EPISODE 8

112 42 204
                                    

Hope You Guys Enjoy
[][][][][][][][][][][][][][]


Episode kalini mungkin akan sedih sikit tau....jadi bersiap sedia ye ✨✨(sorry tau kalau tak sedih 😔)

Sambungan....

"Hebat sangat ke penggodam ni sampai kita pun jadi sasaran dia ni?" Tanya Fattah.

"Memang hebat...dia ada orang bawahan dia sendiri! Badan diorang tegap-tegap belaka. Aku pun naik takut bila nampak orang-orang bawahan dia." Balas Malek.

"Hmm jadi aku dengan Isaac kena berjaga-jaga lepas ni..." Kata Fattah.

"Err jadi korang boleh lepaskan aku ke tak ni?" Malek bertanya.

"Hehe...tak boleh." Balas Fattah selamba.

"T-tapi kenapa?" Malek sudah mula cemas.

"Kau ni kan, dalam bijak pun ada jugak kebodohan kau ni...kau kan dah bersubahat dengan penggodam tu, jadi buat kami nak lepaskan kau." Balas Fattah.

"T-tapi a-aku dah beritahu semua maklumat yang korang perlukan! Jadi lepaskan lah aku!" Malek sudah mula melenting.

"Kau beri maklumat tak bermakna kau akan dilepaskan...tak apa nanti aku akan bincang dengan pihak atasan supaya hukuman kau dikurangkan. Faham?" Tanya Fattah semula.

"Yelah tak ada pilihan lain terpaksa lah terima..." Malek sudah pasrah.

"Okay pengawal, bawa dia pergi ke bilik tahanan." Arah Isaac.

Setelah Malek dibawa pergi oleh para pengawal itu, mereka pun duduk berbincang tentang situasi sekarang yang kian bahaya.

"Kau rasa ada kemungkinan tak yang penggodam tu akan serang kita?" Fattah bertanya kepada Isaac.

"Hmm saya pun tak pasti Tuan...tapi kalau tengok muka Encik Malek tu memang serius masa dia bercerita. Jadi saya yakin sangat yang apa dia cakap tu betul." Balas Isaac dengan nada serius.

"Haih macamnilah...aku nak mulai sekarang kita kena berjaga-jaga. Bila-bila masa je penggodam tu akan serang kita...kalau bukan kita dia mungkin akan serang orang yang terdekat dengan kita." Terang Fattah.

"Hmm baiklah Tuan...Tuan jangan lah risau tentang saya. Saya memang okay je kat sini." Balas Isaac.

"Hmm ye lah...Oh ya, kau nanti beritahu Tuan Ismail yang aku akan balik ke rumah sendiri untuk beberapa hari." Fattah memberitahu Isaac.

"Aik kenapa Tuan nak kena balik sana? Ada apa-apa eh." Isaac bergurau.

"Ish mana lah ada apa-apa! Kau ni ada je nak kenakan aku kan...ni aku nak jenguk kawan aku kat rumah tu. Dah lebih sebulan aku tak balik sana. Karang tertanya-tanya pulak dia nanti." Balas Fattah.

"Tapi bukan Tuan Ismail suruh settlekan kes ni dalam masa sebulan ke?" Isaac bertanya semula.

"Alah kau jangan risau. Nanti, kau jumpa Tuan Ismail tunjukkan segala petunjuk dan bahan bukti yang kita dapat. Rakaman keterangan Malek tadi pun kau serahkan dekat dia. Nanti kau cakap lah baik-baik dengan dia yang aku balik rumah aku kejap. Dah aku nak balik dulu Assalamualaikum." Terang Fattah.

"Eh eh n-nanti dulu Tuan! Haih...dah balik dah. Ni kejap lagi aku lah yang nak kena jumpa Tuan Ismail ni. Haih apa lah nasib aku..." Lirih Isaac.

Setelah siap kemas barang, Fattah pun bertolak menuju pulang ke rumahnya sendiri. Di tengah perjalanan, dia menghubungi Haikal sahabat baiknya.

"Hello Assalamualaikum Haikal. Kau ada kat rumah ke sekarang ni?"

"Waalaikumsalam. Ha kau Fattah...mana kau hilang selama sebulan ni? Kau tak pernah call aku pun bla bla bla bla bla bla." Haikal sudah mula membebel.

(SIRI AGENT 006 #1) BERMULANYA SEBUAH KISAHWhere stories live. Discover now