8

387 70 41
                                    

"She is messy but she's kind. She is lonely most the time."

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

Pintu yang tertutup terus diterjahnya tanpa diketuk. Matanya tidak lari dari arah lain, memang terhenti pada wajah gadis yang beriak terkejut melihatnya. Siapa tak terkejut kalau tiba tiba bagai ada kerbau rempuh masuk bilik orang?

Taniya qhalisya menutup mulut dengan tapak tangan setelah dia berjaya masuk ke dalam bilik yang tiba tiba senyap dengan kehadirannya.
"Ain ! Alhamdulillah kau dah sedar! Ain.." Perasaan gembira dan syukurnya tak dapat dibendung sejak daripada mak ngah zuraidah memberitahunya tentang mata sahabat sejatinya  yang dah terbuka dari pengsan. Alhamdulillah ya allah. Aku masih dapat melihat mata itu menatap aku. Aku rasa gembira sangat!

Dan kerana perasaan yang terlalu gembira , dia mengertap bibir berusaha menahan air mata syukur daripada tumpah di depan semua orang sebelum tangannya terus erat memeluk ain safiyyah yang duduk di atas katil.

Ain safiyyah tersentak dengan pelukan erat taniya Qhalisya sebelum dia melepaskan gelak kecil mengusap belakang taniya.
"Kau ni. Dah kenapa macam tak jumpa aku seminggu? Tak sampai sehari pun taniya aku tertidur." Bibirnya menarik satu senyuman menutup penipuan. Tidur? Tak. Sebenarnya dia pengsan. Pengsan kerana pening yang teramat selepas melihat darah yang keluar selepas dia batuk semalam. Batuk darah yang menyedarkan dia, masanya tak lama.  Tapi takkan lah dia ingin memberitahu taniya? Memang taklah. Sebaliknya dia akan terus beriak ceria bagai tak ada masalah. Walhal fakta mengatakan orang yang ceria ni  lah yang mempunyai dugaan paling besar.

Taniya Qhalisya melepaskan pelukan dengan muka mencerut masam. Tidur? Kau ingat aku percaya ke ain ? Tapi tak apa. Dia taknak rosakkan suasana ini dengan membebel . Baik dia peluk ain .
"Tidur eh ? Oh tidur. Kau mimpi apa? Mimpi menari bole chundiya bole kang gena? "

Ain menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Erm aku mimpi aku jumpa unicorn. Comelll. "

Bibir taniya mencebik memandang mata bersinar ain yang memang peminat benda comel . Heh aku lambat lagi nak minat unicorn kepala tanduk tu. Baik aku minat kucing. Muka nak dekat sama macam aku. Hm.
"Banyaklah kau unicorn. Kau ingat kau budak budak nak mimpi jumpa unicorn bagai? Kalau kau mimpi corn aku boleh terima lagi."

Ain safiyyah mengherotkan bibir menyampah mendengar kecaman taniya yang memang jarang beli teddy bear.
"Dengki sejati."

Taniya Qhalisya tergelak terhibur melihat muka ain. Dia memandang sekeliling bilik yang rasa sunyi.  Aik tak ada orang? Tadi macam nampak ada doktor ,nurse, dan mak ngah? Ke itu halusinasi aku?
"Mana semua orang? Tadi rasanya masa aku buat drama rusa masuk wad, mereka ada."

"Diorang dah keluarlah nak bagi kau si kerbau mexico privacy. Tiba tiba je rempuh bilik orang macam tak ada akidah. " Mata ain safiyyah bergerak atas bawah melihat taniya yang buat muka acah tak kisah disamakan dengan kerbau. Well, mungkin inilah kerbau yang paling comel okay. Spesies rare ni.  Maka, kita buat buat bangga sahaja.

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now