Special Chapter 1

Start from the beginning
                                    

Jap?

barang baby?

Beberapa saat kemudian, matanya terus naik memandang Inara yang sedang tersenyum lebar.

"Barang baby? Siapa yang mengandung? Kak Laila mengandung lagi ke?"

"Ni.." Inara mengusap perutnya yang masih belum menunjukkan bentuk.

"Serious ni, love?" tanya Adrian dengan senyuman lebar sambil menekup kedua-dua belah pipi mulus milik isterinya.

"Yes, baby daddy.." Inara menganggukkan kepala.

Lantas itu, beberapa kucupan didaratkan pada dahi licin Inara.

"Terima kasih, sayang.." Rezeki mereka selepas empat tahun merancang.

"Kayra dengar tak mommy cakap apa? You're going to be a sister soon, princess.." Tubuh Kayra diangkat dan diletakkan di atas ribanya.

"Yeayyyy! Sister! But.." Kayra menggantungkan ayatnya kemudian wajah Adrian dan Inara dipandang bersilih ganti.

"Kayra pesan awal-awal lagi Kayra nak baby girl, tau!" Kayra menekup kedua-dua belah pipi Adrian.

"Itu kena tunggu lagi beberapa bulan lah baru kita tahu baby girl or baby boy," ujar Inara lembut sambil mengucup pipi Kayra.

"Okay! I can't wait!" Kayra tersenyum ceria. Yeay! Dapat baby baru..

"Kiss mommy cepat and say thank you," arah Adrian kepada si ciliknya. Adrian memang pandai mendidik anak.

Cuma Kayra nakal sikit sebab berkawan dengan Firdaus dan Aariyan. Bukan sikit, tapi banyak..

"Thank you, mommy.." Kayra terus memeluk leher Inara dihadapannya kemudian kedua-dua belah pipi Inara dicium lembut olehnya.

Tangannya pula baik mengusap perut Inara yang masih kempis, "My little sister is in your tummy, mommy.."

"Yeah.."

"I love daddy and mommy."





"DADDY.." Mata bundar Kayra memandang Adrian yang sedang membetulkan kedudukan selimut pada tubuhnya.

"Yes, princess?"

"I don't want to be a sister," ujar Kayra dengan suara yang agak bergetar. Bibirnya tersebik-sebik menahan tangisan.

"Kenapa ni? Apa yang mengganggu fikiran kesayangan daddy ni?" Adrian duduk di birai katil anaknya kemudian bahu Kayra dipegang.

"Kayra tak nak adik. I want to be your one and only princess.." Tangisan Kayra pecah.

Tadi gembira bukan main, sekarang baru tak nak adik?

Kayra terus bangun dari pembaringannya kemudian leher Adrian dipeluk.  Dia tak mahu adik. Nanti daddy dah tak sayang dia.

"Nanti daddy and mommy dah tak sayang Kayra." Tersedu-sedan dia dibuatnya.

"Shh.. Don't cry." Belakang tubuh Kayra diusap oleh Adrian. Biasalah budak umur empat tahun masih banyak yang dia tak tahu..

"Kayra kan princess daddy, kenapa daddy tak sayang pula?"

"Don't worry, okay?" ujar Adrian dengan suara yang lembut. Lama-kelamaan Kayra menganggukkan kepalanya juga.

"Kenapa Kayra nangis?" Kayra terus mengangkat wajahnya yang sudah comot dengan air mata apabila terdengar suara si mommy.

"Mommy.."

"I don't want to be a sister," luah Kayra dengan air mata yang masih bercucuran.

"Alolo kesiannya dia. Sini peluk.." Inara mendepakan tangan kepada anaknya. Tersenyum lebar Inara dibuatnya apabila melihat wajah cemberut Kayra.

"Sayang Kayra banyak-banyak." Pipi Kayra dikucup oleh Inara berkali-kali.

"You will always be our princess." Rambut lurus dan panjang Kayra itu diusap oleh Inara.

Adrian yang sedari tadi hanya berdiam akhirnya turut memeluk Inara dan Kayra.

"Sibuk je lah daddy ni," gumam Inara perlahan di dalam pelukan.

"Daddy penyibuk!" Kayra tersenyum lebar. Tiada lagi tangisan seperti tadi.

"This is my wife! Mine to me!" ujar Adrian sambil jarinya dihalakan ke arah Inara disebelah.

"My mommy! Mine to me!" ajuk Kayra membuatkan senyuman Adrian kian melebar. Comel! Macam mommy dia!

"Family hug.." Inara mendepakan tangannya seluas mungkin.

"Kayra nak bed time story, daddy," pinta Kayra kepada Adrian.

"Sure, princess. Now, baring." Kayra terus baring di atas katil miliknya kemudian comforter tebal ditarik sehingga ke paras dada.

Inara menepuk comforter tersebut dan beberapa kucupan didaratkan pada wajah kecil Kayra.

"Once upon a time, there live a kind hearted and beautiful princess named..."

"..Kayra Haania."

Kayra memejamkan matanya cuba untuk tidur. Dia suka bila daddy bacakan cerita untuknya sebelum dia tidur.

His Eternal Love Where stories live. Discover now