S.E.B.I.C.M.2️⃣3️⃣

Start from the beginning
                                    

Jari tangan mula naik paras muka untuk mengira jumlah ex sambil menyebut nama para ex tersebut.

"Ba-banyak." Katanya perlahan. Sempat dia menjeling kearah Datin Zahara sekilas.

"Antara ex papa, mama lagi cantik ke ex papa yang lagi cantik?" Soal Zamri pula.

Arh sudah!

"Papa kena jujur tau." Kata Zafran dan disokong oleh semua yang ada disitu.

"Ex."

"APA?!" Jerit Datin Zahara.

"Abang tidur luar malam ni. Jangan tidur dengan saya. Assalamualaikum!" Pantas dia meninggalkan Dato Afzan.

Yang lain, semua dah bantai gelak. Si Zamri, siap berguling atas lantai dengan Zamirul. Bertuah punya budak. Omel Dato Afzan.

End flashback.

"Abang nak tidur luar lagi ke malam ni?"

Dato Afzan menggelengkan kepalanya.

"Pergi basuh pinggan sekarang."

"Yelah." Dengan wajah yang masam mencuka, dia berjalan masuk ke dalam rumah lalu menuju ke ruangan dapur diikuti dengan Datin Zahara.

Zafran hanya melihat keletah kedua orang tuanya lalu kembali duduk dibuaian itu. Jauh dia termenung sebelum bahunya ditepuk lembut oleh seseorang dari belakang.

"Menung apa?" Soal Fariqi.

Zafran tidak menjawab, sebaliknya dia hanya tersenyum. Fariqi pula yang seakan akan faham dengan senyuman itu, mengangguk perlahan.

"Aku tak tau apa yang cakap ni boleh membantu ataupun tak tapi.. terima takdir, Zaf. Kalau dia masih hidup, dia akan balik sini. Dia jatuh dalam sungai dan air sungai tu deras, Zaf. Mustahil dia masih hidup."

Zafran menundukkan pandangannya. Kelopak matanya sudah berlinang. Hatinya sakit untuk menerima semuanya tapi itulah hakikat. Laura dah takde. Omel Zafran.

"Aku tau." Balas Zafran seraya tersenyum.

Faruqi menepuk perlahan bahu sepupunya.

"Jom keluar. Teman aku shopping." Ajak Fariqi.

"Maleh aku. Shopping kejadahnya? Kau punya baju dengan seluar tu banyak lagi yang elok."

"Tch, jom la. Nanti aku belanja makan."

"Okay. Jom." Pantas dia berjalan masuk ke dalam rumah.

Fariqi menggelengkan kepalanya perlahan.

"Kalau sebut pasal belanja makan, laju je dasar tapir jadian ni."

🍂🍂🍂🍂🍂

"ARGH!!" Jerit satu suara garau.

"Lepaskan aku la bodoh!!"

Leonard senyum menyenget lalu kepalanya menggeleng perlahan.

"Kau nak aku lepaskan kau tapi kau tak nak jawab soalan aku? Wahai doktor Mikael?" Soalnya lembut sambil melarikan pisau rambo ke seluruh wajah doktor Mikael.

Light dan Lourist hanya menjadi pemerhati di satu sudut sambil memeluk tubuh. Malas nak kotorkan tangan.

Lourist lebih suka menggunakan senjata api dari pisau. Light pula suka menggunakan pisau dari senjata api tetapi dia tidak suka menyeksa.

Berlainan pula dengan Leonard yang suka menggunakan pisau, senjata api dan menyeksa mangsa.

"ARGH!!" Jerit lelaki itu lagi apabila Leonard menghiris perlahan lengannya.

Baju kemaja berwarna kelabu cair itu habis basah berlumuran darah. Mukanya juga pucat. Peluh juga turut membasahi wajah lelaki itu.

Tiba tiba pintu bilik seksaan mereka terbuka. Semua yang berada di dalam bilik itu menundukkan sedikit badannya kearah dua lelaki yang memasuki ruangan itu.

Doktor Mikael menelan kesat liurnya. Aura lelaki itu terasa sangat kejam. Lebih kejam dari lelaki yang menyeksanya.

"Macam mana?" Soal Black kepada Leonard.

"Sama."

Jawapan Leonard mengundang tawa Black. Dia berjalan mendekati Leonard lalu pisau rambo di tangan lelaki itu dirampas sebelum dipacakkan keatas bahu doktor Mikael.

"ARGHH!!!" Tercungap cungap dia menarik nafas.

"Kau tak nak bagitahu siapa buat senua tu? Atau kau lebih rela untuk mati?" Soal Black.

"Aku tak boleh bagitahu! Tolong la faham." Rayunya.

"Kenapa tak boleh? Sebab diorang ugut mak kau?" Sampuk Jack.

Doktor Mikael diam tidak menjawab. Dia hanya menunduk ke bawah.

TAP

Black memetik jari sebagai arahan. Masuk dua orang lelaki sambil membawa seorang wanita tua.

Terbuntang mata doktor Mikael melihat insan kesayangannya kini berada dihadapan mata. Lebih tepat lagi berada di dalam bilik seksaan musuh.

"Ibu!! Lepaskan ibu aku. Dia tak salah, aku yang salah. Tolong. Lepaskan dia."

"Boleh tapi kau kena bagitahu, siapa yang buat semua tu. Kalau tak.." pisau ditangan dihalakan kearah ibu doktor Mikael.

Dokto Mikael menjadi gelabah.

"Okay okay. Aku bagi tahu tapi aku nak kau janji."

"Janji apa." Sampuk Leonard.

"Jaga ibu aku. Aku tak kesah kalau aku mati sekalipun tapi aku nak ibu aku selamat. Aku tak nak dia kena tempias atas apa yang aku buat."

"Okay, aku setuju. Now, tell us." Kata Black.

Doktor Mikael menarik nafas perlahan sebelum menceritakan kesemuanya.

Black, Jack, Leonard, Light dan Lourist hanya mendengar tanpa ada niat untuk menyampuk. Doktor Mikael bercerita dengan tenang sehingga habis.

"Betul kau tak tahu siapa yang menyamar jadi Laura?" Soal Leonard.

"Sumpah demi nama ibu aku."

Mereka mengangguk faham.

"Aku nak kau pindah dari rumah kau tinggal sekarang." Black bersuara.

"Kenapa?" Soalnya hairan.

"Kau nak diorang bunuh korang berdua? Kau dah bagitahu aku tentang semua ni, mesti diorang akan bunuh korang."

"Habis? Kami nak tinggal di mana?"

"Rumah aku." Kata Light.

"Kau akan stay rumah aku sampai kitorang tangkap dalang yang bunuh Laura." Jelas Light.

"Dan kau takkan berkerja sebagai doktor lagi dah." Kata Lourist.

Jelas terukir riak terkejut di wajahnya, namun riak wajah itu digantikan dengan riak pasrah.

"Okay." Balasnya akur walaupun hatinya meronta tidak mahu.

Black menyuruh orang suruhan mereka menghantarkan doktor Mikael dan ibunya pulang kerumah rehat yang diketuai oleh Light. Dia hanya memandang dengan pandangan yang kosong kearah ibu dan anak itu.

Pemergian mereka diikuti Leonard, Light dan Lourist lalu meninggalkan Black dan Jack yang masih teguh berdiri disitu.

"Apa nak buat?" Soal Jack.

Black tidak membalas, melainkan keluar meninggalkan ruangan yang dipenuhi darah itu. Sempat dia memberikan arahan ruoaya membersihkan bilik seksaan supaya hilang bau hanyir darah yang memenuhi ruang bilik seksaan.

"Lah? Dah bisu dah?" Katanya sebelum berlalu keluar.

--------

Sorry hambar.

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote dan komen!!

See you next chapter!!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now