Kisah Klasik Untuk Masa Depan Part 7

3 0 0
                                    

Adit sedang khusyuk melukis di mejanya apabila tiba-tiba dia merasakan suasana sangat sunyi. Dia mengangkat muka mencari Sara. Pelik dia, kenapa Sara tidak membuat bising hari ni. Selalunya ada dia, memang gamat tempat ni. Eh! Eh! Budak ni tidur! Hampeh! Aku bayar gaji kau untuk kau tidur ke makcik! Aditian mencapai kertas yang sudah dikeronyokkan di hadapannya untuk dibaling ke arah Sara yang sedang khusyuk tidur secara duduk dikerusi hadapannya itu. Namun tindakannya terhalang apabila tiba-tiba ada satu idea terlintas di kepalanya. Cepat-cepat dia meletakkan drawing tabnya dan mencapai buku sketchnya. Laju tangannya melakar wajah Sara yang sedang tidur. Beberapa helaian diselak menandakan sudah beberapa helai wajah Sara siap dilukis. Tiba-tiba kepala Sara makin ke bawah dan tiba-tiba terhantuk ke meja dan membuatkannya tersedar. Adit juga turut terkejut dan terus menutup buku lakarannya.

"Kau kalau nak tidur, pergi balik rumah!" Marah Adit pura-pura untuk menutup kegelabahannya tadi yang curi-curi melukis wajah Sara. Dia cuba berdehem untuk meredakan perasaan terkejutnya tadi.

"Boleh ke?" Tanya Sara separuh sedar. Mata Aditian terbeliak. Boleh dia tanya boleh ke?

"Apa?"

"Eh, apa saya cakap tadi?"

"Ish, dahlah..pergi buat kerja kau. Jangan nak membuta je! Aku potong gaji kau nanti tahulah!"

"Erm..lima minit lagi boleh tak?" Tanya Sara lagi dan terus meletakkan kepalanya di atas meja. Adit mencapai kertas yang sudah dikepal-kepal tadi dan membalingnya ke arah Sara. Sara menutup muka mengelak dari gumpalan kertas yang dibaling dan menyambung tidur. Tidak lama kemudian, kedengaran dengkuran kecil. Aditian tergelak kecil. Penat sangat gamaknya Sara ni. Akhirnya dia membiarkan sahaja Sara tidur di hadapannya. Dia menyambung lukisannya yang tergendala tadi.

Setelah hampir sepuluh helai lukisan wajah Sara dilukis, dia meneliti semula lukisan-lukisannya tadi. Cantik! Dia tersenyum sendiri.

"Kenapa Tuan senyum sendiri ni, gila ke?" Teguran Sara yang tiba-tiba membuatkan dia melatah. Bila masa pula dia ni bangun.

"Kau apa tahu, adalah sebab aku senyum sendiri. Sibuk betul!" Adit terus bangun dengan membawa buku lukisan yang dikepit di bawah lengan. Sengaja di bawa sekali kerana dia tidak mahu Sara melihat isi dalam bukunya itu. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Alamak, laparlah pula. Adit berpatah balik.

"Woi, aku lapar. Pergi masak apa-apa yang patut."

"Malas!"

"Cepatlah! Aku lapar ni!"

"Ish! Mana ada apa-apa kat dapur tu. Ada telur je."

"Pergilah beli, cepatlah! Aku lapar gila ni."

"Boslah pergi beli, saya tunggu kat sini."

"Kalau kau suruh aku beli baik aku beli makanan kat luar je. Cepatlah! Aku lapar! Aku nak makan! Bila aku lapar, otak aku jammed. Bila otak aku jammed aku lapar! Bila lapar semua benda aku tak boleh buat. Kau buat jelah apa-apa dengan telur tu."

"Huh! Tuan ni kan.. arghhhh!!!" Jerit Sara sambil menggenggam tangannya ke atas, bengang. Memang orang gaji sangat aku ni.

Apa aku nak masak dengan telur ni. Erm... ada sos cili ada kicap ada telur. Cantik! Aku dah tahu apa aku boleh buat dengan telur ni. Sebelum tu, sempat dia memasak nasi. Sementara menunggu nasi masak, Sara bermain telefon dahulu. Selepas nasi masak barulah dia menggoreng telur hancur

Resepi telur hancur paling malas.

Telur 2 biji

Kicap

Sos cili

Minyak masak sikit

Cara memasak:

1) Panaskan minyak

2) Pecahkan telur dalam kuali

3) Masukkan sos cili dan kicap seikhlas hati. Gaul rata.

4) Angkat telur letak atas nasi panas. Perghhhhhhhhh! Dah siap! So sedap! So sedap! So sedap! Nyummy! Nyummy!

"Tuan!!! Dah siap!" Jeritku dari bawah.

"Bawa naik atas." Dasar anak manja!

Maihani menatang dulang berisi nasi dan air masak ke atas. Sempat dia mengepit keropok keping yang sudah lama digorengnya. Jika dimakan bersama. Memang umphhhh!

*****

"Kau rasa kau boleh panjat pokok kelapa depan ni tak?" Sara memandang Adit dengan pandangan menjengkelkan. Adalah tu benda dia nak pekena kat aku ni.

"Ingat saya adik beradik monyet?"

"Ada iras!" Sara mencebik. Kurang asam punya bos, cun-cun begini dikata ada iras dengan monyet.

"Kejap, saya rasa tuan lebih seiras. Saya ada buktinya." Sara mengeluarkan telefonnya dan menaip sesuatu di google sebelum menunjukkan pada Adit sambil tergelak-gelak.

"Kau pernah kena racun tak?" Adit menjeling apabila melihat wajah monyet yang ditunjukkan oleh Sara tadi.

"Tuan, saudara tuan tu." Kebetulan seekor monyet melintas tidak jauh dari mereka. Sara terus mengusik sambil tergelak-gelak.

Kurang asam betul dia ni, last-last aku terkena balik. Dia mengeluarkan boomerang dari beg yang disandangnya. Sara memandang penuh tanda tanya.

"Nak buat apa dengan boomerang ni, tuan?"

"Aku nak kau cuba aim epal yang aku letak kat sana."

"Gilaaaaa... kalau saya terror macam tu baik saya apply jadi shooter. Buat apa penat-penat jadi PA tuan."

"Kau ni memang kuat melawankan? Apa aku suruh semua kau kata gila."

"Yelah tuan, semua benda pelik tuan suruh saya buat tapi tuan tak beritahu apa motif saya kena buat semua ni. Manalah saya tak cakap gila!"

"Kau tak pernah baca manga aku ke?"

"Tak pernah. Kenapa? Ada kaitan ke?"

"Balik ni, kau pergi ke stor, aku nak kau khatam semua manga aku dalam masa sehari."

"Sehari? Biar betulllll?"

"Dah, jangan banyak cakap. Kau buat apa yang aku suruh tadi. Aku nak kau baling boomerang ni kena kat epal tu lepas tu tangkap balik boomerang ni. Senangkan?"

Terbeliak mata Sara mendengar perkataan 'senang' itu. Dahlah suruh aku khatam manga dia dalam masa sehari, bukan dua tiga episod kot, seratus lebih episod. Sekarang suruh aku buat benda tak berfaedah ni pula. Boleh tak bos aku ni jadi orang normal dalam masa sehari?

"Cepatlah!" Desak Adit.

Pertama kali Sara membaling boomerang, boomerang tidak kembali malah terpacak di celah-celah pokok.

Kali kedua, semua lari kerana boomerang berpatah balik tanpa arah tuju. Adit memarahi Sara supaya membalingnya betul-betul.

Entah kali ke berapa, boomerang tersebut hilang tanpa dapat dikesan. Menyinga wajah Adit sambil mengejar Sara yang melarikan diri.

Kisah Klasik Untuk Masa DepanWhere stories live. Discover now