41- ain't no 2 parts for this, here 2.8k words chapter

Start from the beginning
                                    

Wanwan memautkan tangannya ke lengan San dengan erat.

San menjeling sedikit ke bawah dan memandang tempat duduk penumpang sebelum dia menutup pintu.

Beg tangan dan telefon Wanwan berada di situ.

Dan dengan itu, San menolak pintu keretanya tertutup.

San dan Wanwan berada di hadapan pintu Rumah, San mengangkat tangannya dan mengetuk pintu..

Knock!

Knock!

Knock

Knock!

Knock!

Lima kali.

Wanwan menyengetkan kepala sedikit, dia sangkakan yang San tinggal seorang diri, buat apa untuk dia ketuk pintu?

"Why are you knocking on the door?"

San hanya tetap memandang pintu.

'1'

'2'

'3'

San mengira di dalam kepalanya.

Lalu membuka pintu, "It's nothing, I just like to knock on doors first."  Menunjukkan apa yang ada di dalam.

Ruang dalaman rumah San muncul dalam kawasan pemandangan mata mereka. Namun Wanwan tidak menyoal tentang kenapa rumah San terang benderang, lampu dipasang walaupun dia tiada di rumah?

Wanwan segera mencium San lagi tetapi lebih kasar dari sebelum ini, seperti ingin melakukan perkara 'itu' dengan segera. 

San membalas ciuman tersebut lalu memeluk pinggang Wanwan, menyebabkan mereka berdua lebih dekat.

Di atas meja kopi di ruang tamu, ada sebilah pisau yang sepertinya mempunyai sedikit sisa cebisan sayur yang baru dipotong. Jika Wanwan nampak perkara tersebut, mungkin dia akan keluar dari sini deengan segera. DIsebabkan itu San tidak melepaskan Wanwan.

Lagipun Wanwan sibuk dalam memberikan San ciuman, San hanya menjeling ke atas, matanya kosong tidak mempunyai perasaan.

Dengan itu mereka asyik membalas ciuman dan San membawa Wanwan pergi ke sofa dan perlahan-lahan membaringkan Wanwan.

Kini butang baju kemeja San sudah hampir terbuka semua, menampak dada dan sedikit bahagian perutnya kerana tangan Wanwan asyik meliar dari tadi. Baju Wanwan juga lesap, dan muncul kembali di atas lantai. 

Tangan San ligat mencari pisau tersebut.

Disebabkan bunyi setiap ciuman itu kedengaran sangat kuat, orang ketiga di dalam rumah ini sempat mendengarnya dan hanya senyap sepanjang masa.

Hwari yang berada di tingkat atas turun sedikit untuk menyiasat bunyi tersebut, rasa ingin tahunya membuak-buak.

Semasa menunggu San, Hwari sibuk memotong sayur kerana San suruh petang itu sebelum dia keluar, dengan cepat Hwari berlari ke tingkat atas apabila mendengar ketukan pintu sebanyak lima kali.

Hanya San dan dia sahaja tinggal disini, dan San tidak mengetuk pintu setiap kali dia pulang ke rumah kerana tiada sebab untuk dia berbuat sebegitu. Hwari secara automatik tahu yang seseorang bukan San berada di luar.

Hwari senyap-senyap menuruni tangga, cuba untuk tidak membuat bunyi.

Dan di hadapannya ialah...

Dari perspektif Hwari, dia tidak nampak wajah dan badan Wanwan kerana belakang sofaa yang tinggi itu menghalang pandangannya, namun badan San yang membongkok ke bawah itu boleh dilihat,

[C] Stockholm + San ATEEZWhere stories live. Discover now