Epilog 3 - Perit 🙃💔🦋

Start from the beginning
                                    

"As you wish !" respon Aira sedikit bengang. Dia terus beredar dari situ.

Malam itu

Selepas mengerjakan solat Isyak, Danial Lee terus tertidur di atas meja gamingnya.

Danial yang mula sedar dari tidur terus melihat jam di skrin iphonenya. Tertera jam 10 malam saat itu.

Dahinya terus ditepuk kasar. Ternyata hampir satu jam dia tertidur di situ.

Dia terus bangun dari kerusi. Langkahnya terus diatur ke dalam bilik tidurnya.

Dia sedikit tergamam sejurus kelibat isterinya tiada dalam bilik.

Matanya terus terpandang pada sehelai kertas kecil yang dilekatkan di cermin mekap isterinya. Dia terus membaca nota kecil yang ditulis oleh isterinya itu.

"B nak keluar jumpa Rayyan. B nak selesaikan konflik ni ! B minta maaf sebab dah sakitkan hati hubby.- Airabella.

Danial terus tepuk dahinya sekali lagi. Lantas kunci keretanya terus diambil laju.

Di Restoran

"I nak minta maaf sebab dah minta tolong you ! Lepas ni you tak payah tolong i lagi. Thanks for everything cousin !" ucap Aira penuh emosi.

Tanpa menunggu lama, Aira terus bangun dari kerusi. Dia ingin beredar dari situ.

"Kenapa ? Suami you yang hina tu tak reti nak ucap thanks dekat i ? I punyalah dah tolong dia dapatkan kerja ! Dasar tak reti nak kenang budi ! " kutuk Rayyan penuh amarah.

"Jaga mulut kau ! Suami aku bukan macam tu ! Kau tu pun bukan ikhlas sangat nak tolong ! Dasar lelaki tak ikhlas !" respon Aira sepenuh berani.

"Kurang ajar you ni eh ! Eh kau ni !...."

Rayyan tidak sempat menampar pipi Aira sejurus tangannya dipegang dari belakang dengan tiba - tiba.

Dia terus senyum sinis saat melihat wajah yang memegang tangannya.

Danial Lee terus merentap kolar baju Rayyan penuh kasar.

Aira terus beredar dari situ. Dia kesal saat itu.

"Kau jangan berani nak naik tangan kat muka wife aku ! Lepasni jangan berani nak jumpa wife aku lagi !"

Pipi Rayyan terus ditumbuknya kasar.

"One more things, aku tak ingin pun kau tolong aku. Aku dah reject dah pun kerja tu ! So better 0 -0 !" Arah Danial penuh emosi sejurus tubuh Rayyan ditolaknya kasar jatuh ke atas lantai.

Danial terus beredar dari situ.

Rayyan hanya memegang pipinya yang sudah lebam dek ditumbuk oleh Danial Lee tadi.

Dia terus jeling saat pelanggan - pelanggan yang lain mula memandangnya.

"Apa tengok - tengok ? Buat hal sendiri sudahlah !" marah Rayyan.

Danial yang nampak kereta isterinya terus menarik nafas tanda dia lega.

Dia terus menghampiri kereta isterinya. Dia terus mengetuk pintu kereta isterinya berulang kali.

Dia sempat putus asa saat isterinya tidak mempedulikan ketukannya itu.

Dia terus menelefon isterinya berulang kali. Dia lega sejurus isterinya mula menerima panggilannya.

Tak lama selepas itu, kereta isterinya mula meluncur laju meninggalkan restoran tersebut. Diikuti juga dengan kereta BMWnya yang meluncur keluar dari kawasan restoran tersebut.

Keretanya mengikuti kereta isterinya dari belakang. Bukan apa kerana itu sudah lewat malam, jadi dia risau. Oleh itu dia menyuruh isterinya gerak dahulu supaya dia boleh follow dari belakang.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now