EPISODE 5

113 46 230
                                    

✨✨ Hope You Guys Enjoy ✨✨
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sambungan.......

Selepas beberapa hari, luka yang dialami Isaac telah pun pulih dengan jayanya 🤣. Dan ini telah menjadi pengajaran kepada Fattah agar berhati-hati semasa menyerang.

"Isaac, macammana dengan hidung kau tu. Dah okay ke?" Tanya Fattah.

"Alhamdulillah Tuan, dah okay dah. Tapi lepas ni Tuan jangan buat macam tu lagi eh. Trauma saya dibuatnya. Terjejas kehenseman saya nanti hehehe." Kata Isaac. (Dia pun kadang-kadang riak jugak. Tapi tak ada lah teruk macam Fattah 🤣)

"Ye lah tu. Ni aku nak beritahu kau yang aku dah jumpa orang yang boleh disyaki sebagai penggodam dan juga pembunuh si Aiman tu." Kata Fattah.

"Siapa pulak tu Tuan?" Tanya Isaac meminta kepastian.

"Malek.....atau nama sebenarnya.....Muhd Malek Bin Abdul Rahman." Kata Fattah dalam nada serius.

"Apa yang membuatkan Tuan mengesyaki dia?" Tanya Isaac lagi.

"Aku dapat rasakan yang dia lah suspek sebab....Yang pertama, dia merupakan orang kanan a.k.a pembantu kepada Aiman dan berkemungkinan Malek menaruh dendam terhadap si Aiman ni. Sebab aku pernah buat intip si Aiman dan Malek ni. Jadi-" Belum sempat Fattah habis menerangkan Isaac berkata....

"Amboi Tuan. Buat intipan tak ajak saya ni kenapa?" Tanya Isaac agak terkilan kerana Fattah tidak membawa dia sekali.

"Alah ni intipan saja-saja je. Aku kebetulan masa tu tengah ada masa free dan masa tu masa tu kau kan tengah sibuk cari maklumat tentang penggodam tu. Jadi aku pergi lah buat intipan tentang aktiviti diaorang. Tak sangka pulak yang Aiman tu kena bunuh." Terang Fattah.

"Hmm macamtu ceritanya.....tapi lain kali kalau ada intipan ke apa ke, ajak lah saya sekali. Jangan risau saya dah sihat- aduh sakit sakit!" Kata Isaac yang sambil mengaduh sakit bila Fattah memegang hidungnya.

"Eleh sihat konon. Baru pegang sikit dah sakit. Sudahlah, ni aku nak sambung terangkan ni." Kata Fattah.

"Hehehe baik Tuan." Kata Isaac sambil tersengih.

"Ok dari apa yang aku dapat masa intipan tu, aku nampak yang Aiman selalu mengarah Malek buat macam-macam perkara." Terang Fattah.

"Tapi kan Tuan, Encik Malek tu kan memang pembantu Encik Aiman. Jadi tak pelik lah kalau dia boleh arah Malek untuk buat kerja dia. Benda tu tak salah dan memang dah tugas dia Tuan." Kata Isaac.

"Ya aku tau tu memang tugas dia. Masalahnya, Aiman tu bukan suruh dia buat kerja je. Dia suruh buat benda lain jugak." Terang Fattah.

"Benda apa tu Tuan?" Tanya Isaac.

"Macam-macam benda dia suruh si Malek ni. Beli makanan, pergi kedai beli barang, hantarkan dia balik. Kerja yang sepatutnya si Aiman buat pun dia pass kat Malek tu tau." Kata Fattah.

"Uish teruk jugak tu. Tapi takkanlah Encik Malek tak pernah bantah cakap dia kot." Tanya Isaac.

"Dia pernah bantah cakap si Aiman tu. Aku ada terdengar tentang perbualan rahsia diaorang tu. Katanya, Malek tu ada berhutang dengan si Aiman. Bukan sikit duit yang dipinjam tu banyak tau, aku dengar dalam 100k macamtu." Kata Fattah. Riak muka Isaac menunjukkan yang dia terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Fattah. Dia pun bertanya.

"Mak aih! Banyak betul duit yang dipinjam. Apa yang Encik Malek buat dengan duit sebanyak tu?" Tanya Isaac yang masih terkejut.

"Kata Malek mak dia sakit kanser dan perlu membuat pembedahan. Dia terdesak nak pakai duit. Jadi dia pinjamlah dengan si Aiman ni. Lepas dah pinjam tu, mulalah si Aiman ni tunjuk belang dia. Mula-mula dia suruh bayar, lepas tu mengugut pulak katanya nanti dia akan beritahu apa-apa kan mak si Malek. Itu yang dia terpaksa ikut arahan Aiman." Terang Fattah panjang lebar.

(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAHWhere stories live. Discover now