3

40 8 3
                                    

LAST MEET • 선우


Sera's

Aku memandang kearah Sunoo yang lagi tekun melihat papan putih itu.

Gerakan bibirnya membaca sambil menulis membuatkan aku rasa lagi jatuh cinta dengannya.

Kim Sunoo , lelaki yang aku cinta sejak gred 1 sehinggalah sekarang. Tidak pernah berubah sedikit pun.

Lelaki itu yang aku sayang walaupun sudah berkali-kali dia memarahi aku , menolak segala pelawaan aku dan membuang makanan yang aku buatkan untuknya.

Aku tidak pernah berputus asa ! Aku terus berusaha untuk memikat hatinya yang keras seperti batu itu.

Aku fikir , aku hanya sayang dan suka dia dari segi wajahnya. Namun tidak , setiap hari hati ini berdegup untuknya. Kepala ini memikirkannya setiap masa , tangan ini tidak pernah berhenti memasak serta memberi , bahkan kaki ini sentiasa mengejarnya dimana sahaja dia berada.

Orang mungkin gelarkan aku ini gila. Gila akan lelaki yang tidak pernah pandang segala usaha aku selama ini.

Siapa yang kisah ? Aku yakin. Aku yakin dia akan sedar kehadiran dan pandang semua usaha aku.

Berdoa kepada Tuhan agar panjangkan umur aku untuk hidup bersamanya.

--

"Hai ddeonu !" , dia tidak memandang ke arah aku dan sibuk mengemas bukunya di dalam beg.

"Jom kita rehat nak ?" , masih lagi sunyi.

"Saya belanja awak mintchoco nak ?"

"Aku taknak. Aku dah kenyang."

"Awak dah kenyang ? Awak makan bekal saya ?"

Soal aku dengan teruja. Adakah dia boleh terima bekal aku setelah 6 tahun dia menolak bekal aku ?

Dia hanya diam dan berjalan keluar dari kelas tanpa menoleh aku.

Aku kena beritahu Jungwon ini !

Gembiranya aku ! Dia makan bekal aku !

LAST MEET • 선우Where stories live. Discover now