehlah teman dia main plato . Cuba kalau aku dah kahwin nanti? Adakah dia masih tak sedar diri untuk mengajak aku bermain game?

Bunyi dengusan gedik taniya yang nampak sangat minta orang untuk pujuk sudah tentulah akan dipalau senang senang oleh hakim yang dikenali sebagai 'hati batu tak mengerti perangai perempuan'. Padanlah single.

"However, kaki kau macam mana? Teruk sangat ke sampai berbalut macam kaki mumia tu? "

Erm. Bolehlah tu. Kira caring jugaklah mamat ni walau dah palau 'hmmph' aku tadi. Tapi kira baiklah lelaki haprak hati kosong ni nak tanya pasal kaki aku. Dah hampir 10 minit duk ketawakan aku je tadi. Good effort man! Teruskan usaha!

Mata taniya qhalisya menurun melihat keadaan kaki sendiri yang berbalut hingga paras pergelangan kaki. Dia mengangkat bahu.
"Bagi aku tak adalah teruk sangat. Terseliuh biasa je , cuma bila gerak tu sakit sikitlah. Tapi tak tahulah apahal hospital ni beria balut bandage macam aku ni pesakit patah kaki. " apalah .  Membazir sahaja gunakan bandage tu pada aku. Mahunya dalam berapa meter dah terguna pada kaki aku ni. Dahlah bandage zaman sekarang ni mahal.  Jangan risau owner hospital. Saya ni terpaling faham bab bab kemerosotan ekonomi ni. Huhu.

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now