Bab 5: Please Meet ,Cikgu Sofia

118 9 10
                                    

Runut lagu:
Dhany Katahati-True Love (Chorus Part)

Istana Nurul Izzah

Mateen bersiap dan terus turun ke pintu utama.

Puan Hajah Mariam menunggunya di depan pintu dengan senyuman.

"You look so handsome Mateen"

Mateen senyum simpul mendengar pujian mama nya.

"Mateen always handsome ma. Bila masa Mateen tak handsome"
Ujar Mateen sambil memegang tangan mama nya.

"Pantang kena puji anak ni.Jamal dah tunggu tu,all the best for today Tim"

"Thanks,ma. Tim pergi dulu ya mama.Assalamualaikum mama" Mateen mencium tangan mama nya dan terus masuk ke kereta.

"Okay,jom abang Jamal." Kata Mateen dengan semangat.

"Alright,jom! Oh ya Tim,perlu ada abang tak sekali kat sana?"

"Emmm,i think no need. Abang ambil saya waktu pulang ja nanti"

"Okay Tim,elok jugak. Takut Aidil dan Amin nampak abang nanti,teruslah nak manja-manja.Perangai buat macam kat rumah"

"Ada saya terfikir bang.Buat masa ni,saya boleh gerak solo dulu. Rasanya selamat ja kat sekolah tu".

"Insha Allah selamat tu,semua profesional Tim.Kalau ada nak bergambar,layankan aje Tim"

"Kena la layan bang,nak lari mana lagi" Mateen dan Jamal ketawa.

Jamal terus memacu kenderaan menuju ke Sekolah Rendah Tungku,Kluster 1.

************************************

Bilik Pentadbiran,
SK Tungku,Kluster 1.

Mateen berjumpa dengan Cikgu Afandi. Pagi ini,Mateen sampai tadi murid-murid sudah pun berada di kelas masing-masing.

"Cikgu Afandi,saya dah buat pilihan kelas dan subjek untuk saya masuk nanti" kata Mateen.

"Alhamdullilah,Pengiran pilih kelas yang mana?"

Mateen membuka buku nota nya sebagai rujukan.

"Tahun 3 Permata,saya pilih bahasa Melayu dan Tahun 4 Emas,Pendidikan Jasmani.Boleh begitu kan Cikgu?" Mateen memandang Cikgu Afandi.

"Boleh,Pengiran.Tiada masalah"

Cikgu Afandi terus menanda pada jadual waktu kelas dan matapelajaran yang disebut Mateen.Kemudian,cikgu Afandi menghulurkan jadual waktu kepada Mateen.

"Ini jadual waktu,Pengiran.Kalau tengok dalam jadual ini,Bahasa Melayu 3 Permata dah sudah pun mula kelas.Kalau Pengiran nak skip pun tak jadi masalah"

Mateen meneliti jadual yang diberikan. Sudah 40 minit berlalu kelas Bahasa Melayu bermula.

'Eh No wonder la takda budak-budak,aku yang lewat datang' getus hati Mateen.

"Takpa cikgu,saya masuk ja.Boleh saya kenal dengan cikgu yang mengajar."

"Kalau begitu kita ke kelas 3 Permata.Tapi kena jalan kaki ke bangunan seberang,Pengiran.Kelas ini,cikgu Sofia yang ajar."cikgu Afandi bingkas bangun.

Mateen membuntuti sahaja cikgu Afandi.

"Its ok cikgu Afandi.Kita jalan kaki saja.Emm.,siapa tadi? Cikgu Sofia?Memang asal Brunei?"Mateen berbasa basi walaupun dah tahu jawapannya.

"Tak,cikgu Sofia orang Malaysia.Dia guru Program Pertukaran Guru Malaysia Brunei.Sudah sebulan lebih dia di sini.Nak dekat dua bulan" jelas cikgu Afandi panjang lebar.

KAUWhere stories live. Discover now