7

511 75 18
                                    

"I fantasise about you today and tomorrow."

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

"Agak impressive idea awak ni. Saya suka. Tapi..."

Bibirnya digigit cuba menahan rasa gembira nak main tepuk amai amai apabila telinga baru lepas mendengar ayat yang baru keluar daripada wanita yang sedang duduk menelek satu persatu kertas kerjanya. Okay good. Dia suka idea aku. Yahoo! Of course lah. Tengoklah idea siapa. Idea dari bukan calang calang spesimen manusialah. Ini idea daripada anak ridwan lah weh. Halamak.

Ha Kalau dah suka tu apa lagi? Ala luluskan jela. Apa yang kedekut sangat ni? Membazir itu amalan setan nirajim. Ha takkan anda nak bazirkan idea saya yang gempak ni? Sesungguhnya rugi tau.

Ala kau. Cakap dalam hati kenapa? Ha cuba cakap depan depan macam tu. Ayat sebijik macam tu. Konfirm kena pecat tambah pakej saman. Gulp.

Taniya qhalisya sabar menunggu sambil melihat mata bos kurang kesayangan sedang meneliti kertas kerjanya dengab muka serius . Tapi sabar dia bertahan 5 saat je. Bibirnya akhirnya terbuka ingin berkata 'kalau saya jadi cik maria kan, confirm saya luluskan' dengan muka tembok , terus terhenti niatnya apabila si bos dah pandang matanya dahulu sambil membetulkan kaca mata . Terkejut kitew cik maria pandang kitew tiba tiba.

Jangan kata dia tak benarkan pulak. Kalau betul dia tak benarkan, esok insha-allah mancis aku bawak lepastu bakau office ni.

"Okay saya benarkan awak pergi. "

Wow good. Nampaknya tak ada apa akan terbakar esok. Alhamdulillah pihak bomba telah kehilangan satu job esok.

Taniya Qhalisya yang enak mengugut bos sendiri dalam hati tadi terus ternganga . Omg!
"Siyes ah cik maria?" Katanya kuat dengan nada bagai sedang membawang dengan member. Alamak. Terkeluar pula nada begini kerana terlalu eksaited. Taniya menepuk bibirnya perlahan selepas mendapat pandangan 'apa kau cakap tadi? Kau nak kena pecat ke pompuan?' oleh cik maria.

Taniya gelak kecil sopan cuba menyejukkan hati dan mata bos sendiri. Kalau mampu dia kenyit mata, dah lama dia kenyit mata. Mana tahu cik maria sejuk hati melihat muka comel depan mata dia kan? La beriya sangat ni taniya. Tak boleh macam ni selalu.
"Em hehe maksud saya . Serius ke cik maria benarkan?" Okay nice kalini nada sopan perfect.

Maria menggerakkan mata daripada memandang taniya dan kembali menggapai pen di atas meja dengan muka tak serius tak ceria. Bak kata taniya, muka cik maria macam muka boss Mr Sullivan dalam kartun Monster inc. Eh bukan saya jahat nak mengata muka dia tapi itulah hakikat riak wajah muka dia. Aku boleh buat apa?

"Sama la macam apa yang awak dengar. Saya malas nak ulang. Saya taknak bazirkan air liur saya yang dah banyak keluar harini."

Taniya mengertap bibir setelah mendengar kata kata daripada cik maria. Eh halamak bos kitew ni. Dia ingat air liur dia jeke? Air liur aku ni lagilah banyak keluar bekerja interview orang. Dahlah air liur aku air liur limited tau . Masham yeye. Tapi apapun nampaknya memang benar cik maria telah bersetuju dengan ideanya. Okay pasal kes air liur tadi saya akan lupakan. Sekarang automatik satu senyuman selebar yang terbentuk pada wajahnya sebelum dia menundukkan sedikit wajah sebagai tanda hormat.
"Terima kasih cik maria!"

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now