EPISODE 10

101 32 112
                                    

Hope You Guys Enjoy
[][][][][][][][][][][][][][]

Sambungan.....

Pada pagi esok, Fattah Isaac segera menuju ke Ibu Pejabat I.S.S untuk melaporkan diri. Sebenarnya pagi semalam lagi Fattah nak melapor diri tapi dilarang oleh Isaac. Isaac menyuruh Fattah berehat lagi satu hari untuk menenangkan fikiran. Setelah dipaksa dan dinasihat akhirnya Fattah akur dengan nasihat Isaac.

Bila difikirkan memang betul pun apa yang Isaac cakap tu. Ye lah dengan emosi yang tak berapa stabil nak pergi sambung kerja tak ke bahaya tu....

Setelah mereka sampai di sana, Isaac hanya menunggu di ruang bilik mesyuarat. Fattah pulak menuju ke arah pejabat Tuan Ismail.

Fattah berjumpa dengan Razi Pembantu Peribadi Tuan Ismail. "Assalamualaikum Razi, Tuan Ismail ada dekat dalam tak?"

"Waalaikumsalam..eh Fattah? Tuan Ismail ada dekat dalam. Mari ikut saya."

Mereka berdua berjalan menuju ke arah pejabat Tuan Ismail.

Sesampai sahaja mereka di sana Razi pun mengetuk pintu. "Tuan, Encik Fattah nak berjumpa dengan Tuan."

"Ye silakan masuk. Razi awak boleh balik ke tempat awak." Balas Tuan Ismail.

"Baiklah Tuan." Razi balik mejanya semula.

"Fattah, bukan ke saya dah berikan awak cuti untuk awak berehat. Kenapa awak melapor diri terlalu awal? Cuti awak kan tinggal lagi seminggu." Tuan Ismail bertanya.

"Tuan...sebenarnya saya tak tenang duduk kat rumah Tuan. Tuan benarkan lah saya kembali bertugas..."

"Tapi Fattah kamu-" Fattah memotong cakap Tuan Ismail.

"Tuan! Sepanjang saya duduk rumah jiwa saya tak tenang Tuan! Sebab saya asyik teringatkan kawan saya...dan satu lagi takkan saya nak duduk diam sedangkan pembunuh kawan saya tu terlepas di luar sana tu! Tuan...saya tak mintak banyak...saya hanya nak Tuan benarkan saya kembali bertugas sahaja...dan saya janji takkan kecewakan Tuan lagi." Rayu Fattah.

"Hmm baiklah...saya akan benarkan awak bertugas semula." Balas Tuan Ismail akur dengan kehendak Fattah.

"Terima kasih Tuan. Saya pergi dulu.." Fattah bangun dari duduknya keluar dari bilik pejabat Tuan Ismail.

"Haikal...kau jangan risau...aku akan cari pembunuh kau sampai dapat! Dia takkan pernah terlepas. Dan aku janji Haikal..dia akan dihukum atas perbuatan dia dekat kau!" Kata Fattah di dalam hati.



Di Bilik Mesyuarat.......

Fattah sampai di hadapan pintu bilik mesyuarat. Dia membuka pintu bilik dan dia melihat Isaac sedang berborak dengan kakitangan-kakitangan yang ada di dalam bilik mesyuarat.

"Ah Tuan, dah selesai dah semua?" Tanya Isaac.

"Semua dah selesai dah. Aku dibenarkan kembali bertugas. Dan sekarang ni aku nak kau siasat nombor kod penggodam tu...haritu kita sempat nak siasat nombor tu kan. Jadi meh kita berbincang sikit."

"Okay setakat yang kita tahu sekarang ni hanya ada beberapa petunjuk je....nombor kod, huruf "I" dan "C" dan jugak petunjuk yang kita dapat dari Malek haritu...pada pendapat kau, kau dah dapat agak tak siapa penggodam ni?" Tanya Fattah setelah menerangkan segalanya.

"Pada pendapat saya lah Tuan... benda-benda ni mungkin berkait dengan penggodam itu sendiri. Dan saya dapat rasakan yang penggodam tu buat semua benda ni sebab dia yang nak bongkarkan identiti dia sendiri....cuba Tuan tengok balik...mana ada orang lepas bunuh dia tinggalkan petunjuk yang penting ni. Takkan ada pembunuh yang nak buat benda bodoh macamtu kecuali kalau memang niat dia nak bongkarkan identiti sebenar dia sendiri.

"Hmm...aku nak kau siasat tentang perkara ni. Kalau ada apa-apa perkembangan terus beritahu aku faham?" Arah Fattah.

"Faham Tuan." Kata Isaac.

"Ok aku nak ke bilik komputer kejap ada hal yang nak aku bincangkan dengan Agent Nadia." Fattah berkata.

"Okay Tuan." Balas Isaac sebelum sambung buat kerja.

Fattah melangkah pergi dari bilik mesyuarat tu menuju ke arah bilik komputer. Setelah beberapa jam, Fattah dilihat keluar dari bilik komputer pergi ke arah Isaac.

"Isaac, aku nak keluar sekejap. Ada hal penting." Kata Fattah.

"Hal apa tu Tuan?" Tanya Isaac.

"Alah adalah nanti aku balik lah." Balas Fattah terus melangkah pergi.

"Haih apalah yang penting sangat tu..." Isaac berkata.




Beberapa Jam Kemudian......

"Hmm apa yang berkaitan dengan nombor ni? Kod nombor ni macam ada banyak makna tersirat je... penggodam ni memang nak semua orang fikir yang nombor ni ada maksud....hmm tapi aku tak boleh buat keputusan terburu-buru. Kena tunggu Tuan Fattah balik dulu baru aku bincang dengan dia. Ish mana lah pulak Tuan ni...keluar dari tadi tak balik-balik lagi ni...dah berapa jam dah ni..."

Ring....Ring....Ring...(bunyi telefon berdering)

"Siap pulak yang call ni...tengok nombor tak kenal ni...hmm..angkat je lah." Isaac berasa pelik siapa yang menelefon dia tu.

"Hello Assalamualaikum...siapa ni?"

"Kau tak payah nak tanya aku siapa...aku nak beritahu kau yang kawan baik kau tu aku dah culik!"

"Hah! Eh kau biar betul! K-kau jangan nak main-main eh!"

"Aku tak pernah main-main lah! Kau tak percaya hah dengar suara kawan baik kau ni..." Balas pemanggil misteri itu.

Isaac! Tolong aku Isaac tolong!


Tiba-tiba kedengaran suara Fattah di dalam corong telefon itu meminta tolong. Nampaknya memang betullah Fattah kena culik.


"Sekarang ni kau percaya kan? Aku nak kau datang ke sebuah gudang lama...alamat akan aku bagi nanti. Dan satu lagi! Kau jangan berani-berani nak beritahu polis dan kawan-kawannya kau yang lain eh....aku nak kau seorang je yang datang....Ingat! Kalau kau tak datang, kawan baik yang kau sayang ni akan bertukar jadi mayat!" Terus si pemanggil misteri menutup telefon.

"Ya Allah apa yang aku nak kena buat ni! Ah tadi dia cakap dia akan bagi alamat lokasi kan? Jadi aku kena pergi ke sana!" Isaac mencapai kunci kereta dan terus keluar.




Bersambung......

Hehehe maaflah kalau pendek 😔 kekurangan idea sikit...

Apakah yang akan terjadi pada Fattah nanti?

Kalau nak tahu kenalah tunggu episod selanjutnya 💖💖

Jangan lupa untuk vote dan komen tau ✨✨💖💖

(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAHWhere stories live. Discover now