"Belajar. Kau fail lagi, aku belasah kau. Nanti semua cikgu nak tuding jari kat aku, kata aku tak ambil berat pasal kembar akulah, aku tak ajarlah. The thing is, aku suruh tapi kau tak nak "

"Kau kisah apa pasal aku? Kisah pasal takut kena cop buruk dengan cikgu? Itu aje? Heh, ingat carelah sangat" panas pula hatinya mendengar bicara Aniq yang selamba menyuruh-nyuruhnya. Sifat mereka berdua, tersangatlah kontra. Aniq, dengan IQ 2000 nya dan Aiman dengan otak bergeliga dan sifat selamba badaknya. Boleh kata pantang salah seorang dari mereka dapat lebih sikit, terus yang seorang lagi diremeh-remehkan dan yang pasti orang itu adalah dia, Aiman.

Aiman tak pandai.

Aiman budak jahat.

Aiman ini dan Aiman itu.

Tunggu burn out dan dia akan lepaskan semua. Sekarang, masa untuk bersabar dan bertahan selagi mampu. Bukan tak mahu belajar, kalau ikut hati dia ni berkobar-kobar nak ulang kaji apa semua tu. Tapi, pantang betullah orang suruh-suruh ni. Hilang terus mood nya selepas itu. 

"Tak payah emolah, buat aje. Sampai bila kau nak macam ni Aiman? Kau tak kesian ke dekat Umi dengan akak? Bagilah diorang satu benda yang diorang boleh banggakan dari kau. Sebab aku kembar kaulah aku nasihat, malulah aku kalau orang asyik bandingkan kita-"

"Kau memang kesah pasal cakap orang je kan? Aku? Kau sebenarnya tak kisah pun. Kau nak cakap aku ni tak ada benda nak dibanggakan ke? Results aku, mostly kurang siput je dari kau...tapi sebab orang nampak kau baik, kau pandai, kau... sempurna jadi aku sebagai kembar kau auto nampak buruk. Apa yang aku buat semua tak kena. Kita kembar, kongsi satu rahim tak semestinya kita sama seratus peratus. Luar ye, mungkin. Dalam, kau charm kau. Aku charm aku. Kalau aku bodoh pun tak pernah effect pada kau!" Meja kaca itu ditumbuk kuat. Jelingan tajam menikam anak mata Aniq yang sudah terdiam.

Kaki dibawa melangkah naik ke bilik. Angin monsun dari mana entah yang tiba-tiba datang menghurungnya. Hatinya mudah terusik bila menyentuh bab membanding beza antara dia dan Aniq. Kerana dia tahu, dia sentiasa yang paling buruk.

Mula dengan ayah yang dahulunya tak pernah berhenti melebihkan Aniq dan Ayra. Ibu yang tidak pernah ambil tahu akan prestasinya. Hanya Ayra saja yang sentiasa menyebelahinya. Berat hati sebenarnya melepaskan kakaknya yang satu itu pergi mengikut lelaki lain. Kerana dia percaya saat itu, hanya dia seorang dan tiada lagi yang hendak menyebelahinya di saat genting  dan Aniq tak berguna saat itu.

Hubungan dia dan Aniq seringkali keruh dimasa-masa terdekat minggu peperiksaan. Acap kali kata-kata Aniq itu ditujukan buatnya. Cuma dulu diam dan tak mahu membalas kerana dia penat dan malas ingin bergaduh. Baru kali ini, dia berani mengutarakan luahannya.

"Assalamualaikum"

Mendengar pintu utama dibuka, makin laju dia berlari masuk ke bilik. Tak mahu Ayra tahu dia dan Aniq sedang bergaduh. Tunggu rasa nak belajar kembali semula.

Pintu dikatup rapat. Lampu dan langsir juga ditutup. Gelap dan dia menyukainya. Gebar ditarik menutup seluruh tubuh. Dadanya masih berombak kencang, cepat-cepat beristighfar dan mula memasang alunan zikir dari telefonnya kemudian diletakkan betul-betul bersebelahan telinganya. Mata terpejam cuma lelap.

Kreek!

Bunyi pintu dikuak. Mata dirapatkan lagi. Dengkuran cuba dibuat-buat.

"Aiman, tidur ke?"

"Hmm, if you are...then  Aiman pandai. Aiman gentleman without anyone known. Aimanlah lelaki yang paling baik akak tahu. Not even anyone, not even abang Farhan. You're not alone. Akak tak pergi mana pun, akak ada. Aniq was just your opposite but you is you. Aiman baik" terkebil-kebil matanya di bawah selimut mendengar bicara kakaknya dimuka pintu. Ayra sudah mendengar segala perbualan mereka?

Aiman baik.

Dia tersentuh tapi dalam masa yang sama, juga menindakkan. Sendiri sedar akan tingkah dan sifatnya. Tubuh masih mengeras di bawah selimut. Tangannya pula perlahan-lahan bergerak menutup alunan zikir dari telefonnya. Kemudian, dia betul-betul terlena.

TBC

NASOM
-National Autism Society Of Malaysia

Okay. Serious question!

Which on is more hard to say:

1) I need help
2) I love you
3) I forgive you
4) I'm Sorry / I Apologize

*one answer only!

Me: I need help







𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now