S.E.B.I.C.M.1️⃣9️⃣

Start from the beginning
                                    

Scarlet tersenyum sinis sambil mendekati Laura. Tangan Laura yang menahan diatas tanah itu dipijak dengan tumit kasut kulitnya.

KRAKK

Bunyi jari Laura yang patah. Laura mengerang kesakitan dengan suara yang sangat lemah dan tertahan.

Tangannya mencengkam leher Laura lalu dibawa ke tebing sungai.

"Ada ucapan terakhir? Or better kau mengucap sekarang." Sinis Scarlet.

"Ak-aku ta-tau ka-kau ni M-Me-lis-sa."

Scarlet beriak biasa. Dia mendekatkan mulutnya dengan telinga Laura kemudian membisikkan sesuatu.

"Pity on you. Kau dah nak mati pun, bye bye  dear beloved sister Laura."

Serentak itu tubuh Laura dicampakkan ke dalam sungai.

BUSHH

Bunyi itu menarik perhatian Rizal yang sibuk menembak orang suruhan Ray. Dia berpaling kearah hujung tebing sungai itu. Terbuntang matanya melihat, Laura yang dihanyutkan oleh air sungai yang mengalir deras.

"Kak Laura!!" Rizal tergamam. Matanya memandang sekitar kawasan itu. Tiada seorang pun disana.

Tangannya naik menekan earbuds.

"Lourist, kak Laura jatuh dalam sungai! Rizal nampak!" Suaranya kedengaran sebak.

Lourist yang membantu Fariqi dan Zafran terkedu. Spontan pergerakkannya terhenti dari bergelut dengan musuh.

Ray dan Jay mengundurkan diri apabila menerima arahan dari Scarlet. Sekelip mata mereka bertiga lepas dari pandangan mata kasar.

Lelaki yang bergelut dengan Lourist mengambil peluang untuk menikam Lourist lalu bahagian rusuk kiri gadis itu disepak kuat hingga menghasilkan bunyi.

KRAKK

Lourist jatuh lalu kepalanya terhentak kuat pada sebatang pokok besar, membuatkan darah mengalir kuat dari kepalanya. Lelaki itu mengambil peluang untuk lari, namun sekelip mata dia jatuh apabila tembakan Fariqi tepat mengenai kepalanya.

Kesemua musuh yang melawan mereka serta merta beredar dari situ.

Fariqi berlari mendapatkan Lourist yang terbaring lemah dibawah sebatang pokok besar.

"Weh, weh pompuan! Buka mata kau kalau tak nak aku cium." Ugutnya seraya mengangkat tubuh kecil Lourist.

Lourist hanya tersenyum kecil dalam dakapan Fariqi sebelum betul betul tidak sedarkan diri.

Zafran yang dipeluk kuat oleh Rizal dan Fuad meronta ronta minta untuk dilepaskan.

"Lepaskan aku! Lepaskan! Lepaskan aku!"

"Abang, sabar abang! Kita tak boleh cari kak Laura dalam gelap macam ni, kita akan cari esok."

"Aku tak kira! Lepaskan aku!" Jerit Zafran lagi. Air mata sedia berjujuran di pipinya.

Fuad yang mula hilang kekuatan untuk menahan Zafran, pantas menghentak kuat belakang leher milik Zafran.

DUKK

Zafran yang hampir jatuh menyembah bumi, lekas lekas disambut oleh Rizal.

"Kenapa?"

"Kau larat nak tahan dia dari terjun?" Soalan Rizal dibalas dengan soalan.

Dia hanya diam sambil memandang wajah pucat Zafran. Luka besar dan kecil diwajah lelaki itu membuatkan di sebak.

Perlahan lahan tubuh Zafran diangkat oleh Rizal dan Fuad lalu dibawa ke hospital.

💗💗💗💗💗

Berkerut kerut dahinya menahan rasa perit dikepala. Matanya yang dibuka sedikit kembali tertutup apabila cahaya mula menerobos masuk ke kornea matanya.

"Zaf?"

Sapa satu suara. Lantas Zafran berpaling kearah suara itu.

"Mama?" Gumamnya lemah.

"Alhamdulillah, anak mama dah sedar." Tubuh lemah Zafran dibawa ke dalam pelukan Datin Zahara.

"Kat mana ni?"

"Hospital." Balas Zamirul yang berada disisi kanan Zafran bersama Zamri.

"Mana Fariqi?" Soalnya selepas pelukan dileraikan.

"Aku kat sini, bro." Pantas dia berpaling kearah suara itu.

Kelihatan Fariqi yang berbalut hampir seluruh tubuh itu membuatkan dia geli hati. Terletus ketawa kecil dari bibirnya. Dah macam mumia pun ada.

"Kau pahal? Sedar sedar je dah gila ke? Sebab kena hentak dengan si Fuad tadi?" Sempat juga la dia berkenalan dengan Fuad semasa berbual bual dengan Rizal.

"Takde apa la." Selesai menuturkan kata kata, dia terus bangun dari baringnya. Namun terbantut apabila ditegah keras oleh Datin Zahara.

"Nak pergi mana tengah sakit sakit macam ni?"

"Zaf nak jumpa Laura. Kalau kitorang kat sini, dia mesti ada kat sini jugakkan?" Datin Zahara diam tidak berjawab.

Semua yang berada di dalam bilik itu hanya senyap tidak berkutik. Hanya penghawa dingin saja kedengaran.

"Kenapa--" beru saja ingin menyoal lebih, mereka dikejutkan dengan bunyi ketukan pada pintu.

TOK TOK TOK

Terjengul kepala Tengku Hamdan, Ben dan Bella yang duduk diatas kerusi roda sambil ditolak oleh abangnya.

Zafran tersenyum lalu menyalami tangan Tengku Hamdan apabila lelaki itu mendekatinya.

"Zafran macam mana? Sakit lagi?"

"Dah okay dah, uncle. Laura macam mana? Dia okay ke?"

Tengku Hamdan, Ben dan Bella terkedu. Tengku Hamdan berpaling kearah Dato Afzan yang sedia duduk di kerusi.

Dato Afzan berjalan mendekati Tengku Hamdan.

"Zaf, papa dengan uncle Hamdan ada something nak discuss kejap." Tuturnya dan terus berlalu keluar dari ruangan itu bersama Tengku Hamdan.

"Ben macam mana--"

"Zaf, aku tak boleh lama lama kat sini. Doktor bagi keluar kejap je. Nanti kitorang datang lagi ye? Bye." Potong Bella dan berlalu keluar bersama abangnya.

Zafran tercegang. Kenapa semua orang macam nak elakkan diri dengan dia?

"Aunty, Fariqi balik dulu eh? Zamri, boleh tolong hantarkan aku?"

"Abang tidur dekat rumah kitorang jelah. Abang tu bukan sihat sangat. Kalau balik rumah pun sorang sorang je." Kata Zamirul.

"Takpe la, berminggu dah abang tinggalkan rumah tu--"

"Tidur jelah kat rumah aunty dengan uncle. Kamu pun bukannya orang lain. Anak sedar aunty dengan uncle jugak. Lagi pun dah jadi tanggungjawab kami untuk jaga kamu sejak mama papa kamu meninggal dalam kemalangan dulu." Kata Datin Zahara pula.

Fariqi mengangguk lemah dan bersetuju untuk menginap dirumah itu. Mereka bertiga berlalu keluar dari wad itu meninggalkan Datin Zahara dan Zafran.

"Mama--"

"Zaf tidur ye? Zaf kena banyak rehat. Mesti banyak yang Zaf dah lalui sepanjang Zaf menghilang. Mama nak pergi tandas kejap."

Zafran hanya menghantar pemergian Datin Zahara dengan perasaan hairan. Kenapa semua nak mengelak dari jawab soalan aku?

Malas berfikir pangjang, dia terus melelapkan mata untuk merehatkan diri. Lama kelamaan, dia lena dibuai mimpi.

-------

Name : Laura
Status : Dead
*Evil Laugh* 😁

Enjoy your reads!!

Jangan lupa untuk vote dan komen!!

See you next chapter!!

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now